10 Cara Memenangi Hati Ibu Mertua
Assalamualaikum. Salam Fitrah untuk semua pengujung. Hari ini saya akan kongsikan 10 tips atau petua bagaimana memenangi hati ibu mertua.
Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.
Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.
Hingga berjumpa lagi di lain posting, wassalam.


salam, ustaz…
Syukran di atas semua ini. ketibaan syawal ni cukup setahun saya berstatus menantu.. heheheh
Apa yang ditulis oleh ustz adalah benar semuanya insyAllah.Maafkan saya ye ustaz. Saya ingin berkongsi pengalaman dan amalan saya memenangi hati mertua saya. Setelah ibu saya tiada lagi. Saya alihkan kasih sayang saya pada mertua saya.Saya mencium tangan dan dahi mertua saya pada setiap pertemuan dan perpisahan dengannya serta memohon maaf diatas kesalahan saya padanya.Bak yang disedari atau tidak. Saya merasa malu dan janggal pada mulanya tapi ia menjadi satu nikmat akhirnya… Alhamdulillah.
alhamdulillah..:)
Saya sedih dgn apa yg berlaku dalam keluarga saya. Semoga kakak ipar saya diberi hidayah. Semoga dia dapat menghormati ibubapa mertuanya seperti mana dia menyayangi ibubapanya sendiri.
:em62:moga2 kita semua sentiasa berbahagia..seseorang yg bahagia tak semestinya memiliki yang terbaik,tetepi sentiasa melakukan yg terbaik dgn ape yg dimilikinya…
:em50: salam. cmne nk jd menantu yg disayangi..klo kita slalu jg ati mentua tp ati kiter xdijaga cmne?..mula2 leh la saba..atau wat xtau..tp lamer2..makan ati dibuatnyer..
:em50: assalammualaikum..ustaz..saya dah 11 tahun tinggal bersama mertua..baru 1 tahun beli rmh sendiri.saya & mak mertua mcm mak sendiri.kalau saya salah dia tegur mcm anak dia sendiri..kita org dah biasa sudah..apa yg ustaz cakap kah tu memang betul..di awal perkahwinan memang susah nak terima..saya diamkah aja,apa yg dia ajar dan minta mcm2 tapi insyaallah..skrg dah okay…
Assalammualaikum,saya baru setahun kahwin. Namun masih belum dapat menyesuaikan diri. Saya lagi sanggup berdiam diri dari bercakap dengan keluarga pasangan.Ayah dan mak mertua saya selalu komplen pasal saya.Sedangkan pasangan saya buat salah tak pernah ayah saya tegur…Saya memang pendiam.Saya malas nak berborak dengan mak dia yg tua buat macam muda.
buat DINDA…
Masalah komunikasi selalu berlaku antara menantu dan mertua, ia berlaku mungkin kerana kesukaran kita untuk menyesuaikan diri dengan cara keluarga suami yang sangat berbeza dengan suasana keluarga kita yang sebenar. Namun masalah ini bukanlah tiada jalan penyelesaiannya, cuma atas kebijaksanaan kita mengatasi dan merawatnya. Sikap mendiam diri ini terjadi dalam dua keadaan. Pertama, diam kerana mengikut (patuh) dan kedua diam kerana menentang dalam hati. Diam kerana patuh dan kasih kepada mertua itu adalah sebaiknya, namun jika diam kerana menentang dan menahan rasa sakit hati dan rasa tidak puas hati itu seharusnya baiklah kita jauhi. Kerana jika dibiarkan ianya akan menimbulkan perasaan dendam dalam hati yang mungkin akan sedikit sebanyak terzahir melalui tindak balas kita terhadap mertua daripada segi tingkah laku dan riak wajah kita. Puan bolehlah nilai kembali dimana situasi hati puan berada bila bersama mertua. Puan juga perlu perluaskan ilmu dan praktikkan bagaimana hendak menambat hati mertua yang adakalanya sengaja berkelakuan ‘banyak songeh’ untuk menguji menantunya. Jika kita bijak bermain dengan emosi mertua, mana tahu suatu hari nanti kita menjadi menantu yang paling disayangi… Belajarlah untuk berkomunikasi dengan mertua secara baik kerana dengan komunikasi lah kita dapat mengenali siapa sebenarnya mertua kita itu dan begitulah sebaliknya…slamat mencuba…
salam..ustaz.. saya berumur 22 tahun, tunang saya berumur 26 tahun. ibu dan adik perempuan nya seolah2 tidak dpt menerima saya dlm keluarga mereka.. saya merasakan seperti mereka tak suka dengan kehadiran saya. pernah sekali mereka menyalahkan saya kerana hal yg kecil. namun saya merasakan seperti saya tak kan bahagia dgn tunang saya . saya takut selepas berkahwin perkara ini menjadi lebih rumit. bantu lah saya yg buntu..
