Archive for August, 2008

Jabatan Belia Dan Sukan Negara

Be the first to comment - What do you think?

Senyuman Di Bulan Puasa

1522467522_465de21b8f.jpgSenyuman ibarat satu pemandangan indah yang mendamaikan jiwa apatah lagi senyuman yang dilemparkan itu ikhlas dari hati yang tulus. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut kedatangan Shahrul Karim iaitu bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan bagi mereka-mereka yang beriman. Bulan Ramadhan inilah bulan di mana kita menunaikan rukun Iman yang ketiga iaitu puasa selama sebulan.

Keletihan yang dialami setiap muslim ketika menunaikan rukun islam ini pastinya membuatkan kita terlupa akan satu perkara yang penting selain menambah amal ibadat kita, iaitu senyum. Bagaimana hendak senyum apabila sudah letih lesu akibat berpuasa? Namun, sekiranya kita menyedari hakikat senyum ini pastinya anda akan lebih menghargai dan mudah memberikan senyuman kepada insan-insan di sekeliling anda dengan rela dan tanpa paksaan lebih-lebih lagi di bulan puasa yang akan menjelang tidak lama lagi ini.

 Senyuman pengikat kasih sayang.

Orang yang mengukir senyuman mampu mengikat kasih orang yang disayangi mahupun insan disekelilingnya.  Senyuman juga mampu memancarkan segala kebaikan dalam diri yang tak mungkin dirasai seseorang dalam tempoh yang singkat. Sinaran kebaikan, persahabatan, kejujuran, rasa hormat, kesabaran dan kawalan diri yang tinggi mampu terpancar dengan hanya satu senyuman yang ringkas dan mudah. Sekiranya selama ini mungkin ada hati-hati insan yang terluka dengan sikap dan perbuatan kita, hulurkanlah kemaafan beserta senyuman yang ikhlas mudah-mudahan kasih akan kembali bertaut dan erat tersimpul.

 Senyuman juga berjangkit.

Senyuman yang dilemparkan kepada seseorang biasanya akan dibalas dengan senyuman juga walaupun apa jua keadaan orang yang dilemparkan senyuman ketika itu samada sedih ataupun gelisah. Itulah kuasa senyuman yang begitu ajaib. Senyuman yang ikhlas lahir dari hati dapat kita kenali melalui gaya senyuman itu sendiri, kerana senyuman sebegitu akan melibatkan semua bahagian muka terutama mata. Pendek kata senyuman yang ikhlas datang dengan satu pakej lengkap iaitu otot muka bergabung semua dengan mata yang mengecil, pipi yang terangkat dan bibir yang tersenyum.  Seseorang itu pastinya akan merasa serba salah sekiranya dia tidak membalas senyuman yang telah dilemparkan kepadanya maka bermula daripada saat ini cubalah memulakan memberikan senyuman kepada semua orang dengan harapan virus senyuman ini akan merebak dengan meluas ke semua manusia dan seterusnya melahirkan suasana yang gembira dan menyeronokkan.

Tetapi mengapa susah senyum?

Pernah ada satu peristiwa berlaku kepada seorang wanita. Ketika itu dia berurusan di satu kaunter, tetapi pelayan di kaunter itu melayannya dengan muka yang masam sedangkan seketika tadi dia melayan pelanggan sebelumnya dengan muka yang manis sekali. Sehinggalah selesai urusan dengan pelayan tersebut, wanita itu masih tertanya-tanya, apakah silapnya sehingga dia dilayan dengan muka yang masam begitu. Sepintas dia melalui sebuah kedai yang bercermin besar, ketika itu dia terlihat wajahnya di cermin tersebut. Lalu dia tersenyum, patutlah pelayan tadi bermuka masam dengannya kerana wajahnya juga masam dan berkerut ketika itu, mungkin akibat tekanan kerja yang membebankan di pejabat. Lalu dia tersenyum sendiri dan mengubah riak wajahnya supaya kelihatan manis dengan senyuman.

