Logo Background RSS

» 2008 » October

  • Kursus Fitrah Power ( Yayasan Selangor )
    October 30th, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Alhamdulillah, berkat kerjasama antara Fitrah Power Resources dan Yayasan Selangor, Kursus Motivasi Potensi Diri telah berjaya diadakan di Hotel Seri Malaysia Port Dickson pada 24-26 Oktober baru-baru ini. Peserta kursus ini terdiri daripada kakitangan sokongan dan disertai seramai 33 orang.  

    Pelbagai ilmu dan pengalaman telah dikongsikan sepanjang kursus ini. Antara penceramah yang menjayakan kursus ini ialah yang berbahagia Ustaz Roslan Mohamed(Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Islam,UM), Ustaz Asrul Nizam Abas (Perunding FP) dan perunding utama kami iaitu al-fadhil Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.
     
    Jazakallah kepada Yayasan Selangor di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami untuk mengendalikan kursus ini dan ucapan ribuan terima kasih juga kepada semua peserta di atas kerjasama dan semangat yang telah diberikan demi melancarkan lagi perjalanan kursus selama 3 hari 2 malam ini. Semoga kursus ini diberkati dan mendapat manfaat bersama.. insyaallah..

  • Kursus Pendakwahan Berkesan
    October 30th, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Assalamualaikum w.b.t kepada semua Sahabat Fitrah yang setia dalam memberi dorongan dan sokongan kepada kami di Fitrah Power.

    Pendakwah pada hari ini perlu lebih profesional serta memahami konsep dakwah dengan lebih global agar dakwah mampu dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pendakwah bukan sekadar menyampaikan isi dakwah semata-mata,tetapi mereka memerlukan ’skill’ dan kaedah yang tepat agar dakwah lebih berkesan dan mudah difahami oleh sasaran dakwah.

    Kerana faktor ingin memberikan kemahiran-kemahiran serta melahirkan pendakwah yang lebih profesional, maka Yayasan Islam Terengganu dengan kerjasama Fitrah Power Resources telah berjaya melaksanakan Kursus Pendakwahan Berkesan pada 28-30 Oktober 2008 di Batu Buruk Beach Resort. Alhamdulillah kursus ini telah disertai oleh 65 orang peserta yang merupakan staf di YIT yang menjalankan aktiviti dakwah dan berjaya disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Tn. Hj. Mohd Zulkifli b. Abu Bakar. Majlis penutup kursus
    ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Tn. Hj. Alias Jaafar dan juga KPP Pentadbiran, En. Mat Zaid b. Ibrahim.

    Terima kasih dan penghargaan dari kami kepada YIT kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan kursus ini. Terima kasih juga kepada semua peserta kursus yang mesra dan memberikan kerjasama yang terbaik sepanjang kursus ini dijalankan. Syabas kepada anda semua!

  • Mee ‘Darah’
    October 29th, 2008 | 6 Komen6 Comments Comments

    Salam hormat buat semua pembaca.  Pada 13 hb Oktober lepas kami bertolak daripada pejabat di Bangi pada pukul 11 pagi ke MITC Ayer Keroh Melaka. Tujuan kami ke sana adalah untuk menjalankan kursus Spiritual Leadership Training anjuran ILHAM, MARA. Seperti biasa kami akan bertolak lebih awal ke tempat kursus untuk persiapan rapi sebelum bermulanya pendaftaran peserta dan seterusnya aktiviti kursus, itu adalah prinsip kami dalam memastikan kursus akan berjalan lancar dan jayanya.

    Kami menggunakan lebuh raya Utara Selatan PLUS untuk menuju ke destinasi, dan di pertengahan jalan kami berhenti untuk makan tengahari di R&R berdekatan susur masuk ke Ayer Keroh. Di situ kami memilih menu mengikut selera perut masing-masing. Salah seorang daripada kami telah memesan mee kari untuk santapannya tengahari itu. Namun malangnya hidangan yang dipesannya itu telah bertukar rupa. Mee yang sepatutnya berwarna kuning telah bertukar ke warna merah setelah berlaku tindak balas kimia ( asid borik ) yang terkandung dalam mee dengan kuah kari yang mengandungi bahan daripada kunyit. Perkara ini amat mendukacitakan rakan kami itu, dan hidangan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa menghabiskannya setelah menjamahnya sedikit sebelum ia bertukar rupa sebentar tadi kerana risaukan kesihatan terjejas kerana memakan mee tersebut. Isu berkenaan mee ‘darah’ ini telah pun hangat diperkatakan oleh media beberapa ketika dulu, namun pengeluaran mee sebegini masih berterusan seolah-olah tiada tindakan yang diambil oleh pihak berwajib.

    Namun setelah kembali ke pejabat saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat mengenai mee ‘darah’ tersebut. Saya menjumpai satu blog (http://myhalal.blogspot.com) yang di dalam artikelnya menyatakan mee kuning akan berubah warna merah apabila terdapat di dalamnya kandungan asid borik. Penggunaan asid borik ini adalah untuk melambatkan mee daripada rosak dan penggunaannya juga diharamkan kerana menjadi penyebab penyakit barah. Namun begitu, adakalanya mee menjadi merah bukanlah disebabkan oleh asid borik tetapi disebabkan oleh kealkalian pH 14 yang tinggi. Kealkalian mee yang tinggi itu adalah hasil daripada penambahan air soda ( Natrium Bikarbonat ) semasa pemprosesan mee tersebut kerana untuk mendapatkan tekstur mee yang diingini. Air soda inilah yang akan bertindak balas dengan kunyit tersebut lalu mee menjadi merah seperti darah. Walaubagaimanapun mee yang dihasilkan dengan menggunakan  air soda ini adalah selamat untuk dimakan, namun kita sebagai pengguna dapatkah kita membezakan antara mee yang menggunakan air soda ataupun asid borik?

    Betapa malangnya rakyat Malaysia kerana sentiasa terdedah kepada masalah kesihatan akibat pemakanan yang mengandungi bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan. Perkara ini bukan setakat merbahaya kepada kesihatan, malah kandungannya juga sering diragui kerana mempunyai bahan-bahan yang haram dimakan oleh umat Islam. Bukan satu atau dua kes tentang isu makanan ‘tercemar’ ini tetapi sudah terlalu banyak yang telah dibongkar oleh badan-badan yang menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia ini. Pemakanan yang tercemar begini bukan sahaja merosakkan sistem dan fungsi badan tetapi juga merosakkan dan menggelapkan hati umat Islam yang memakannya. Tidak hairanlah jika dewasa ini telalu banyak berlakunya kes jenayah terutama dikalangan remaja dan kes terbaru ini ialah pelajar perempuan yang menendang gurunya di perut. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dan secara langsungnya perkara ini memang berkait rapat dengan pemakanan selain didikan dan persekitaran pergaulan pelajar tersebut. Kita sering menyalahkan pihak itu, pihak ini apabila timbulnya sesuatu masalah, tetapi kita lupa bahawa kita sering mengambil ringan asbab dan punca berlakunya sesuatu masalah tersebut. Jadi, sama-samalah kita menjaga dan berwaspada kepada segala apa yang boleh menjadi darah dan daging kita. Pastikanlah makanan itu halal di makan dan sumber mendapatkan makanan itu juga halal. Wallahua’lam.