salam ustaz saya belum berkahwin dan akan berkahwin tidak lama lagi,tetapi dari skrg saya dan pasangan saya sudah mula berbincang tentang dimana kami akan tinggal apabila sudah berkahwin nanti. tetapi masalahnya kami sudah berbincang tidak mahu tinggal bersama kedua ibu bapa kami,tapi sakarang bakal suami saya tidak mahu saya duduk dengan kedua ibu bapa saya,yer saya faham kenapa dia buat begitu atas banyak sebab,pasangan saya mahu saya tinggal dengan ibu dan ayah nya,saya tidak mahu dan mcm mana saya nak selesaikan masalah ini kerana pasangan saya tetap dengan keputusannya.
salam.
Terima kasih kerana ustaz sudi untk berkongsi petua. petua2 ini pasti dapat membantu saya kelak. :em54:
Salam ustaz..saya berumur 36 tahun..telah berkahwin selama lebih dari 10 tahun.ibu mertua tinggal dengan kami, masalah nya saya seringkali naik angin dengan ibu mertua saya, dahulunya saya sangkat menghormati ibu mertua serta keluarga suami saya, tetapi sejak mengetahui mereka sering memburuk buruk kan saya…maka dengan sendirinya rasa hormat saya pada mereka hilang..ini menyebabkan saya serta suami saya sering bertengkar…saya sudah buntu dengan masalah yang saya hadapi ini…bantulah saya…
salam ustaz,
saya telah berkahwin dgn pasangan saya selama 8thn dan tinggal bersama ibu mertua kerana bapa mertua sudah meninggal dunia. ibu mertua saya memang terang2 mengata dia tidak menyukai saya dari sebelum saya berkahwin dgn anak nya… tapi saya cuba untuk berbaik dgn nya… tapi gagal hingga sekarang…. dia sering menunjukkan sikap yg tak puas hati terhadap saya….. baru2 ni dia ada mengeluarkan kata2 yg tak sedap kpd saya…. adakah patut saya keluar dari rumah itu…..?
salam… saya berusia 22 tahun dan mempunyai psgn yg sebaya dengan saya. Saya da hampir 4 tahun berkawan dengannya. Keluarga saya pun sudah mengenali diri nya dan mereka semua tiada ape2 komen ttg die. pendek kata, mereka menghormati pilihan saya.
Tapi, ape yang buat saya sedih adalah keluarga psgn saya seolah2 tidak menyukai saya. Saya dapat rasa begitu. Dari cara mereka melayani saya. Psgn saya m’punyai 3 org adek beradek (die ade 1 kakak dan die adalah kembar dan yg bongsu. Tapi kakak die ok dgn saya setakat ni). Boleh dikatakan, psgn saya ni adalah “anak mak” sebab ape2 kerja atau perkara yang mak die mahukan, pasti die yang selalu di suruh.
