Logo Background RSS

» 2009 » January

  • Besarnya Ganjaran Jihad
    January 28th, 2009 | Tiada Sebarang Komen Comments
    Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (berjihad), semata-mata berjihad untuk jalan (agama) Allah dan kerana membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan”. [HR Bukhari - Jilid 3, no. 1395]
    Demikianlah Allah SWT mengangkat darjat hambaNya yang mengorbankan diri di atas nama Allah dan agamanya. Terlalu besar ganjaran pahala dan kesenangan dunia yang akan Allah SWT kurniakan kepada mereka yang berjihad di atas jalan ini. Apa lagi yang didamba oleh kita sebagai manusia selain dari keampuan dari dosa-dosa yang kita telah lakukan, itu sudah mencukupi. Tetapi Allah SWT bukan sekadar memberikan pengampunan, bahkan ganjaran syurga di akhirat yang pastinya bonus bagi mereka yang beriman.
    Mengapa Allah SWT memberikan ganjaran yang tinggi kepada pejuang-pejuang ini? Kerana tidak mudah untuk mempertahankan agama Allah. Tidak ramai yang sedar bahawa agama Islam kini telah dinodai oleh musuh-musuh Allah. Allah telah menawarkan ‘reward’ yang tinggi untuk mereka yang berlumba-lumba menegakkan agama Allah.
    Mentaliti umat hari ini masih jauh untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan ini.
    Walaupun isu Palestin kini reda seketika, namun sebenarnya ini semua hanyalah perancangan musuh-musuh Islam untuk terus menarik perhatian umat Islam seluruhnya. Berjihad di jalan Allah boleh dilakukan dengan banyak cara. Sekalipun tidak mampu mengangkat senjata, namun biarlah sekurang-kurangnya kita tidak menjadi orang yang membeli peluru untuk menghapuskan umat Islam sendiri.
  • Berjayakah Boikot?
    January 20th, 2009 | 7 Komen7 Comments Comments

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    boikotHari ini sudah masuk hari yang ke-25 bumi Gaza dizalimi oleh zionis Israel untuk kesekian kalinya. Dan dalam tempoh ini jugalah suara dunia terus mengadakan bantahan dan tunjuk perasan sebagai dan kecaman terhadap golongan yang bergenetik pembunuh ini. Namun walaupun mangsa Gaza hidup dalam keadaan menderita, kita sebagai rakyat Malaysia yang mungkin hidup lebih aman daripada mereka seakan hanya terbit sebulat suara untuk memboikot segala produk-produk Yahudi, tetapi praktikalnya dapat dilihat begitu lemah dalam masyarakat kita.

    Rasanya kita bukan sekadar memberikan bantuan kepada mereka, kerana itu semua tidak akan berjaya menyekat langkah-langkah kejam zionis ini terhadap Gaza. Bantuan akan meringankan beban mereka. Tetapi kekejaman Israel tidak akan terhenti kerana mereka masih mendapat sokongan daripada kita. Israel akan terus berbangga kerana kita terus menyokong produk mereka. Umat Islam seluruhnya perlu lebih sensitif untuk sama-sama membantu saudara yang menjadi mangsa Yahudi sejak 60 tahun yang lalu lagi.

    Perlahan-lahan kita kena menyedari seandainya negara kita menerima nasib sebagaimana mereka? Bayangkanlah anak-anak kita menerima nasib seperti mereka, apakah perasaan kita melihat orang lain masih menyokong Yahudi dan seolah-olah terus membenarkan zionis kejam ini terus melakukan kekejaman kepada dunia? Fikirkanlah

  • Sedar Kesilapan Diri
    January 16th, 2009 | 6 Komen6 Comments Comments

    Nama: nor hidayah
    Tarikh Terima Emel: December 30, 2008, 9:08 am

    Soalan:
    Assalamualaikum. Rakan saya pernah melakukan zina bersama teman lelakinya. sekarang dia telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan dan telah bertaubat. Dia bakal berkahwin dengan orang lain. Masalahnya dia ragu-ragu dengan keadaan dirinya adakah dia boleh bahagia dan haruskah dia menceritakan sejarah silamnya kepada bakal suaminya? Adakah perkahwinannya boleh bahagia?

    Waalaikumsalam Warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada nor hidayah kerana menghantar emel kepada saya. Setiap manusia di atas dunia ini tidak akan terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan. Apa yang lebih penting ilah kawan hidayah telah menyedari kesilapan diri dan mula berfikir untuk kembali ke pangkal jalan. Itu adalah mujahadah yang terbaik untuk memulakan hidup baru. Dalam situasi dirinya yang ingin mendirikan rumah tangga dengan orang lain sudah pasti akan wujud jurang dengan perasaan rendah di atas kesilapan yang pernah dilakukan.

    Perkahwinan adalah ikatan dua hati yang redha dengan kelemahan dan kelebihan diri pasangan masing-masing. Untuk mengelakkan sesuatu buruk di dalam rumah tangga pada kemudian hari, berterus terang adalah cara yang terbaik. Namun bagaimana caranya perlulah mengikut kebijaksanaan kawan Hidayah kerana dia lebih mengenali bakal suaminya.

    Insya Allah kalau kawan Hidayah benar-benar telah bertaubat dan benar-benar ingin berubah dengan membina kehidupan yang baru, terangkan dengan ikhlas pada bakal suami. Doakan supaya bakal suami kawan hidayah dapat menerima kawan hidayah tersebut.