Sememangnya ada individu yang dilahirkan secara semulajadinya berwajah masam, berwajah bersahaja dan sentiasa murah dengan senyuman. Itu adalah kurniaan Ilahi yang boleh diubah sekiranya kita mengenali kelebihan dan kekurangan diri. Sebenarnya mereka yang berwajah masam dan seakan susah senyum itu bukanlah susah senyum sebenarnya, tetapi mereka tidak tahu bila masanya fikiran bawah sedar mereka patut memprogramkan perbuatan senyum itu. Mereka juga tidak tahu bagaimana untuk menampilkan apa yang dirasainya kepada orang lain. Jadi secara tidak langsung, tanggapan orang lain terhadapnya kadangkala tidak tepat kerana orang hanya dapat melihat luaran tanpa dapat menilai dalaman. Maka kitalah yang mampu mengubah tanggapan orang lain terhadap diri kita dengan menampilkan wajah yang sepatutnya kepada orang lain untuk mengubah tanggapan negatif mereka kepada tanggapan yang positif.

Jadi, bagaimana caranya untuk mudah tersenyum?

Senyuman akan  terjadi apabila kita memaksa diri untuk tersenyum. Latihan boleh dilakukan apabila kita bersendirian di bilik atau sebagainya. Jika hati sedang gelisah ataupun bersedih, cuba senyum seketika dan bayangkan keseronokan yang kita alami dengan insan tersayang, insyallah mood gembira akan terus meresap dalam diri ketika itu juga. Walaupun mungkin kegembiraan atau keceriaan tidak wujud dalam diri kita, tetapi apabila kita cuba juga bertindak bagi mewujudkan keceriaan itu, lambat laun ia terbentuk juga. Dari situlah akhirnya perasaan ceria itu membantu kita sentiasa mengukir senyuman yang cukup manis dan segar.

Selain itu, senyuman juga mudah terpancar apabila hati kita bersih dan tunduk pada Yang Maha Kuasa, Allah SWT. Dengan mengingati Allah, hati akan lebih damai dan bahagia.  Namun, bagi yang ingin mengubat hati yang mungkin ketika ini berada dalam kesedihan, terluka ataupun kecewa maka inilah ubatnya iaitu Solat Malam ( tahajjud ), sentiasa berzikir membersihkan hati, membaca Al-Quran dengan maksudnya, perbanyakkan berpuasa sunat termasuklah wajib dan bergaul dengan orang Soleh ( orang yang baik dan beriman ). Barangsiapa yang dapat melakukan salah satu daripadanya insyallah hati akan lebih terubat dengan baiknya seterusnya dapat memberikan senyuman yang manis dan ikhlas untuk membahagiakan insan di sekeliling kita.

2 comments - What do you think?

Kecenderungan Pemakanan Umat Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t kepada semua Sahabat Fitrah, semoga kehidupan kita adalah jauh lebih baik berbanding hari semalam.

Firman Allah SWT:
“Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia.”
(Thaha: 81)
burger.JPG

Pemakanan yang baik yang dianjurkan oleh agama Islam ialah memakan makanan yang halal serta tidak memberikan mudarat kepada tubuh badan manusia. Mengapa Allah SWT menegaskan konsep makanan yang halal dan baik? Kerana ramai di antara kita yang terlepas pandang bahawa banyak makanan yang halal tetapi jika tidak mengikut cara pemakanan yang tepat akan membawa mudarat kepada tubuh badan kita. Bayangkan kalau makanan yang halal juga mampu memudaratkan manusia, maka memakan makanan yang haram sudah tentu lebih banyak keburukannya.Dari sudut kerohanian pula, memakan makanan yang bersih begitu memberi kesan kepada tingkah laku dan akhlak seseorang muslim.

Imam al-Ghazali pernah menyebut tentang kesan makanan yang haram  kepada zuriat iaitu anak-anak.
“jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang halal sejak mereka dilahirkan. Makanan yang halal selain daripada menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberi makanan yang kotor.

Dalam senario masyarakat kita hari ini, hanya sebilangan kecil yang masih mengamalkan cara pemakanan yang seimbang dan sihat, sebagaimana yang dimasak oleh ibu kita. Tetapi sebilangan besar kehidupan hari ini memilih untuk makan di restoran-restoran, warung-warung yang mungkin nampak enak di pandangan mata, tetapi kita sendiri tidak pasti adakah cara penyediaannya juga dijamin sekiranya  penyediaan tersebut berlaku di depan mata kita.

