Panduan Menjadi Fasilitator Berkesan

Fasilitator yang berkesan adalah seorang yang mempunyai peribadi yang mantap dan berwibawa dan mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya diterima oleh kumpulan. Fasilitator adalah orang yang sangat menjadi perhatian dan tumpuan oleh para peserta di dalam sesuatu kursus atau bengkel. Akan tetapi ramai dikalangan kita yang masih kabur tentang fungsi dan peranan sebenar menjadi fasilitator program sehingga mengakibatkan sesuatu program itu menjadi hambar dan adakala objektif program tidak tercapai dengan sempurnanya. Berikut kami berikan beberapa panduan yang boleh dipraktikkan oleh individu yang menjadi fasilitator.

Fasilitator yang Mendengar Secara Aktif.

Fasilitator begini apabila dia menyoal dia akan tunggu jawapan dengan tekun. Antara ciri yang terserlah adalah kemahirannya menganalisis secara tepat terhadap peserta kumpulannya. Seorang fasilitator yang bijak mencari peluang secara spontan untuk mengeluarkan pandangan untuk difikirkan bersama di dalam kumpulan. Bukan itu sahaja, fasilitator tersebut akan membantu para peserta meningkatkan potensi dan keupayaan peserta dalam berfikir, berkomitmen dan bertindak.  Fasilitator begini dikategorikan oleh peserta sebagai fasilitator yang perihatin.

Fasilitator yang Suka Menambah Ilmunya.

Satu perkara yang dianggap hebat adalah berdasarkan tabiatnya yang suka mengumpul maklumat tidak kira samada ianya dalam bentuk ilmiah atau pengetahuan am. Seorang fasilitator adalah manusia yang sangat dahagakan ilmu. Dia suka membaca dan bertanya bagi mendapatkan maklumat dan suka berkongsi buah fikiran. Sikapnya yang suka berkongsi kemampuan dan haknya dengan orang lain menjadikan dia disenangi. Sebagai seorang yang banyak membaca dia mampu berbual dan berbincang dalam pelbagai tajuk dan perkara dengan para pesertanya.

Dalam mencari dan berkongsi ilmu dia tidak lokek. Dalam dirinya sudah tertanam niat yang baik, (“kalau boleh dia mahu menjadi penyampai maklumat yang banyak”). Mungkin kerana sikapnya yang beginilah dia mudah dihampiri dan mudah jadi mesra. Dia tidak malu memperkatakan, ” Maafkan saya, saya tidak tahu perkara ini. Boleh tak saudara terangkan pada saya?” Ketika mendengar sebarang penjelasan seorang fasilitator akan mendengar dengan tekun. Sudah tentu orang yang menjelaskan juga akan berkelakuan bersungguh-sungguh apabila melihat fasilitator berbuat demikian.

Fasilitator Berkebolehan Merancang dan Mengatur

Fasilitator yang bijak dapat menyampaikan pembelajaran tanpa memberitahu apa yang patut dibuat. Perkara ini akan berlaku apabila fasilitator tidak menguasai majlis dan berkecuali semasa kumpulan mencari jawapan dan kesimpulan. Kebolehan merancang dan mengatur yang terdapat pada seorang fasilitator akan sentiasa dilihat sebagai sifat keunggulannya. Dia mampu membuat kesimpulan daripada maklumat yang diberikan oleh kumpulan. Kecekapannya menganalisis dan mencerakin membolehkan dia memahami dan mentafsir maklumat dan menjelaskannya. Rumusan yang disusun dengan kata-kata yang kemas mudah difahami oleh pendengarnya.

Admin: Ikuti sambungan topik ini di posting yang akan datang.

Be the first to comment - What do you think?

Menjadi Seorang Pekerja yang Efektif

Pekerja yang efektif memfokuskan pada kekuatan mereka dalam segala yang dilakukan. Mereka akan memastikan segala kebolehan mereka produktif. Kebanyakan pekerja tidak tahu apa yang mereka tidak dapat lakukan. Kadangkala mereka ini membuang terlampau banyak masa dan tenaga dengan bersungut berkenaan apa yang tidak dapat dilakukan.

Mengetahui had dan kemampuan diri

Pekerja yang efektif juga sedar terhadap had kemampuannya, tetapi beliau sentiasa mencari apa yang dapat dilakukan. Sementara yang lain masih merungut, pekerja yang efektif keluar dan bertindak. Akibatnya, ada antara had kemampuan asal tadi dapat diatasi.

Pekerja yang efektif akan mencari perkara-perkara ini dengan bertanya, ” Apa yang dapat saya lakukan? ” Mereka pasti sedar ada pelbagai perkara yang dapat dilakukan sehingga tidak cukup sumber dan asa bagi melakukan kesemuanya.

Menjadikan keselesaan itu tabiat dalam kerja.

Menjadikan kekuatan itu produktif juga penting dalam kebolehan dan tabiat kerja. Tidak begitu sukar bagi memastikan kita dapat menjadi produktif. Apabila terasa kita sudah faham waktu bila paling produktif kita bekerja, kita dengan sendirinya akan tahu bagaimana cara paling sesuai bekerja.

Semua ini mungkin dikatakan agak cetek tetapi sebenarnya tabiat kerja juga adalah sumber keberkesanan. Kebanyakannya sesuai bagi pelbagai jenis kerja. Pekerja yang efektif sedar akan perkara ini dan akan menggunakannya.

Melakukan kerja mengikut kecenderungan ilmu ataupun bakat

Pekerja yang efektif tidak akan cuba berlakon menjadi orang lain. Beliau akan bertanya, ” Apakah perkara-perkara yang mudah bagi saya, tetapi sukar bagi orang lain?” Ia mungkin menjadi seorang yang menulis laporan, membuat keputusan, rundingan, ataupun apa sahaja.

