Program Didik Fitrah (PDF)
Ramai ibu bapa bimbang tentang sikap anak-anak mereka yang semakin hari tidak dapat mengurus diri dengan baik terutama dalam soal yang mengambil mudah perkara-perkara ibadah serta tidak berkomitmen dalam pendidikan akademik. Sememangnya tidak mudah untuk membentuk anak-anak untuk menjadi acuan yang baik sehingga mereka meningkat dewasa.
Oleh kerana itu Fitrah Power Resources menggunakan pendekatan Program Didik Fitrah sebagai modul utama dalam merealisasikan apa yang difikirkan oleh anda sebagai ibu bapa. Program ihi hanya berlangsung selama 1 hari (28 Mac 2009).
OBJEKTIF
1. Mengenali kelebihan dan kelemahan para pelajar dalam melakukan perubahan diri.
2. Memberikan bimbingan emosi dan spiritual kepada para pelajar.
3. Memotivasikan para pelajar untuk lebih berdaya saing dalam mencapai kejayaan.
PENDEKATAN PROGRAM
Ceramah interaktif | Games | Role Play | LDK | Didik Hibur
PENCERAMAH
Dikendalikan sepenuhnya Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, Perunding Utama/Pengarah Urusan Fitrah Power Resources
SIAPA YANG PATUT MENYERTAI?
Para pelajar sekolah rendah yang berumur 10-12 tahun.
YURAN PROGRAM
Yuran penyertaan ialah RM100.
PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui tunai/cek/bank in atas nama Fitrah Power Resources selewat-lewatnya 3 hari sebelum program. Berikut adalah maklumat yang diperlukan.
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor Akaun : 16018010008223
Nama : Fitrah Power Resources
TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi : Pendaftaran
8.30 pagi : Ice Breaking
9.00 pagi : Mengenali Potensi Diri
10.30 pagi : Minum Pagi
11.00 pagi : Motivasi Pelajar Cemerlang
12.30 tgh : Makan Tengah Hari / Solat Zohor
2.00 ptg : Menghargai Jasa Ibu Bapa
3.30 ptg : Anak Harapan
4.30 ptg : Minum Petang
5.00 ptg : Slot Bersama Ibu Bapa
5.30 ptg : Bersurai
Klik di sini untuk Download Borang Penyertaan Program Didik Fitrah (PDF)
Nota: Slip pembayaran dan Borang Penyertaan Program Didik Fitrah (PDF) perlu dibawa pada hari pendaftaran.
Tadika Fitrah Center [Pusat didikan generasi muslim cilik cemerlang]

Assalamualaikum w.b.t…
Sekembalinya saya memulakan tugas di Fitrah Power setelah hampir 2 bulan berkhidmat di Fitrah Center yang merupakan Tadika dan Taska di bawah kendalian Ustaz Ahmad Shukri dan isterinya Puan Nabihah. Tadika ini telah tertubuh dan beroperasi hampir lebih 3 tahun yang terletak di Taman Universiti, Kajang berhampiran dengan KTM stesen UKM. Saya berkhidmat secara sementara menggantikan kekosongan penyelia yang kini telah pun selamat diambil alih oleh guru yang baru memulakan tugas selepas cuti bersalin beberapa bulan yang lalu.
Alhamdulillah, saya benar-benar menghargai pengalaman selama saya menguruskan Fitrah Center di bahagian pentadbiran sekaligus menjadi tenaga pengajar anak-anak yang masih mentah dan dahagakan ilmu. Menguruskan kanak-kanak ini benar-benar memerlukan kesabaran dan hemah yang tinggi. Cabarannya besar dan adakalanya menggugat kesabaran dalam menghadapi kerenah mereka yang berbagai-bagai. Namun Alhamdulillah, saya dapat menghadapinya dengan tenang dan ianya benar-benar mengajar saya erti kesabaran dan keteguhan daripada segi fizikal dan mental.
Kesukaran memang saya hadapi ketika berada di dalam situasi di tadika di mana kanak-kanak yang terlalu aktif dan kebanyakan daripada mereka ada yang baru pertama kali berada di dalam kelas untuk belajar, jadi sikap manja dan inginkan perhatian lebih seperti yang mereka peroleh dari ibu bapa di rumah menyukarkan guru untuk menarik perhatian mereka semasa sesi mengajar. Kelas yang dibahagikan kepada kelas 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun itu menempatkan pelajar seramai 34 orang. Pelajaran asas yang di berikan penekanan ialah solat sunat dan wajib, bacaan Qiraati dan mata pelajaran mengikut modul pendidikan tadika. Selain itu nilai-nilai murni seorang muslim di terapkan dalam diri dan peribadi para pelajar seperti menghormati ibubapa, guru-guru dan rakan sebaya. Menariknya anak-anak ini terlalu mudah mengikut dan meniru gaya dan percakapan orang yang lebih dewasa dari mereka. Oleh kerana itu kita perlu teliti dalam segala tindakan dan percakapan semasa berada dikalangan mereka. Mereka akan lebih mudah mendengar nasihat dan teguran jika teguran itu diberi dalam keadaan yang bermaruah, bukan dengan cara menengking atau mengherdik. Panggil mereka secara individu dan duduk bercakap dengan lembut dan penuh kasih sayang. Ada juga diantara mereka yang cuba melakukan sesuatu tindakan di luar kawalan guru dengan niat untuk mendapat perhatian guru setelah terasa diri mereka diabaikan, tetapi perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang berhemah dan kebijaksanaan guru.
Walau apapun, berhadapan dengan kanak-kanak ini walaupun sedikit mencabar namun hati kita akan tetap terubat dengan keletah yang comel dan kemanjaan mereka. Saya benar-benar dapat rasakan dunia yang indah tatkala berhadapan dengan kanak-kanak, dan semoga selepas ini masih ada lagi peluang untuk saya berhadapan dengan kerenah mereka lagi.
Sekian…wassalam…
Selamat Menempuh Hari Persaraan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Fitrah untuk semua Sahabat Fitrah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi ruang oleh Allah untuk menikmati nikmat-nikmat dariNya.
Fitrah Power Resources telah berjaya mengendalikan Kursus Persediaan Dan Perancangan Persaraan yang dihadiri oleh seramai 21 orang peserta. Kursus ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 10 – 11 Februari 2009 bertempat Bukit Unggul Golf Country Club, Dengkil. Peserta-peserta kursus terdiri daripada pelbagai jawatan dan kebanyakannya akan menempuh persaraan pada tahun ini.
Pihak kami berterima kasih kepada pihak pengurusan UKM kerana memberi peluang untuk mengendalikan kursus ini dengan sebaik mungkin. Syabas kepada semua peserta kerana telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini dijalankan. Persaraan adalah satu pengiktirafan kepada kalian terhadap jasa dan bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh kerjaya.
Kami warga Fitrah Power mengucapkan “Selamat Bersara” kepada semua peserta kursus dan mudah-mudahan hubungan silaturahim yang terjalin bermula dua hari yang lepas tidak akan terhenti di sini.