Nak di jadikan cerita, 1 hari, saya mengajak die join family saya utk pegi picnic same2. Psgn saya bersutuju utk join (first time nk join, sebelum ni jumpe2 macam tu je dgn family). Tapi, sebelum die sampai ke rumah saya, die memberitahu saya yang die tak jadi pegi. Bile saya tanya knp, die enggan bagitau pada mula nya. Namun, selepas beberapa hari setelah di pujuk oleh saya utk memberitahu, die forward pd saya mesej2 yang mak die hantarkn pada die ketika die mahu join family saya. dlm msj tu, mak die ade kata yang takkan restukan hubungan kami lebih jauh dari ini. Saya betul2 rasa sedih dan kecik hati bila mak die cakap macam tu. Psgn saya turut merasa tekanan pada ketika itu.
Bile saya bincang hal ni dengan die, die kata mungkin mak die tangah mara pd masa 2. Saya juga pernah minta putus dengan die kerana tak mahu jadi punca mak die berkecil hati dengan die kerana saya. Saya tak mahu berdosa. Tapi, die enggan putus. Sehingga sekarang, saya masih meneruskan hubungan kami. Saya mahu minta pendapat ustaz. Ptotkah saya meneruskan hbgn saya dgn die atau pun tidak? Saya berasa takot bile mak die cakap takkan restu hbgn kami lebih dari ini. Saya takot saya akan menderita jika kawin dengannya. Tolong la ustaz… Saya sangat keliru. saya selalu berdoa lepas solat agar di beri petunjuk sama ada die adalah jodoh saya ataupun tidak. Saya juga selalu berdoa, kalau die mmg jodoh saya, lembut kan lah hati mak die. tapi ustaz, saya sering merasa keliru sama ada patot meneruskan atau tidak hbgn sy dengan die sebab saya fikir mak die dah cakap perkataan TIDAK AKAN RESTU. Saya selalu dengar kisah2 pasangan yang tidak di restui. Hidup mereka susah dan sering di timpa masalah. Harap ustaz dapat memberi nasihat dan pandangan kepada saya.
sekian terima kasih. Salam…
asslmkm ustaz,.,, saya ada masalah,.,. boleh tolong saya? saya seorang ustazah yang mengajar di kampung pasangan saya dan pasangan saya seorang imam rawatib dan guru kafa,.. saya memilih dia berasaskan agama,.. sudah setahun lebih kami bercinta,satu hari tu,.. saya bawa dia berjumpa dengan kuarga saya,.,. tapi kuarga saya tak setuju kerana kami dua tak setaraf,,. alasannya,. saya guru kerajaan dan mesti pilih guru kerajaan juga,.,. sedangkan saya tidak boleh hidup tanpa dia,.. tolong saya ustaz,.. saya tidak tahu apa lagi yang patut saya buat kalau saya pilih kuarga,,, saya akan tinggalkan dia,. tapi kalau saya pilih dia,.,.. saya takut kuarga saya tak restu,., bantu saya ustaz,..
ok ape makan ati dp jiran sblh tu makan tulang je..hehe :em32:
pada pendapat saya, jika ibu tidak merestui satu2 hubungan percintaan seeloknya pasangan itu perlu berkorban mencari cinta lain bagi menjaga hati ibu/bapa yang tidak merestui mereka.. kerana ibu/bapa yang melahirkan kita, membesarkan kita, menjaga makan pakai kita sejak dari kecil, takkan sampai hati kita melukai hati kedua orang tua kita kerana cinta yang belum tentu menjadi pasangan kita seumur hidup.. mungkin ada perkara yang ibu/bapa nampak pada pasangan yang membuatkan mereka menjadi tidak yakin untuk menyerahkan anak mereka kepada pasangan tersebut.. kita yang sedang bercinta selalunya memang tak nampak ape kekurangan yang ada pada pasangan kerana segalanya manis sebelum “dapat” tetapi ibu/bapa kita lebih peka dalam perkara2 tersebut kerana mereka lebih banyak pengalaman berbanding kita.. jadi bagi saya elok dihentikan hubungan percintaan kalian dan cuba menjadi sahabat dan masing2 perlu mencari cinta yang direstui ibu/bapa.. kerana perasaan kita semua umat manusia nie senang/mudah untuk berubah.. saya sendiri telah bertunang 3 kali sebelum mendapat restu daripada orang tua saya.. kerana selepas kita memutuskan hubungan dengan pasangan kita, baru la kita sedar ape kekurangan dan kelebihan yang ada pada pasangan tersebut yang menjadikan ibu/bapa kita tidak senang hati untuk melepaskan kita kepada pasangan tersebut.. sama2 la kita pikir2kan… ibu/bapa menjaga kita sejak kecil dan lebih memahami kita buruk baik kita, apa salahnya kita pula berkorban untuk menjaga hati mereka dan memenuhi kehendak mereka kerana mereka sudah puas memenuhi kehendak kita sejak kecil lagi…
sekian..
