Archive for April, 2009

7 tip menjadi Usahawan Muslim Cemerlang

Assalamualaikum wbt…

Melihat senario ekonomi negara kita Malaysia yang kebanyakannya di monopoli oleh peniagaan  bukan Islam sedangkan jumlah penduduknya secara majoritinya adalah muslim. Untuk mendapatkan bekalan khususnya makanan dan bahan penyediaan makanan yang halal memang sudah dirasakan kesukarannya sejak dahulu lagi, walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memantau kebersihan dan jaminan halal ini namun semuanya makin belum sepenuhnya dapat di banteras.  Masih terdapat ramai pengusaha dan peniaga yang lalai dan mengambil ringan perkara ini. Namun apa yang ralatnya ialah perniagaan makanan dan bekalan mentah adalah dijalankan dan diusahakan oleh orang bukan Islam yang sudah tentunya tidak terlalu mementingkan halal dan kebersihan mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Islam sehinggakan inti kacang yang digunakan untuk membuat roti goreng itu pun didapatkan daripada pengusaha cina yang bukan Islam. Di mana menghilangnya peniaga dan pengusaha muslim? Adakah mungkin faktor pengusaha muslim ini sukar untuk hidup dan maju dalam bidang usahawan kerana tiada galakan dan sambutan daripada pengguna Islam yang kurang menyokong? Ataupun mungkinkah juga kerana saingan daripada peniaga bangsa lain yang terlalu sengit sehinggakan peniaga Islam ini tidak mampu bertahan lama lalu lingkup tanpa meninggalkan walau hanya debu pun? Namun apa yang kita perhatikan adalah antara punca utama usahawan dan peniaga muslim kurang maju dalam perniagaan adalah kerana saingan dengan bangsa lain yang terlalu hebat, namun sebenarnya ia masih boleh diatasi sekiranya perniagaan itu dijalankan menurut panduan yang telah digariskan dalam Islam. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada seluruh usahawan dan peniaga Islam yang ingin maju dan mengorak langkah dengan jayanya dalam perniagaan dan perusahaan.
Read more…

5 comments - What do you think?

Program Didik Fitrah (PDF)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, Fitrah Power Resources telah berjaya melaksanakan Program Didik Fitrah ( PDF ) pada 28 Mac 2008 di Danau Golf Club UKM dengan penyertaan sebanyak 26 orang peserta. Program ini adalah julung kalinya diadakan atas permintaan ramai khususnya daripada para ibu bapa yang pernah menyertai kursus-kursus anjuran Fitrah Power Resources sebelum ini. Maka dengan perancangan dan pelaksanaan pemasaran yang belum mencapai tahap maksimum ini, kami telah berjaya mengumpulkan penyertaan peserta dengan  jumlah yang sangat sesuai ini iaitu 26 orang.

Antara objektif yang disasarkan kepada peserta PDF ini adalah untuk membina keyakinan diri, semangat kerjasama kumpulan dan  melahirkan si cilik yang berjiwa spiritual. Melihatkan kepada gejala sosial yang berleluasa kini, maka Fitrah Power turut mengambil peranan dalam memberi sumbangan daripada segi kepakaran mendidik dan mempengaruhi anak-anak serta memotivasikan mereka ke arah pembentukan jiwa dan penerapan cara hidup Islam yang sebenar.

Berikut adalah foto program sepanjang hari berlangsungnya PDF yang disertai oleh para peserta yang sangat aktif dan bijak.
Read more…

Be the first to comment - What do you think?