Memilih makanan segera sebagai sebahagian makanan ruji juga sebenarnya adalah sebahagian punca kepada kerosakan sistem pencernaan dan penghadaman dalam badan kita. Cuba anda fahami sendiri artikel ini yang saya petik dari salah satu laman web kesihatan:

“Allowing Filth and Chemical Poisons In Industrial Food – Whether we’re talking about deadly e-coli in hamburgers or spinach, imported pet food that kills pets, or the feds admitting that 78 million annual cases of food poisoning and 200,000 hospitalizations in the US are “normal,” it’s clear that our Fast Food Nation needs help. Don’t hold your breath for the House and Senate agriculture committees or the current crop of Washington bureaucrats to deal with our nation’s food safety and public health crisis. Their “solutions” are mainly to keep us in the dark about what’s in our food, how it was produced, and where it came from, and to keep doling out billions of taxpayer‘s dollars to the USDA every year to maintain business as usual. Meanwhile, Congress and their minions at the FDA work overtime to make sure that the super-profits of the big pharmaceutical, insurance, and hospital corporations stay at record levels, while Americans break the Guinness Book of Records for poor health and skyrocketing medical costs.”

Jadi cuba kita sama-sama fikirkan, bukankah sebahagian besar makanan segera yang kita makan hari ini adalah diimport dari luar negara? Mudah-mudah kita akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang berkualiti dan halal untuk keluarga kita.

Be the first to comment - What do you think?

Semangat Ummu Salamah r.a

Assalamualaikum buat semua Sahabat Fitrah.
Marilah kita sama-sama menghayati kisah perjuangan ini.

Lembaran sejarah hijrah umat Islam ke Madinah, tidak mampu melupakan perjuangan seorang ibu dengan seorang puterinya yang masih muda.

Kedua-duanya, melakukan hijrah hanya dengan menunggang unta tanpa ditemani oleh seorang lelaki. Perjalanan yang menuntut kesabaran dan tekad yang tinggi telah membuatkan Ummu Salamah dan ibunya Hindun bin Abi Umayyah berjalan menembusi kegelapan malam, melewati hangatnya padang pasir dan mengharungi perjalanan meletihkan lebih kurang 400km.

Ummu Salamah adalah puteri dari pemimpin Bani Mughirah, Abi Umayyah. Parasnya jelita dan ia adalah seorang yang cerdas. Setelah menginjak usia remaja dirinya telah dikahwinkan dengan Abdullah bin Abdul Asad Al-Makhzumi. Lalu berkat hidayah Allah SWT kedua-duanya menyatakan keislamannya.

Ketika kaum Muslimin berhijrah ke Madinah, kedua-duanya turut serta walaupun masa yang berbeza. Abdullah (Abu Salamah) berangkat terlebih dahulu, setelah itu Ummu Salamah menyusul seorang diri dengan anaknya. Lalu mulailah mereka berdua menjalani kehidupannya bersama anak-anaknya di Kota Madinah tercinta.

Tapi tak lama kemudian Abu Salamah meninggal dunia akibat luka yang dideritanya semenjak perang Uhud Akhirnya Ummu Salamah pun seorang diri mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Kemudian datanglah Abu Bakar r.a untuk melamarnya, juga Umar bin Khattab r.a. Namun dengan lemah lembut kedua lamaran tersebut ia kembalikan.

Setelah itu datang pula utusan Rasulullah SAW untuk meminangnya. Ummu Salamah pun menolaknya dengan berbagai pertimbangan. Namun setelah mendapat penjelasan dari Rasulullah SAW akhirnya ia menerima lamaran tersebut.

Diantara para isteri Rasulullah SAW, Ummu Salamah adalah isteri yang tertua. Dan untuk menghormatinya, Rasulullah SAW sebagaimana kebiasaannya sehabis solat Ashar, beliau mengunjungi isteri-isterinya maka beliau memulainya dengan Ummu Salamah r.a dan mengakhirinya dengan Aisyah r.a. Ummu Salamah wafat pada usia 84 tahun, bulan Zulkaaedah, tahun 59 Hijrah atau 62 Hijrah dan dikebumikan di Baqi`.

Be the first to comment - What do you think?