Archive for July, 2008

Isra’ Mikraj Hikmah Yang Tersirat

Assalamualaikum w.b.t

Salam Fitrah untuk semua. Alhamdulillah segala puji dan puja hanya kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada kita untuk terus meneruskan kehidupan di dunia ini.

Hari ini adalah merupakan hari yang amat penting bagi kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. Satu peristiwa luar biasa telah berlaku kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di mana Allah SWT telah memperjalankan Rasulullah s.a.w pada waktu malam dalam satu perjalanan yang amat jauh tetapi hanya dalam waktu yang singkat.

Masjidil Aqsa Jurusalem

Masjid Al-Aqsa yang masih di tangan musuh Islam

Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah SWT di permulaan Surah Isra’ yang bermaksud:
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan dengan hambaNya pada waktu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang kami berkati persekitarannya untuk memperlihatkannya tanda-tanda kekuasaan kami, sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.”

Ada beberapa perkara yang amat penting yang perlu diteliti berdasarkan ayat ini. Mengapa Allah SWT menggunakan kalimah ‘hamba’ walaupun hakikatnya Allah SWT boleh menggunakan pengkhususan dengan Muhammad atau Rasulullah di dalam ayat ini? Dan mengapa Allah SWT memuliakan peristiwa israk mikraj ini dengan menyebut Masjid Aqsa?

Sesuatu yang tersirat yang perlu kita hayati, bahawa Allah SWT menggunakan kalimah ‘hamba’sebagai satu gambaran bahawa manusia yang berstatus sebagai hamba Allah adalah satu keistimewaan yang Allah berikan kepada manusia. Status inilah yang menjadikan manusia mendapat martabat yang tinggi di sisi Allah. Sentiasa menyedari diri sebagai hamba yang perlu melaksanakan segala perintah dan menghindari larangan-Nya.

Dan mengapa Masjid Aqsa begitu hebat sehingga Allah SWT menyebutnya dalam peristiwa ini sebagai satu gambaran bahawa bumi Palestin adalah tempat di mana para nabi dan rasul banyak dilahirkan di sini bahkan jasad mereka juga banyak disemadikan di bumi. Di samping
bentuk muka bumi yang subur menjadi sebahagian tanda-tanda keberkatan Palestin. Namun apa yang lebih penting ialah sehingga hari ini umat Islam di negara ini tidak akan berhenti untuk membebaskan bumi Allah yang berkah ini.

Ahmad Shukri Yusoff
www.fitrahpower.com

7 comments - What do you think?

Kesenangan Bersama Kesusahan

Assalamualaikum w.b.t

Salam Fitrah untuk anda semua yang setia mengikuti perkembangan Fitrah Power. Alhamdulillah saya menulis pada kali ini ketika saya sedang berada di Palace Hotel di Kota Kinabalu dalam menyampaikan Kursus Kendiri Fitrah kepada kakitangan MARA Sabah.

Dalam meniti kehidupan ini Allah SWT banyak sekali memberikan ujian demi ujian kepada kita sebagai satu mujahadah dalam menentukan tinggi dan rendahnya martabat kita sebagai insan.Tanpa kita sedari, apabila ujian yang menimpa diri kita begitu
berat sehingga kadang-kadang kita telah menghukum bahawa Allah SWT tidak adil kerana memberikan ujian yang berat.

Firman Allah:
“Katakanlah: “Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal.” (At-Taubah: 51)

Bayangkanlah jika Allah SWT benar-benar ini bersikap tidak adil dan zalim kepada kita, maka mengapa di waktu dan ketika ini adakah kita masih menerima nikmat dari Allah SWT? Bagaimana dengan setiap denyutan jantung dan pinjaman usia yang kita masih nikmati?

Sesungguhnya kita perlu yakin dan percaya, bahawa setiap kesusahan dan kesukaran akan diikuti dengan kesenangan dan kemudahan.Ujian juga turut menjadi asbab untuk Allah SWT menambahkan rahmat dan kasih sayang kepada hamba-hambaNya.

