Archive for January, 2009

Besarnya Ganjaran Jihad

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (berjihad), semata-mata berjihad untuk jalan (agama) Allah dan kerana membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan”. [HR Bukhari - Jilid 3, no. 1395]
Demikianlah Allah SWT mengangkat darjat hambaNya yang mengorbankan diri di atas nama Allah dan agamanya. Terlalu besar ganjaran pahala dan kesenangan dunia yang akan Allah SWT kurniakan kepada mereka yang berjihad di atas jalan ini. Apa lagi yang didamba oleh kita sebagai manusia selain dari keampuan dari dosa-dosa yang kita telah lakukan, itu sudah mencukupi. Tetapi Allah SWT bukan sekadar memberikan pengampunan, bahkan ganjaran syurga di akhirat yang pastinya bonus bagi mereka yang beriman.
Mengapa Allah SWT memberikan ganjaran yang tinggi kepada pejuang-pejuang ini? Kerana tidak mudah untuk mempertahankan agama Allah. Tidak ramai yang sedar bahawa agama Islam kini telah dinodai oleh musuh-musuh Allah. Allah telah menawarkan ‘reward’ yang tinggi untuk mereka yang berlumba-lumba menegakkan agama Allah.
Mentaliti umat hari ini masih jauh untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan ini.
Walaupun isu Palestin kini reda seketika, namun sebenarnya ini semua hanyalah perancangan musuh-musuh Islam untuk terus menarik perhatian umat Islam seluruhnya. Berjihad di jalan Allah boleh dilakukan dengan banyak cara. Sekalipun tidak mampu mengangkat senjata, namun biarlah sekurang-kurangnya kita tidak menjadi orang yang membeli peluru untuk menghapuskan umat Islam sendiri.

Be the first to comment - What do you think?

Berjayakah Boikot?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

boikotHari ini sudah masuk hari yang ke-25 bumi Gaza dizalimi oleh zionis Israel untuk kesekian kalinya. Dan dalam tempoh ini jugalah suara dunia terus mengadakan bantahan dan tunjuk perasan sebagai dan kecaman terhadap golongan yang bergenetik pembunuh ini. Namun walaupun mangsa Gaza hidup dalam keadaan menderita, kita sebagai rakyat Malaysia yang mungkin hidup lebih aman daripada mereka seakan hanya terbit sebulat suara untuk memboikot segala produk-produk Yahudi, tetapi praktikalnya dapat dilihat begitu lemah dalam masyarakat kita.

Rasanya kita bukan sekadar memberikan bantuan kepada mereka, kerana itu semua tidak akan berjaya menyekat langkah-langkah kejam zionis ini terhadap Gaza. Bantuan akan meringankan beban mereka. Tetapi kekejaman Israel tidak akan terhenti kerana mereka masih mendapat sokongan daripada kita. Israel akan terus berbangga kerana kita terus menyokong produk mereka. Umat Islam seluruhnya perlu lebih sensitif untuk sama-sama membantu saudara yang menjadi mangsa Yahudi sejak 60 tahun yang lalu lagi.

Perlahan-lahan kita kena menyedari seandainya negara kita menerima nasib sebagaimana mereka? Bayangkanlah anak-anak kita menerima nasib seperti mereka, apakah perasaan kita melihat orang lain masih menyokong Yahudi dan seolah-olah terus membenarkan zionis kejam ini terus melakukan kekejaman kepada dunia? Fikirkanlah

7 comments - What do you think?

Doakan Kebinasaan Israel Laknatullah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

gaza3

gaza1

Salam Fitrah untuk semua Sahabat Fitrah. Moga-moga di hari ini kita sama-sama membuka ruang perubahan dalam mentaliti kehidupan kita. Saya juga rasa terpanggil untuk menulis tentang kekejaman dan kezaliman bangsa yang mengaku mereka sebagai ‘anak tuhan’, begitu mewah melakukan penyiksaan terhadap umat Islam di Gaza. Bagaikan hilang sudah sifat kemanusiaan dalam diri mereka. Itulah Yahudi atau Israel yang tidak akan berdiam diri untuk menyiksa dan menindas umat Islam di Palestin.

Saya juga perhatikan begitu banyak blog di internet yang mengutuk dan mengecam akan kezaliman terhadap umat Islam Gaza. Merekalah sebenarnya ‘terrorist’ yang disebut oleh Presiden Amerika yang dilempar kasut baru-baru ini. Sebenarnya Islam hampir bangkit dan akan bangkit di abad ini. Kerana itulah Yahudi begitu takut dan terus menerus melakukan kezaliman untuk memberikan perang psikologi terhadap umat Islam. Namun sebenarnya umat Islam ini sudah tidak mampu lagi untuk bertahan dan berdiam diri melihat perbuatan mereka mencemari Undang-Undang Antarabangsa. Percayalah mereka akan terus membaham umat Islam sebagai mangsa mereka.

Cuma kita sebagai saudara kepada umat Islam di Gaza, lihat penderitaan mereka, bayangkanlah kalau kita berada di tempat mereka. Bayangkanlah bau darah keluarga mereka yang sentiasa bersama mereka. Bayangkanlah anak-anak yang masih merah telah menjadi mangsa peluru berpandu. Di mana lagi mereka perlu mengadu. Dan di mana juga maruah kita sebagai umat Islam yang lain. Wahai umat Islam seluruhnya..fikirkanlah bersama!

Be the first to comment - What do you think?

Anak Dan Sekolah

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh

PELAJAR_BARU

Salam tahun baru untuk semua Sahabat Fitrah. Hari ini sudah masuk masuk hari kedua sesi persekolahan dibuka. Alhamdulillah kita lihat ramai sekali ayah ibu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Terutama anak-anak yang mula memasuki sesi pembelajaran 2009 ini. Bagi sesetengah anak-anak, sesi persekolahan menjadikan mereka satu pengalaman yang begitu menakutkan kerana berjumpa dengan ramai orang yang mereka tidak kenali, ditinggalkan ibu bapa di sekolah dan sebagainya.

Namun bagi sesetengah anak-anak, mereka sememangnya menantikan saat menikmati persekolahan, terutama ketika kali pertama menjejakkan kaki mereka ke kawasan sekolah. Tidak kira sama ada masuk ke Tahun 1 atau pun prasekolah. Tetapi satu persoalan yang timbul mengapa anak-anak ini takut untuk ke sekolah?

Sebenarnya masalah begini bukanlah satu masalah yang serius. Jika diteliti, cara pendidikan awal ibu bapa terhadap anak-anak akan memberikan impak yang besar ketika anak-anak ingin memulakan langkah mereka di alam persekolahan. Teknik bersosial kepada anak-anak perlu dilatih ketika mereka dalam usia masih kecil. Ini akan memberikan pendedahan kepada mereka bagaimana menyesuaikan diri dengan ramai orang dan juga situasi yang dialaminya.

Amat jauh bezanya anak-anak ini jika mereka dilatih dengan cara bersosial sejak dari kecil. Mereka lebih positif apabila menghadapi situasi sebegini. Bahkan mereka tidak akan kekok untuk membina hubungan dan mencari kawan sesama mereka. Mereka pandai menyesuaikan diri dengan kanak-kanak sebaya mereka. Tetapi sekiranya dari kecil mereka tiada pendedahan ini, anak-anak akan memberikan gambaran yang negatif walaupun hakikatnya zaman persekolahan begitu menyeronokkan. Perkara sebegini hanya perlu disedari oleh ibu bapa ketika di awal usia mereka agar mereka lebih bersedia untuk menerima pengalaman baru dalam kehidupan mereka.

6 comments - What do you think?