Fitrah Power – Kursus Motivasi Tingkatkan Keupayaan Diri
 

Archive for May, 2009

Shadow

Program Didik Fitrah tinggal hanya 3 hari lagi…

pamplet-pdf-baru-copyAssalamualaikum wbt…

Salam kasih sayang buat semua pembaca blog yang dikasihi dan hormati.

Program motivasi potensi diri bagi remaja ini hanya tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum program bermula. Bagi anda yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak anda, sila daftarkan segera sebelum tarikh akhir pendaftaran.  Program yang menjanjikan pulangan yang baik ini adalah rugi untuk anda lepaskan dan sia-siakan, dan bangkitkan dan cungkilkan potensi diri anak dengan menghadiri program ini dalam menjana generasi intelek yang spiritual. Read More…

Shadow

Kem Remaja SPIES [Siri 1]

Assalamualaikum wbt…

Salam mahabbah wa rahmah buat semua pengunjung website ini yang sentiasa setia bersama kami Fitrah Power Resources. Alhamdulillah, Kem Remaja SPIES telah pun berjaya dilaksanakan pada minggu lepas iaitu pada 9 – 10 Mei 2009 di Nur Bukit Unggul Eco Resort Dengkil Sepang dengan jumlah penyertaan peserta yang mencapai target. Kem Remaja SPIES tahap asas bagi siri 1 ini adalah melibatkan DUN Bangi dan DUN Kajang. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang terpaksa dilalui sepanjang program ini, namun respon positif yang kami terima daripada kalangan peserta memberikan kami kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik kepada mereka sehinggalah ke hari akhir program.

Read More…

Shadow

Doa Nabi Ibrahim

Dipetik dari Surah Al-Baqarah 126-129:

al-baqarah-126-1292

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”.

Read More…

Shadow

Kem Remaja SPIES

Assalamualaikum wbt…

Makluman tarikh bagi Kem remaja SPIES yang dianjurkan oleh SUK Kerajaan Negeri Selangor adalah pada 9 – 10 Mei 2009 bertempat di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Sepang. Fitrah Power telah mendapat kepercayaan daripada kerajaan untuk mengendalikan program di bawah Program Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor.

banner-krs

Read More…

Shadow