Kisah menarik tentang keperibadian Rasulullah SAW.
Assalamualaikum…
Kita mempelajari sirah nabawiyah bukanlah semata-mat untuk mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman Nabi SAW, mengetahui perkara-perkara aneh atau indah-indah mahupun perkara tentang kelahiran Nabi, berkahwin dan seumpamanya. Sebaliknya kita ingin mempelajari tindak tanduk, gerak geri dan juga perangai Nabi SAW yang dikenali sebagai “Sirah Nabawiyah”.
1- Nabi dilahirkan secara fitrahnya minat mendidik manusia.
Pernah suatu ketika sewaktu Nabi ingin menunaikan solat berjemaah, lalu Nabi melihat seorang sahabatnya agak kedepan daripada safnya lalu nabi menolak orang itu ke belakang dengan kayu sugi yang dipegangnya itu. Ketika itu jugalah turun Malaikat Jibril menegur Nabi s.a.w. dengan katanya:
“Ya Muhammad, sesungguhnya engkau dibangkitkan sebagai seorang nabi, dan bukannya “Jabbaaran” ( orang yang menyombong diri).”
Walaupun perkara itu adalah biasa bagi kalangan orang arab tetapi Jibril turun mengingatkan Nabi supaya satu cara atau pendekatan yang lebih lemah lembut perlu diperkenalkan kerana Nabi akan menjadi ikutan kepada umatnya sepanjang zaman. Selepas menerima teguran itu Nabi lalu menemui orang itu dan meminta orang itu untuk melakukan kekasaran sebagai balasan perbuatannya itu. Itulah peribadi Rasul yang tidak akan ada pada orang lain melainkan dia menghalusi sirah nabi ini.
2. Nabi bersikap setaraf dengan peringkat umur dan taraf manusia.
Nabi Muhammad SAW diberi gelaran “Aba al-Qasim” yang melambangkan Nabi saw juga seorang bapa yang mithali dan contoh bapa yang penyayang. Nabi memikul tanggungjawab sebagai suami kepada isteri-isterinya dan bapa kepada anak-anaknya. Sekiranya kita beranggapan bahawa Nabi seorang yang serius dalam menghadapi kehidupan rumah tangga, sehingga tidak ada masa untuk bergurau senda dan ketawa bersama isteri-isteri adalah salah, kerana nabi amat mesra dan kehidupan keluarganya sangat meriah.
Pernah suatu ketika setelah Saidatina Aisyah pergi ke Madinah mendapatkan Nabi s.a.w, mereka bertemu dalam suasana keriangan bersenda gurau sambil berkejar-kejaran. Ini kerana Saidatina Aisyah ketika dikahwini masih berumur 9 tahun dan ketika bertemu baginda di Madinah beliau berumur 12 tahun. Jarak umur mereka adalah 44 tahun, dan tiada siapa menjangka bahawa Nabi masih mampu bergurau dengan cara yang selayaknya bagi mereka yang muda kerana ketika itu umur baginda sudahpun menjangkau 53 tahun.
Kursus Motivasi (Pembangunan Kumpulan)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh
Islam sememangnya menggesa umatnya agar bersatu dan membina ukhuwah Islamiah untuk membina satu pasukan yang mantap dan kuat. Lebih-lebih lagi berlabelkan nama salah satu organisasi Islam sudah pasti akan dipandang dan diperhatikan oleh segenap mata untuk membuat penilaian kualiti sebuah organisasi Islam.
Struktur organisasi yang tidak meletakkan satu pemahaman tentang matlamat organisasi, tidak mengenali potensi diri dalam bidang kerja dan tidak mengamalkan sinergi berjemaah memberikan kesan negatif tentang potensi organisasi itu sendiri.
Oleh kerana itulah antara kerjasama Fitrah Power Resources dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), satu kursus motivasti dalam memberikan input mengenai pengukuhan dan pembangunan kumpulan telah berjaya diadakan di PNB Ilham Resort Port Dickson pada 25-27 Feb 2009 yang lepas. Dalam tempoh 3 hari 2 malam, peserta-peserta kursus yang merupakan pegawai-pegawai syariah telah diberikan pengisian dan pengukuhan minda, emosi, spiritual dan juga fizikal.
Antara penceramah yang memberikan pengisian sepanjang kursus ini ialah Dr.Zulkifli Mohamad AlBakri, Tuan Hj. Abas Hj. Awang dan juga Ustaz Ahmad Shukri Yusoff selaku perunding utama Fitrah Power Resources. Pihak kami di FP merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak JKSM kerana telah memberi ruang kepada kami untuk membina hubungan dan mengendalikan kursus ini. Terima kasih tidak terhingga juga buat semua peserta kursus, kalian memang best dan sporting. Insya Allah ada ruang masa kita akan berjumpa lagi. Kami di FP akan terus memperbaiki mutu pengendalian kami untuk lebih memberikan yang terbaik di masa akan datang.
Kursus Pemantapan Modal Insan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Perkataan modal insan begitu sinonim dalam membangunkan diri agar menjadi insan yang lebih dekat kepada Allah SWT dan juga lebih mengenali diri sendiri. Modal insan perlu diperkukuhkan agar etika kerja dan juga nilai integriti dapat dimartabatkan ke tahap yang lebih tinggi.
Oleh kerana itu kerjasama antara Perbadanan Putrajaya dan Fitrah Power Resources, satu kursus Pemantapan Modal Insan telah berjaya dilaksanakan di Genting View Hotel pada 24-26 Februari 2009 yang lepas. Antara pengisian utama kursus ini ialah membangkitkan motivasi kerja kepada para peserta, di samping memperkukuh nilai-nilai jatidiri peserta untuk lebih berusaha dalam kerjaya.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 40 kakitangan sokongan telah memberikan komitmen yang baik di sepanjang tempoh kursus dijalankan. Pihak Fitrah Power sangat berbesar hati dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta kursus dan juga urusetia dari PPJ kerana telah memudahkan segala perjalanan dan urusan untuk kursus ini. Semoga ukhuwah yang terjalin tidak hanya berakhir di sini.
Kursus Pengurusan Islam



Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kami di pihak FP ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menjadi peserta Kursus Pengurusan Islam pada 23-26 Februari 2009 yang lepas, bertempat di KL International Hotel. Antara objektif utama kursus ini adalah memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang kaedah-kaedah pengurusan Islam untuk diterapkan di dalam organisasi.
Di samping itu, kursus ini juga adalah untuk memberikan kemahiran-kemahiran individu dalam meningkatkan kualiti diri dalam kerjaya seperti penampilan unggul, komunikasi berkesan dan juga memahami matlamat dan juga visi organisasi.
Kursus ini telah berjaya disertai oleh seramai 45 peserta dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang merupakan staf pendidikan dari seluruh Malaysia. Terima kasih kepada anda semua kerana kerjasama yang positif serta komitmen yang sangat baik. Terima kasih juga kepada urusetia KPTM sepanjang kursus ini dijalankan kerana telah memudahkan tugas kami sebagai perunding untuk kursus ini.