terimakasih ustaz atas tips ni….mslh saya pelik sikit…mak mertua dok ngan saya & suka kat saya….lain macam sukanya….dia dah berumur tapi solid & bergaya lagi, adoih…
dia suka pegang2 saya & manja2 dgn saya masa bini xda….bini saya x tau…tolong! apa saya nak buat… nak halau mak mertau saya keluar rumah ke?
saya takut ter’main’ dgn mak mertua saya yg macam gersang tu… tolong saya apa sy nak buat
“Mila : Saya sedih dgn apa yg berlaku dalam keluarga saya. Semoga kakak ipar saya diberi hidayah. Semoga dia dapat menghormati ibubapa mertuanya seperti mana dia menyayangi ibubapanya sendiri” -> :em29: Saya pun menghadapi situasi yang sama….tp adik ipar yang langsung tak hormat pada mak saya (ibu tunggal) & ipar duainya. :em12: Macamanapun kami adikbadik tak penah putus asa berdoa agar dia diberi hidayah dan berubah. Ini peluang terakhir yang diberi oleh adik lelaki saya setelah byk kali diberi peluang. Semoga peluang terakhir ni akan memberikan kebahagiaan buat kami.Amin… :em69:
saya sedih. betul2 sedih skrg ni. hanya Allah yg tau perasaan sya. sebenarnya saya bru bergdh dgn ibu mertua sya. dia tk slh. semua berpunca dr abg ipar sya yg suka sgt menghina dn mengutuk anak lelaki sya yg agak nakal. semakin lama sya mkn hati ngan sikap abg ipar. kemuncaknya pg tadi….
abg ipar sya suka sgt komplen psl anak sya pd ibu mertua. kesbran saya habis. saya tak bertegur sapa bgn mertua sya smp mlm. dia sms suami sya n suami sya tanya sya blk. sya tk bercdg mengadu dkt suami, tp dia dh tanya. otomatik air mta saya meleleh. dia bengang n terjadi pertgkaran. sya sedih sbb sya tak blh kwl emosi! knp sya tk biarkan aje abg ipar mengata???? ya ALLAH camana lepas ni……..:_(
salam ustaz, maklumat yg sgt berguna… mohon berkongsi ye..
salam,
pelbagai cara yang saya dah cuba untuk memenangi hati mertua..
saya jaga pertuturan saya dan tak pernah sekali pun saya meninggi kan suara apatah lagi menyakiti hatinya..
saya cuba penuhi kehendaknya selagi termampu..
namun entah kenapa..ada saja yang tidak kena di matanya..
padahal…saya bawa dia tinggal bersama dan saya juga yang menyara keperluan seharian dengan bekerja.. suami tidak bekerja – diberhentikan semasa kegawatan ekonomi..
selain itu, kami turut menyara abang ipar yang dah berenti kerja (kerana sakit buatan orang katanya), dan juga dua orang anak saudara (hasil hubungan luar nikah adik ipar – anak bongsu ibu mertua).
Saya amat sedih dengan “kerenah” ibu mertua dan sikap nya yang tidak tahu bersyukur..
