Logo Background RSS

» 2009 » March

  • Penangguhan Program Didik Fitrah
    March 13th, 2009 | 1 Komen1 Comment Comments

    Assalamualaikum…

    Program Didik Fitrah yang dirancang akan diadakan pada 15 Mac 2009 ( Ahad ) telah ditangguhkan kepada 28 Mac 2009 (Sabtu). Sebab-sebab penangguhan ini adalah kerana musibah yang telah menimpa Pengarah Urusan;  bonda tercinta beliau telah kembali ke rahmatullah.

    Lokasi dan masa adalah tidak berubah. Bagi yang telah membuat pendaftaran, kami memohon maaf atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan ini, dan bagi yang baru hendak mendaftar bolehlah membuat pendaftaran tersebut bermula sekarang kerana tempat masih lagi dibuka sehingga tarikh akhir pendaftaran iaitu 3 hari sebelum program bermula. Semoga segala urusan kita di muka bumi ini dipermudahkan Allah S.W.T.  Insya-Allah.

  • Pemergian Bonda Tercinta
    March 13th, 2009 | 38 Komen38 Comments Comments

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Kematian
    Gambar sekadar hiasan

    Pagi ini dalam lebih kurang pukul 7 pagi, staf Fitrah Power Resources menerima mesej daripada Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.

    “Salam, ibu saya Hajah Jara Abd. Rahman telah kembali ke rahmatullah 2.30 pagi, Jumaat 13 Mac 2009. Solat jenazah di Masjid Gelugor Hj. Tahir pukul 10 pagi. Al-Fatihah. – Ahmad Shukri Yusoff

    Sehari sebelum Ustaz Shukri pulang, beliau ada memaklumkan bahawa ibunya kena serangan jantung dan masih tak sedarkan diri. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh bonda Ustaz Shukri. Dan semoga semua Sahabat Fitrah juga dapat berkongsi kesedihan ini dengan sama-sama kita memohon doa dan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah bonda Ustaz Shukri yang telah pergi.

    Kami warga FP mengucapkan takziah kepada Ustaz sekeluarga. Semoga Allah memberikan ketabahan dan kesabaran kepada keluarga ustaz menerima ketentuan ini.

  • Kisah menarik tentang keperibadian Rasulullah SAW.
    March 6th, 2009 | 1 Komen1 Comment Comments

    Assalamualaikum…

    Kita mempelajari sirah nabawiyah  bukanlah semata-mat untuk mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman Nabi SAW, mengetahui perkara-perkara aneh atau indah-indah mahupun perkara tentang kelahiran Nabi, berkahwin dan seumpamanya. Sebaliknya kita ingin mempelajari  tindak tanduk, gerak geri dan juga perangai Nabi SAW yang dikenali sebagai “Sirah Nabawiyah”.

    1- Nabi dilahirkan secara fitrahnya minat mendidik manusia.

    Pernah suatu ketika sewaktu Nabi ingin menunaikan solat berjemaah, lalu Nabi melihat seorang sahabatnya agak kedepan daripada safnya lalu nabi menolak orang itu ke belakang dengan kayu sugi yang dipegangnya itu. Ketika itu jugalah turun Malaikat Jibril menegur Nabi s.a.w. dengan katanya:

    Ya Muhammad, sesungguhnya engkau dibangkitkan sebagai seorang nabi, dan bukannya “Jabbaaran” ( orang yang menyombong diri).”

    Walaupun perkara itu adalah biasa bagi kalangan orang arab tetapi Jibril turun mengingatkan Nabi supaya satu cara atau pendekatan yang lebih lemah lembut perlu diperkenalkan kerana Nabi akan menjadi ikutan kepada umatnya sepanjang zaman. Selepas menerima teguran itu Nabi lalu menemui orang itu dan meminta orang itu untuk melakukan kekasaran sebagai balasan perbuatannya itu. Itulah peribadi Rasul yang tidak akan ada pada orang lain melainkan dia menghalusi sirah nabi ini.

    2. Nabi bersikap setaraf dengan peringkat umur dan taraf manusia.

    Nabi Muhammad SAW diberi gelaran “Aba al-Qasim” yang melambangkan Nabi saw juga seorang bapa yang mithali dan contoh bapa yang penyayang. Nabi memikul tanggungjawab sebagai suami kepada isteri-isterinya dan bapa kepada anak-anaknya. Sekiranya kita beranggapan bahawa Nabi seorang yang serius dalam menghadapi kehidupan rumah tangga, sehingga tidak ada masa untuk bergurau senda dan ketawa bersama isteri-isteri adalah salah, kerana nabi amat mesra dan kehidupan keluarganya sangat meriah.

    Pernah suatu ketika setelah Saidatina Aisyah pergi ke Madinah mendapatkan Nabi s.a.w, mereka bertemu dalam suasana keriangan bersenda gurau sambil berkejar-kejaran. Ini kerana Saidatina Aisyah ketika dikahwini masih berumur 9 tahun dan ketika bertemu baginda di Madinah beliau berumur 12 tahun. Jarak umur mereka adalah 44 tahun, dan tiada siapa menjangka bahawa Nabi masih mampu bergurau dengan cara yang selayaknya bagi mereka yang muda kerana ketika itu umur baginda sudahpun menjangkau 53 tahun.