Logo Background RSS

» 2009 » March

  • Jawatan Kosong Pembantu Taska dan Guru Tadika
    March 24th, 2009 | 114 Komen114 Comments Comments

    Pengumuman Jawatan Kosong di Tadika Fitrah Center.

    Tadika dan Taska Fitrah Center kini membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pembantu di Taska ataupun Guru di Tadika Fitrah Center, No 2 Jalan Pintar 4, Taman Universiti Kajang, Selangor. Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi 013-7459293 (Nurul). Syarat-syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:

    Pembantu Taska

    1. Berminat mengasuh bayi dan kanak-kanak.

    2. Berpengalaman mengasuh bayi. (  Bagi yang tidak berpengalaman adalah atas rundingan )

    3. Sanggup bekerja lebih masa.

    Guru Tadika

    1. Berkelulusan sekurang-sekurangnya SPM.

    2. Berminat untuk mengajar dan mendidik.

    3. Sanggup bekerja lebih masa.

    4. Berpengalaman.

    5. Beragama Islam

    6. Bertudung dan menutup aurat.

  • Cuba Amalkan 15 Minit Sehari
    March 22nd, 2009 | 4 Komen4 Comments Comments

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Terima kasih kepada semua Sahabat Fitrah kerana terus menyokong laman web motivasi Islam ini. Setiap hari kesibukan sentiasa mengejar diri kita. Terlalu banyak kesibukan yang mengejar masa untuk kita beribadah. Kekadang kita menyedari masa ibadah kita semakin berkurangan tetapi kita masih menunggu peluang untuk masa yang sesuai, barulah kita ingin melaksanakan tuntutan ibadah kita. Terutama dalam membaca Al-Quran, ramai di antara kita meletakkan pandangan membaca Al-Quran memerlukan masa yang panjang.

    Kononnya masa yang singkat dan terkejar-kejar, tidak ada penghayatan. Tapi sebenarnya banyak masa kita terbuang begitu sahaja kerana tanggapan yang sebegini.

    Sebenarnya hanya 15 minit sehari sudah memadai membaca Al-Quran untuk anda yang sibuk dengan kerja. Tahukah anda dalam masa 15 minit ini, pada tahap pembacaan orang biasa anda telah pun membaca dalam lingkungan 2-3 muka surat daripada mushaf Al-Quran. Bayangkan jika 15 minit ini anda amalkan dalam masa seminggu, bererti anda telah pun menghabiskan 14-21 muka surat daripada Al-Quran. Jika dalam masa 15 minit ini juga anda rasakan terlalu lama bagi anda, ambillah 5 minit setiap kali selepas solat untuk baca Quran. Insya Allah kita sama-sama amalkan tip ibadah ini dalam kehidupan kita bersama.

  • Bagaimana Memberikan Penghargaan
    March 14th, 2009 | 28 Komen28 Comments Comments

    haragaAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk memberikan penghargaan dan juga sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja. Selalunya kita terlalu memikirkan cara untuk meluahkan penghargaan dan menyentuh hati sehinggakan kadang-kadang kita hanya berdiam diri kerana hanya memikirkan cara untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang kita sayangi.

    Penghargaan Kepada Anak
    - Selalu memberikan pujian yang ikhlas kepada anak
    - Rangsang anak-anak untuk buat yang terbaik
    - Berikan hadiah atas kejayaan anak-anak walaupun kejayaan yang kecil
    - Selalu berikan pelukan dan ciuman
    - Sekali sekala puji anak-anak di hadapan orang lain
    - Hadirkan diri dalam acara atau pertandingan atau peraduan yang disertai oleh anak anda

    Penghargaan Kepada Ibu Bapa
    - Selalu telefon bila berjauhan
    - Jangan lupa kirimkan wang walaupun sedikit (andai sudah bekerja )
    - Berikan hadiah pada hari-hari penting (Hari Ibu, Hari Bapa & Hari Lahir)
    - Cium tangan ibu bapa
    - Bila anda sudah berkeluarga, selalu pulang ke kampung kerana selalunya ibu bapa kita rindu untuk bertemu dengan cucu-cucu mereka.
    - Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan masalah
    - Pulang apabila mereka sakit

    Penghargaan Kepada Suami
    - Selalu berikan senyuman
    - Berhias di hadapan suami
    - Masak masakan kegemaran suami
    - Minta pandangan suami jika ada masalah
    - Selalu urut-urutkan suami
    - Menjaga maruah suami
    - Puji suami di hadapan keluarga atau orang lain
    - Berikan hadiah hari jadi
    - Pandai mengambil hati suami
    - Selalu memberikan sokongan bila suami ada masalah
    - Membina hubungan baik dengan keluarga suami
    - Minta izin suami sebelum buat sesuatu
    - Mohon maaf dengan suami sebelum tidur

    Penghargaan Kepada Isteri
    - Ingati tarikh-tarikh penting bersama isteri (Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Lahir)
    - Ingati tarikh kelahiran anak-anak
    - Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah (memasak, membasuh & jaga anak)
    - Ungkapkan kata-kata cinta sebelum tidur
    - Selalu berikan pelukan dan kucupan kepada isteri
    - Membina hubungan baik dengan keluarga isteri
    - Ucapkan terima kasih apabila bersama
    - Selalu memberikan kejutan-kejutan yang menggembirakan
    - Selalu berpenampilan segak (sebab suami kacak, orang akan puji isteri)
    - Memberikan kemaafan dan memohon maaf andai tersilap
    - Panggil isteri dengan panggilan yang manja
    - Puji isteri depan anak-anak dan keluarga
    - Berikan hadiah apabila isteri anda melahirkan anak