Sikap nya ade kala sangat menghiris perasaan dan saya kerap menangis di tempat kerja..tak sampai hati nak melukakan hati suami sekiranya menangis di rumah..
Saya hanya mampu berdoa’
agar ALLAH berikan saya kekuatan untuk menempuhi dugaanNya ini…Amin
macam mana nak menangani ibu mertua yang suka menjaja cerita mengenai rumah tangga menantu ke2,malas dan pengotor..
menantu pertama disayangi macam minyak yang penuh.menantu pertama tidak pernah membantu apa2 dari segi kewangan memandangkan suami menantu pertama tidak bekerja.segala belanja rumah di tanggung oleh anak & menantu ke dua.kemas-mengemas dr ruang tamu hingga ke tandas termasuk memasak, mencuci kain,semua di lakukan oleh menantu ke2.malang nya ibu mertua semakin membenci saya..dan sekarang ni kami tidak bertegur sapa..tlong lah saya….
Salam ustz,
byk pendapat dan cara untuk menambat hati mertua.. tp saya jarang jumpa cara mertua tambat hati menantu pulak…
Mertua saya seriously mmg tak best… (ayah mertua pengikut PERKIDA)
dah macam taksub dgn ajaran keganasan…
bila bawak anak balik kg… selalu ckp nak ajar anak saya tinju, tomoi, silat.. anak saya baru 7 bulan….
buat apa ajar semua tu kalau anak2 masih belum dapat beza baik dan buruk seni mempertahankan diri dan waktu mana yg sesuai dipraktikkan…
itu yg membuatkan jiwa saya tertekan bila balik kampung suami.
dan lagi.. mak mertua pula.. bila saya lama tak balik kg, bila saya telefon selalu dia tnya.. kenapa??
nak tnya khabar pun tak blh?? sudah lah suami dgn mak dan ayah saya tak bertegur sapa… menjawab pertanyaan mak saya pun susah…. macam nak gila fikirkan kerenah suami yang dibesarkan dalam keluarga yang kurang adab sopan n hormat menghormati… adusss.. buntu!
Aku pikir cuma aku yg punya msalah seperti ini,kadang aku dan suamiku_bertengkar mulut karena ada sesuatu yg brhubungan dengan ibunya,seolah dia tak terima,tp jika ibunya yg mengatakan sesuatu yang tak mengenakkan denganku,dia hanya diam saja.sekali lagi aq hnya menangis,aku sering diam,menahan sakit dalam hati.kadang aku berharap suami bisa melindungi dari apapun.
salam ustaz..saya nie seorg yang sgt2 merendah diri dan juga pendiam…jadi saya tidak yakin untuk berjumpa dengan bakal mak mertua saya menamdangkan saya seorg yg tersgt pendiam…takut kalau die kate sy nie sombong dan x pandai ambil hati..jadi ade tips x untuk saya…sy nak jugak jadi seorg yang riuh…xla terpinggir sgt ….
Salam ustaz, saya minta jasa ustaz untuk selesaikan masalah saya,
Saya dah berpasangan dengan teman lelaki saya lebih 4 tahun.
Memang pada mulanya ibu teman lelaki saya tak merestui hubungan kami,
dengan alasan kami dari negeri yang berlainan, saya asal johor, dia asal pahang. tapi mak dia berasal dari johor.
Ibu dia terlalu membenci orang johor, tanpa alasan.
Mula2 saya mahu undur diri sebab tak nak hubungan kami tak direstui,
tapi teman lelaki saya yakinkan saya agar sabar dan sentiasa berdoa
agar ibunya lembut hati.
Memang sepanjang hidup kami selama 4tahun, terlalu banyak masalah
dan dugaan,lebih2 lagi dari segi kewangan dan hubungan walaupun sakit, saya telan dan sentiasa sabar..