Ia bukan apa yang biasa orang fikirkan apabila bercakap berkenaan kekuatan. Biasanya apa yang dimaksudkan adalah ilmu ataupun bakat dalam sesuatu bidang. Namun, sifat dan tabiat juga memainkan peranan dalam pencapaian seseorang. Bagi menjadi efektif, kita perlu fokus pada apa yang kita mampu lakukan dan lakukannya dengan cara yang paling sesuai dengan diri kita.

Menjadikan kekuatan itu produktif adalah sikap, tetapi ia dapat diperbaiki dan dikembangkan dengan melatih diri. Jika kita mendisiplinkan diri bertanya, ” Apa yang dapat orang ini lakukan?” dan bukannya apa yang tidak dapat dilakukannya, kita perlu berubah sikap menjadi orang yang mencari dan menggunakan kekuatan orang lain dan lambat laun diri sendiri.

Sumber: EKSEKUTIF SMART Bekerja Dengan Lebih Efektif ditulis oleh PETER F. DRUCKER

Be the first to comment - What do you think?

Tip Menampilkan Peribadi yang Hebat dengan Warna

  1. Jangan gunakan lebih daripada tiga warna setiap kali memilih pakaian untuk dipakai. (namun terpulang pada citarasa masing-masing )
  2. Sekiranya anda seorang yang pemalu, selitkan warna merah dalam gandingan warna pakaian, contohnya tali leher merah dengan baju krim bagi lelaki ataupun blaus merah dengan kain ataupun gelap bagi perempuan.
  3. Sekiranya anda seorang yang agresif, gunakan warna biru gelap, coklat lembut ataupun kelabu cerah dalam pakaian utama yang anda kenakan, contohnya kemeja. Ia adalah begi menyeimbangkan personaliti yang anda tampilkan dengan sifat agresif anda. Anda akan dilihat sebagai orang yang mudah didekati.
  4. Sekiranya anda seorang yang bertubuh besar, gunakan warna biru gelap, kelabu ataupun coklat muda dalam pakaian anda untuk mendapatkan ilusi yang kurus sedikit.
  5. Sekiranya anda seorang yang bertubuh kecil, gunakan pakaian yang bercorak alam dengan bunga yang besar. Warna pada bunga itu biarlah cerah dan terang supaya ia dapat mengalihkan pandangan orang yang melihat personaliti anda.
  6. Sekiranya anda mahu kelihatan dramatik, gunakan kombinasi warna yang kontras, contohnya hijau muda dan ungu, merah dan putih, biru gelap dan keemasan, kelabu dan oren dan sebagainya. Walau bagaimanapun ianya sekiranya perlu jika anda benar-benar berani memakai warna yang kontras.

* Personaliti berpakaian yang baik bermakna apabila ia mampu menjadi alat bantu bagi memudahkan jalinan perhubungan sosial dengan orang lain.

Sumber Gambar: Mr Google..

1 comment - What do you think?

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat selamat tinggal tahun 2011 dan selamat datang tahun baru 2012! :heart: :heart:

Pastinya banyak kenangan yang telah tercipta pada tahun ini, tidak kira yang manis ataupun pahit. Apa yang penting itu semua kenangan kan? Dengan kenangan dan pengalaman inilah ia menggerakkan kita ke tahun hadapan yang lebih mencabar dan menjadikan kita bersedia untuk menghadapinya.

Benar, tahun ini sahaja kita telah melalui tak kurang hebatnya cabaran daripada segi kewangan, memandangkan ekonomi yang semakin menekan kesan daripada kenaikan harga petrol dan sekaligus menaikkan harga barang-barang keperluan asasi harian kita. Walau bagaimana peritnya kesan ekonomi itu namun kita terpaksa juga melangkah dan terus melangkah kerana itulah kehidupan. Memang tidak akan ada penyudahnya dengan menyalahkan pihak itu dan pihak ini kerana seolah tiada siapa mendengar rintihan rakyat. Walaupun begitu kita masih ada cara untuk mengelakkan daripada hidup terus terhimpit dan terhimpit oleh desakan kewangan. Bagaimana kalau kita pasangkan azam baru tahun depan dengan perancangan yang rapi dan kemas akan perbelanjaan keluarga? tentu menarik bukan.

Kurangkan pembelian terhadap perkara yang kurang penting sebaliknya tumpukan kepada yang lebih penting. Rancang sebelum berbelanja dan ke pasaraya membeli barangan harian, daripada membeli keperluan secara runcit anda ubah kepada membeli secara borong atau large size yang mana harganya lebih murah berbanding memberi secara mini seperti peralatan mandian, keperluan dapur dan sebagainya.

Selain merancang pembelian, anda juga boleh teruskan minat menabung dengan menyediakan tabung di rumah untuk memasukkan wang lebihan pembelian yang ada dalam saku anda. Dengan menabung beginilah lebihan wang anda yang sepetutnya di simpan tidak dihabiskan kepada perkara-perkara yang tidak perlu.

Andalah orang yang paling berkuasa menjadi penentu hala tuju kewangan anda. Samada anda mahu atau tidak, ia berdasarkan usaha dan kebijaksanaan anda. Jadikan tahun hadapan adalah tahun yang paling bijak dan cemerlang bagi anda, jangan biarkan ia statik atau lebih teruk daripada tahun ini.

Salam ukhwah dari seluruh Team Fitrah Power Resources. wassalam..

Be the first to comment - What do you think?