Logo Background RSS

» 2008 » November

  • Abdullah Penggempur Perang
    November 12th, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Seorang wanita mulia puteri Abu Bakar As-Siddiq telah melahirkan kandungannya ketika beliau sedang hijrah dari Makkah ke Madinah. Asma’ adalah ibu yang melahirkan Abdullah bin Zubair. Bahkan Abdullah telah ditahnik oleh baginda Rasulullah s.a.w.

    Begitulah hebatnya Abdullah bin Zubair yang dilahirkan dari pasangan mujahid dan mujahidah yang turut mengalir di dalam dirinya darah seorang pejuang sejak dari zaman remajanya lagi. Kehebatannya di medan perang bukanlah sekadar hebat bermain pedang, bahkan Abdullah
    membuktikan kehebatannya apabila bersama dengan mujahid-mujahid lainnya ketika menggempur Afrika membebaskan mereka dari kesesatan. Sedangkan usianya ketika itu baru mencecah 17 tahun. Namun begitulah kehebatan Islam yang berjaya membentuk pemuda dan belia muslim ketika dalam menegakkan Islam.

    Dalam peperangan tersebut jumlah tentera di antara dua pasukan jauh tidak seimbang, sudah tentu sedikit sebanyak menimbulkan rasa gerun untuk berhadapan dengan musuh. Namun janji syahid dijanjikan Allah telah menetapkan kedudukan tentera muslimin untuk menghadapi musuh. Melihat keadaan yang mungkin tidak berpihak kepada tentera muslimin, Abdullah mencari rahsia kekuatan awan. Akhirnya ia mengetahui, bahawa kekuatan musuh bertumpu pada raja Barbar yang menjadi panglima perang mereka.

    Maka Dengan penuh keberanian Abdullah cuba menembusi pasukan musuh yang berlapis-lapis menuju ke arah panglima Barbar. Usahanya tidak sia-sia, ketika jarak antara dirinya dengan raja Barbar telah hampir, maka beliau terus menghunus pedangnya ke arah panglima Barbar. Panji pasukan lawan pun direbut oleh rakan seperjuangannya dari tangan musuh. Semangat tempur pasukan musuh berubah dan tak lama kemudian mereka bertekuk lutut di hadapan para mujahid yang gagah berani. Pahlawan yang tegas dalam kebenaran ini syahid pada usia 72 tahun
    terbunuh oleh tangan musuh Hajjaj bin Yusuf.

  • Majlis Ihtifal Fitrah Center
    November 11th, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Assalamualaikum wbt.

    Semoga semua Sahabat Fitrah berada dalam keadaan sihat hendaknya.

    Mendidik anak-anak secara spiritual bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan oleh ibu bapa. Lebih-lebih lagi pada zaman yang sangat mencabar ini anak-anak perlu ditekankan dengan elemen spiritual agar anak-anak pada hari ini tidak lupa untuk terus melaksanakan tuntutan kepada Allah SWT.

    Fitrah Center yang dikendalikan oleh Fitrah Power Resources telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Fitrah Center 2008, ramai di kalangan Sahabat Fitrah semua bahawa Fitrah Power turut mengambil peluang untuk sama-sama membentuk generasi yang teguh fitrahnya serta mampu memimpin diri pada masa akan datang.

    Alhamdulillah, majlis ihtifal ini telah berlangsung dengan jayanya pada 9 November 2008, bertempat di Danau Golf Club, UKM. Majlis ihtifal yang diadakan ini adalah untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar enam tahun di Fitrah Center. Majlis ini juga telah dihangatkan dengan persembahan-persembahan pentas yang telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Fitrah Center.

    PENDAFTARAN TADIKA FITRAH CENTER DIBUKA SEKARANG!
    Kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Fitrah Center, sila hubungi
    Pn. Na (013-3110927) untuk maklumat lanjut.

    konvo4.jpg
    Adik membaca doa pembuka majlis

    konvo3.jpg
    Persembahan tarian ketipak ketipung

  • Bilakah Berakhirnya Hayat Matahari?
    November 4th, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Matahari adalah sebuah bintang dan kejadiannya bermula lebih kurang 8 hingga 10 billion tahun selepas berlaku Big Bang, iaitu lebih kurang 5 bilion tahun dahulu. Matahari adalah 109 kali lebih besar daripada bumi dan berkemungkinan besar, ia lahir kesan daripada gelombang kosmik (shockwaves) yang berlaku selepas meledaknya sebuah bintang raksasa. Ledakan bintang besar ini dipanggil supernova dan ia melahirkan gumpalan gas yang dikenali sebagai solar nebula. Solar nebula mengandungi 98 peratus hidrogen dan helium, dan 2 peratus unsur-unsur lain yang terhasil daripada proses kehancuran bintang-bintang di kosmos.

    hayat-matahari.jpg
    Matahari mempunyai 74 peratushidrogen dan 25 peratus helium, berada di tengah-tengah sistem suria dan para saintis menganggapnya sebagai bintang generasi ketiga (third generation star). Bumi, planet-planet, asteroid, meteoroid dan komet mengelilingi matahari mengikut masa yang Allah tetapkan.

    Proses nuklear yang berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari (sunlight). Cahaya ini diibaratkan seperti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir kesemua jenis hidupan di bumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis.

    Walau bagaimanapun matahari mempunyai jangka hayatnya. Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 bilion tahun. Selepas itu ia akan berkubur. Dalam surah at-Takwir ayat 1 Allah menyatakan, “Dan matahari semasa ia digulung (kuwwirat)”. Perkataan yang penting untuk dibahaskan dalam ayat ini adalah ‘kuwwirat’. Rata-rata ulama mentafsirkannya sebagai ‘zahabat’ yang bermaksud ‘pergi atau menghilang’, dan Imam an-Nasafi mentafsirkannya sebagai ‘hilang cahayanya’. Ia menjelaskan apabila berlaku Hari Kiamat alam ini seolah-olahnya digulung. Ia juga menjelaskan matahari semasa berada dipenghujung hayatnya akan hilang cahayanya.

    Sebenarnya kestabilan matahari, seperti bintang-bintang yang lain, bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya. Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari (core). Selepas berbilion tahun berlalu, proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil.

    Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam matahari (core) menguncup ( contracts) dengan menghasilkan suhu yang tinggi. Selepas masa berlalu suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari dengan tafsiran Nasafi berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan sebelum ini. Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya. Dengan lahirnya gumpalan gas berbentuk asap ini jadilah ia sebuah planetary nebula. Bahagian dalam matahair (core) pula bertukar menjadi objek yang dikenali sebagai white drawfs atau ’si kenit putih’. Dengan itu tamatlah riwayat hidup matahari. Wallahua’alam.

    [Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin, 2007]