Alhamdulillah, makin lama pasangan saya beritahu yang ibunya sudah merestui hubungan kami, dan kami pun merancang untuk bertunang,
tetapi, makin dekat tarikh pertunangan, tiba2 keluarga pasangan saya
tak jadi datang dgn beri alasan sibuk.
rupanya2 pada hari raya aidil adha yang lalu, mereka berpakat untuk tidak merestui hubungan kami, dan memaksa pasangan saya untuk memutuskan hubungan dengan saya,
Saya dah cuba untuk berlembut dan berbincang dengan ibunya,
malangnya jawapan dia tetap sama, tak suka orang johor,
ibu saya pernah buat solat istikharah siapa jodoh saya,
memang jelas wajah teman lelaki saya yang hadir,
Sekarang saya buntu, saya terlalu mencintai dia,
tetapi macamana kalau hubungan tanpa restu, dan bagaimana cara untuk melembutkan hati ibu dan keluarga teman lelaki saya,
Terima kasih …
Mohon maaf di atas komen saya ini.Pengalaman saya mengatakan tips yg di atas adalah seperti sebuah drama yg mana akan berhasil jika mentua anda juga pelakon drama yang baik.
Petua asas yang masih saya pegang adalah ” jika anda dibenci, maka setiap perbuatan anda juga tidak disenangi” begitulah sebaliknya.tak perlu lah bawa buah tangan , masalah komunikasi ke ..Itu adalah alasan untuk menyukai / tidak menyukai.
Samada mentua benci / suka pada kita,hidup je lah sprt seorang penoreh getah yg dah biasa dengan hujan, harga getah turun / naik..tak perlu bersedih
masalah saya sama mcm natasha..patot x sy call je bkal ibu mertua sy tu?
Assalammualaikum ustaz..saya ingin minta pndgan dri ustaz menyenai saya dan pasangan saya..saya dan dia sudah 6 tahun berkawan dan kami sudah pun merancang untuk bertunang tahun depan,tapi hati saya jadi risau apabila kakak ipar kepada pasangn saya itu seolah-olah tidak suka dengan kehadiran saya dalam fmly pasngan saya itu..sewaktu pertama kali saya berjumpa dengan org tua pasngan saya,kakak ipar kpda pasngan saya tibe-tibe shja menceritakan mcam2 keburukkan saya..padahal ape yang dia cerita bukan seperti dri saya..saya mersakan dia tidak suka akan diri saya,dan dia juga pernah berjumpa dengan mak saya dan ada berkata yg status menantu kesayangan hanya untuk dia sahaja..saya tidak pernah terlintas pun untuk merampas ape2 yg dia dapat dri fmly pasngan saya itu..saya hanye meminta restu dri kedua ibi bapa pasngan saya sahja..
saya agak rapat dgn kakak ipar pasngan saya seblum ini,tapi apabila dia tahu yang fmly pasngan saya hendak berjumpa dia terus tunjuk kan rasa dengki pada saya..saya jadi teramat sedih kerana saya sudaah mengangap dia macam kakak saya sendiri…ape saya boleh buat ustaz..ibu n ayah pasngan saya pun tidak tahu la sama ada merestui hubungan saya ke tidak,tapi semasa mereka berjumpa dengan saya mereka tidak kisah kami hendak kahwin bila..tapi awal2 lagi ibu pasngan saya itu ada cakap yang die hendak kami sama2 kumpul duit kahwin..saya tidak tahu lah samaada saya boleh masuk ke tidak dengan bakal biras saya tue nanti..risau juga hati ini,niat saya hendak sama2 bahagia n gembira..