Firman Allah:
“Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu adalah kesenangan.” (Al-Insyirah: 5)

Seandainya kita diuji, tiada perkataan yang paling mahal melainkan kalimah sabar dan syukur! Inilah sebenarnya yang ingin dilihat oleh Allah SWT kepada kita hamba-hamba yang mengakui beriman kepadaNya.

Ahmad Shukri Yusoff
www.fitrahpower.com

3 comments - What do you think?

Kursus Fitrah Power bersama Lembaga Zakat Selangor

Slot Mengisi Helaian
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan kesihatan dan kecantikan dalam diri setiap makhluk ciptaan-Nya. Alhamdulillah juga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat-Nya, Kursus Fitrah Power yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor pada 25 – 27 Julai 2008 telah dijalankan dengan jayanya yang berlokasi di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat Selangor.

Para peserta terdiri daripada kakitangan dan pegawai di Pusat-pusat Pungutan Zakat sekitar negeri Selangor dengan jumlah yang begitu efektif iaitu seramai 23 orang. Kerjasama dan komitmen peserta yang begitu baik di dalam menjayakan kursus adalah amat dihargai oleh pihak pengurusan Fitrah Power. Semoga dengan pertemuan kita di dalam majlis ilmu menjadi asbab bagi hati kita terjentik dan terbuka luas untuk menerima hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. Amiinnn…

1 comment - What do you think?

Bagaimana Menghargai Perasaan Orang Lain?

Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera buat semua sahabat dan pengunjung laman Fitrah Power ini.

Mengapa perlunya menghargai perasaan orang lain? Persoalan ini akan terjawab apabila kita menanyakan kembali soalan itu kepada diri sendiri dalam bentuk soalan “Mengapa pelu menjaga perasaan sendiri?”. Dalam konsep ‘Hablum Min-Annas’ telah jelas di situ akan maksudnya bahawa kita perlu menjaga hubungan sesama manusia selain menjaga hubungan dengan Maha Pencipta( Hablum Min-Allah). Perlunya menjaga perasaan orang lain sama pentingnya menjaga perasaan sendiri, kerana Allah SWT telah menjadikan naluri manusia itu suka akan penghargaan, pujian dan kelembutan tutur kata.

Sebagaimana firman Allah:

“Maka dengan sebab rahmat yang melimpah-limpah dari Allah kepadamu wahai Muhammad engkau telah bersifat lemah lembut kepada mereka sahabat-sahabat dan pengikutmu dan kalaulah engkau bersifat kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu”. ( Surah Aali- Imran ayat 159 )

Penghargaan kepada perasaan orang lain tidak bermakna perlu bersetuju dengan apa yang diucapkan. Bersetuju melibatkan fakta sama ada apa yang dikatakan itu benar atau salah. Manakala menghargai pula melibatkan emosi dan perasaan, ia adalah dua perkara yang berbeza. Kita haruslah berhati-hati dalam menggunakan kedua-dua cara ini dalam satu masa, kerana masalah mungkin akan timbul akibat campur aduk ini.

Menghargai perasaan orang lain boleh berlaku dengan cara kita mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang diceritakan kepada kita dan kita menyelami perasaan orang yang sedang berkata-kata itu. Selain itu cara yang paling mudah adalah dengan diam, mengangguk, dan melihat ke wajahnya semasa dia sedang berkata-kata. Selain itu kita boleh menggunakan komen-komen neutral yang biasa digunakan seperti “ ya, betul.” , “ Ok,” , “Oh!”, “Menarik, menarik…”, “Iya ker?, “Teruskan”, “Isyyy…kasihannya awak.” , “Oh, begitu,” dan sebagainya. Komen neutral ini membantu mendorong orang yang sedang bercakap supaya terus bercakap dan meluahkan masalahnya sehingga kesusahannya hilang selepas dia berasa dihargai kerana ada insan yang sudi mendengar keluhan keresahannya.

Be the first to comment - What do you think?