Pemuda-pemuda Yang Menjaga Agama
Assalamualaikum w.b.t
Salam Fitrah buat semua Sahabat Fitrah dan pengunjung laman ini. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.
Di dalam surah al-Kahfi ayat 9, Allah SWT berfirman:
“Adakah engkau menyangka bahawa kisah Ashabul Kahfi dan ar-Raqim itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
Kisah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi mungkin pernah kedengaran di telinga kita, namun mungkin hanya sekadar kedengaran ketika kita menghadiri kuliah-kuliah maghrib di surau dan masjid. Kisah pemuda-pemuda yang beriman kepada Allah yang mencari perlindungan di dalam sebuah gua kerana takutkan pemerintah yang tidak bersujud kepada Allah SWT.
Ketaatan yang tinggi kepada Allah menunjukkan bahawa mereka tidak sanggup untuk tunduk kepada manusia. Mereka telah diselamatkan Allah dengan menidurkan mereka selama tiga ratus sembilan hari, sehinggalah pemerintahan Maharaja Rom yang zalim yang bernama Decius ketika itu telah digantikan dengan raja yang mentauhidkan Allah SWT. Walaupun kezaliman Decius mengancam kehidupan mereka namun mereka tetap menjalankan dakwah kepada penduduk agar tidak meninggalkan kepercayaan kepada Allah SWT.
Hari yang begitu mencabar ini, amat sukar bagi kita yang berstatus hamba Allah untuk kita menjaga diri kita dari ujian-ujian dunia. Lebih-lebih lagi untuk menghadapi ujian dalam menetapkan dan mempertahankan keimanan kepada Allah SWT. Cuba kita sama-sama perhatikan senario
yang berlaku kepada belia dan remaja hari ini. Adakah mereka yang kita harapkan untuk membela agama nanti?
Sebutlah ‘Insya Allah’
Assalamualaikum w.b.t
Salam Fitrah buat semua Sahabat Fitrah dan pengunjung laman ini. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.
Melafazkan janji atau merancang sesuatu pekerjaan untuk hari esok adalah perkara yang mudah untuk dituturkan. Bahkan kebiasaan inilah yang telah menjadi sebati dengan kehidupan kita, tanpa kita menyedari hakikat hari esok adakah masih diberikan rahmat oleh Allah SWT untuk meneruskan kehidupan. Apa yang anda selalu jawab apabila rakan anda mempelawa anda menghadiri majlis keramaian di rumah mereka? Atau apakah yang selalu anda katakan kepada boss anda apabila diminta menyiapkan kerja-kerja tertentu pada esok hari?
Kebanyakan di antara kita hanya menyebut perkataan ‘OK’ sebagai satu lafaz perjanjian bahawa kerja tersebut bakal disiapkan, atau jemputan tersebut akan dihadiri? Adakah kita yakin bahawa esok masih menjadi milik kita?
Sebab itu Allah SWT menganjurkan kita cara yang terbaik dalam segala aspek kehidupan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 23-24:
“Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi, kecuali (dengan menyebut): “Insya-Allah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini”.
Lafaz ‘Insya Allah’ menjadi saksi penting bahawa kita meletakkan bahawa setiap apa yang bakal berlaku pada hari esok adalah milik dan sesuatu yang ditentukan oleh Allah SWT. Andainya kita terlupa atau ditimpa musibah yang boleh menghalang kita dari melakukannya, Allah SWT tidak akan meletakkan kita antara mereka yang sengaja ingin memungkiri janji.
Kursus Fitrah Power: Lembaga Zakat Selangor
Assalamualaikum wbt.
Salam Fitrah untuk semua pengunjung fitrahpower.com. Syukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan ruang untuk kita mendekatkan diri kepadaNya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kami kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana telah memberikan kepercayaan kepada Fitrah Power Resources (FPR) untuk mengendalikan Kursus Fitrah Power Siri II bagi 38 orang pegawai zakat. Kursus ini telah sempurna dilaksanakan di Agrotek Garden & Resort pada 1-3 Ogos 2008 yang lalu.
Kembali kepada fitrah adalah motivasi terbaik untuk manusia lebih mengenal diri dan membina perancangan yang fokus untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam. Walaupun hanya 3 hari 2 malam bersama dengan peserta-peserta kursus LZS ini, kerjasama yang baik dari para peserta telah menjadikan kursus ini sebagai satu ruang untuk membina hubungan ukhuwah yang baik pada masa akan datang. Syabas!
Wasiat Rasul – Syariat Azan
Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan :
“Ketika cara memanggil kaum Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur akubermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanyaapakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja. Orang tersebut malah bertanya,” Untuk apa ? Aku menjawabnya, “Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat.
“Orang itu berkata lagi, “Adakah kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik ?” Dan aku menjawab ” Ya !”Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang, “Allahu Akbar, Allahu Akbar..” Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda: “Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang.”
Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal.” Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah SWT di atas semua petunjuk tersebut.
Azan mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Bilal r. a. telah menambah pada azan subuh dengan lafaz “As solatu khairuminan naum.” ( Sembahyang itu lebih baik daripada tidur). Dan ia dipersetujui oleh Rasulullah saw.
Apabila tiba bulan Ramadhan , Rasulullah saw. telah menyuruh azan dua kali pada waktu subuh. Azan yang pertama bagi mengingatkan orang Islam supaya bersahur.Ada pun azan pada sembahyang jumaat sekali sahaja , sehingga zaman Khalifah Saidina Osman r. a. Apabila manusia bertambah ramai dan ada yang masih leka selepas azan zuhur maka Saidina Osman r. a. memerintahkan diazankan sekali lagi apabila imam menaiki mimbar.