salam ustaz…
Saya jenis yg tak suke nk mnyibok hal org..tp ipar biras saya jenis yg bmuka2..dpn kta mngata adik bradik die…entah2dpn adik beradik die hentam mngata kte…mkn dlm hati dah ustaz..mcm le dieorg baik sgt…
salam ustaz…. keluarga sy tak mrestui hubngan sy dgn muhamad afendi…. mmg stiap mnusia tak lpas dr mmbuat kslapan… sy mngaku.. mhamad afendi nie tidaklah sebaik lelaki yg laen… tp, kalau benar sseorg itu ingin berubah… tak salahkan ustaz…?? kami dah lme knal… dah 4 thun dh ustaz…. klau sy n die prgi mne2… msti owg kate kite owg ni, laki bini… ustaz… sy mgaku, kami mmg prnah mmbuat dosa…… fhm2 la… p stlah kmi pkir blik… tiade ksudahan jugak, klau kite owg x khwin… mslh skrg ni ustaz.. kluarga sy xmrestui hbungan kami… klau sy nak khwin… sy takde wali ustaz.. abg n pak sdara sy, smuanya tak mahu jadi wali sy…. n 1 lgi… sy nie bwh umr.. skrg ni umr sy 17… sy betol2 sygkan mhamad afendi n die pon same, betol2 sygkan sy… jadi sy nak tnya pndapat ustaz… cara ape lagi yg sy n muhamad afendi patut buat untuk slesaikan masalah kami ustaz…??
terima kasih :) boleh dijadikan panduan untuk 6tahun akan datang :D
salam ustaz, sy dh berkahwin. sy tinggal berasingan dgn mertua, hbgn suami dn sy berjln lancar tanpa maslah…, baru2 nie mertua sy dan anknya 2 org ingin tinggal dirumh sya dan suami, anknya yg bongsu masih sklh lg, ibu mertua sy nie ibu tunggal selpas bercerai dgn ayah suami sy, sy tidak kisah pd mulanya, tp setelah lama duduk mak mertua membawa adik ipar pompuan juga ibu tunggal mempunyai ank 1, maslahnya sy selalu berkongsi perbelajaan bersama suami sy krn gaji suami sy tidk menentu, 1 lg masalah sya akan memastikan rumah sentiasa bersih sebab sy mempunyai kulit alergik dri kecil lg, sejak dtg adik ipar sy rumah sy dh jd tunggang langgang, sy dh la pnt bekrja.. kdg2 sy x msk sebab mak mertua menggunakan dapur utk meniaga kecil2lan dgn menghantar kuih.. sy pon mengalah dgn memberi mak metua sy msk pada pkl 8pm hingga 10.30pm.. sy pon dh mls nk beli brg2 dapor.. krn setiap kali beli mesti mak mertua sy menggunakan brg 2 skli utk meniaga..baru2 nie mak mertua mengamuk krn sy x msk dn x mkn mskan mak mertua.. sy hanya berdiam dn berckp perlahan.. sy x suka pergaduhan, tp sy memang dh agak benda nie akn terjadi.. sy jd x sdp ati..kdg2 sy mrh dlm hati secara tidk sengaja.. mcmana nk selesaikn maslah sy dan mertua.. sebab mak mertua mcm x puas hati dgn sy..
Assalammualaikum Ustaz,saya memohon jasa baik ustaz untuk memberi pandangan dan nasihat masalah yg saya hadapi. Saya telah berkahwin selama 14 tahun bersama anaknya. Masalah saya benci akan sikap ayah mertua dan ibu mertua yg suka memandang rendah pada saya. Saya akui anak mereka ada ijazah dan saya diploma sahaja. Saya dah cuba pelbagai cara untuk memenangi hati mertua saya sehingga hadiahkan RM10,000 selepas bapa mertua saya operation by past jantung sept 2011.
Untuk pengetahuan ustaz gaji saya lebih banyak 3 kali ganda dari anak mereka. Mereka juga selalu double standard diantara anak saya dan anak adik suami saya. Saya pernah menjaga ibu mertua saya di Hospital Klang selama 4 hari 3 malam sewaktu selepas operation kanser usus.Suami saya ada 4 beradik seorang lelaki dan 3 lagi perempuan tetapi dimana mereka sewaktu ibu mereka memerlukan mereka.
Tolonglah bagi pandangan pada masalah yg saya hadapi. Semoga Allah SWT membalas jasa baik Ustaz.