Fitrah Power – Kursus Motivasi Tingkatkan Keupayaan Diri
 

Archive for April, 2009

Shadow

Manusia Sebagai Khalifah

Manusia dijadikan Allah dari tanah melalui proses dari air mani dan seterusnya bertukar menjadi sebuku darah, kemudian bertukar pula ketulan daging. Kemudian ketulan daging akan membaluti tulang-tulang dan akhirnya ditiupkan ruh ke dalam jasad. Begitulah kejadian manusia yang dilantik oleh Allah SWT menjadi khalifah di muka bumi ini. Menanggung setiap amanah dan tanggungjawab dalam memakmurkan alam serta beribadat kepada Allah.

Jelas sekali bahawa inilah kehidupan yang selayaknya dilaksanakan oleh manusia. Bukan mudah memegang amanah dalam melaksanakan ibadah kepada Allah sepenuhnya. Kerana manusia begitu mudah untuk leka dan lupa sehingga mereka merasakan dunia ini akan terus kekal dan dapat dinikmati selama-lamanya.

Read More…

Shadow

Banyakkan Memberi Jika Mahu Banyak Menerima

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dari Jabir bin’ Abdullah r.a., katanya: “Aku hadir solat ‘Id bersama-sama Rasulullah saw. pada hari ‘Id. Mula-mula beliau solat sebelum berkhutbah tanpa azan dan iqamah. Beliau berkhutbah sambil berdiri dan berpegangan kepada Bilal. Beliau memerintahkan supaya taqwa kepada Allah dan mendorong supaya mentaati-Nya. Selanjutnya beliau memberi peringatan dan pengajaran kepada mereka. Kemudian beliau berlalu hingga sampai ke tempat kaum wanita. Beliau memberi pengajaran kepada para wanita, memperingatkan dan menyuruh mereka supaya gemar bersedekah. Sabda beliau, “Bersedekahlah anda semua, kerana sesungguhnya kamulah saya lihat yang terbanyak menjadi kayu neraka.” Mendengar itu, maka berdiri seorang perempuan di antara para wanita yang banyak dengan wajah merah kehitam-hitaman. Dia bertanya; “Kenapa begitu, ya, Rasulullah?” Jawab Rasulullah, “Kerana kamu banyak mengeluh dan suka membangkang kepada suami.” Kerana itu mereka sedekahkan perhiasan mereka, seperti anting-anting dan cincin, yang mereka lemparkan ke kain yang dibentangkan Bilal.

Read More…

Shadow

Penceramah Motivasi Islam Diperlukan Segera

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

FP sekarang memerlukan mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai penceramah / motivator. Kepada mereka yang mempunyai kelebihan untuk memenuhi jawatan ini jangan fikir panjang untuk memohon.

Jawatan : Penceramah / Motivator
Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak

Syarat kelayakan bagi lelaki:

  • Diploma / Ijazah dalam bidang Pengajian Islam
  • Boleh mengendalikan qiamullail
  • Mempunyai keyakinan diri dan hubungan komunikasi yang baik
  • Boleh berdikari
  • Berpengalaman digalakkan memohon

Read More…

Shadow

Kursus Bina Insan

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, Kursus Bina Insan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Ayer Keroh Country Resort Melaka pada 10 -1 2 April 2009 dengan penyertaan seramai 18 orang peserta. Perjalanan kursus yang lancar dan berlangsung seperti yang dirancang telah memberikan kepuasan hati kepada kedua-dua belah pihak iaitu daripada pihak penganjur dan pengendali. Terima kasih juga kepada pihak peserta dan semua urusetia yang benar-benar memberikan komitmen yang terbaik sepanjang perjalanan kursus. Semoga kita mendapat manfaat daripada segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi dan dikongsikan bersama sepanjang 3 hari tersebut. Sesungguhnya hidayah Allah itu perlu diusahakan untuk mendapatkannya samada dengan menghadiri majlis-majlis ilmu ataupun melalui pembacaan , dan sentiasalah berdoa agar Allah mencampakkan hidayah itu ke dalam diri, kalaupun tidak biarlah dicampakkanNya hidayah itu  kepada saudara mara atau insan sekeliling kita. Wallahua’lam.

Read More…

Shadow

7 tip menjadi Usahawan Muslim Cemerlang

Assalamualaikum wbt…

Melihat senario ekonomi negara kita Malaysia yang kebanyakannya di monopoli oleh peniagaan  bukan Islam sedangkan jumlah penduduknya secara majoritinya adalah muslim. Untuk mendapatkan bekalan khususnya makanan dan bahan penyediaan makanan yang halal memang sudah dirasakan kesukarannya sejak dahulu lagi, walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memantau kebersihan dan jaminan halal ini namun semuanya makin belum sepenuhnya dapat di banteras.  Masih terdapat ramai pengusaha dan peniaga yang lalai dan mengambil ringan perkara ini. Namun apa yang ralatnya ialah perniagaan makanan dan bekalan mentah adalah dijalankan dan diusahakan oleh orang bukan Islam yang sudah tentunya tidak terlalu mementingkan halal dan kebersihan mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Islam sehinggakan inti kacang yang digunakan untuk membuat roti goreng itu pun didapatkan daripada pengusaha cina yang bukan Islam. Di mana menghilangnya peniaga dan pengusaha muslim? Adakah mungkin faktor pengusaha muslim ini sukar untuk hidup dan maju dalam bidang usahawan kerana tiada galakan dan sambutan daripada pengguna Islam yang kurang menyokong? Ataupun mungkinkah juga kerana saingan daripada peniaga bangsa lain yang terlalu sengit sehinggakan peniaga Islam ini tidak mampu bertahan lama lalu lingkup tanpa meninggalkan walau hanya debu pun? Namun apa yang kita perhatikan adalah antara punca utama usahawan dan peniaga muslim kurang maju dalam perniagaan adalah kerana saingan dengan bangsa lain yang terlalu hebat, namun sebenarnya ia masih boleh diatasi sekiranya perniagaan itu dijalankan menurut panduan yang telah digariskan dalam Islam. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada seluruh usahawan dan peniaga Islam yang ingin maju dan mengorak langkah dengan jayanya dalam perniagaan dan perusahaan.
Read More…

Shadow