Kursus Fitrah Power: Lembaga Zakat Selangor
August 6, 2008 – 8:30 amAssalamualaikum wbt.
Salam Fitrah untuk semua pengunjung fitrahpower.com. Syukur kepada Allah SWT kerana
masih memberikan ruang untuk kita mendekatkan diri kepadaNya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kami kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS)
kerana telah memberikan kepercayaan kepada Fitrah Power Resources (FPR) untuk mengendalikan
Kursus Fitrah Power Siri II bagi 38 orang pegawai zakat. Kursus ini telah sempurna dilaksanakan di
Agrotek Garden & Resort pada 1-3 Ogos 2008 yang lalu.
Kembali kepada fitrah adalah motivasi terbaik untuk manusia lebih mengenal diri dan membina
perancangan yang fokus untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam. Walaupun hanya
3 hari 2 malam bersama dengan peserta-peserta kursus LZS ini, kerjasama yang baik dari para
peserta telah menjadikan kursus ini sebagai satu ruang untuk membina hubungan ukhuwah yang baik
pada masa akan datang. Syabas!








5 Responses to “Kursus Fitrah Power: Lembaga Zakat Selangor”
terima kasih daun keladi buat ustaz ahmad shukri dan team fitrah power. Semoga Allah menganugerahkan ganjaran pada apa-apa yang antum curahkan dan semoga diberkati hendaknya.
By mohd hatta
on Aug 6, 2008
terima kasih kembali kepada LZS yang memberi kepercayaan kepada kami. Kami hanya cuba melakukan yang terbaik. Semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah.
By Asrul
on Aug 7, 2008
Salam…
Ucapan terima kasih kepada semua team Fitrah Power atas ilmu dan tunjuk ajar yang diberi…Seronok dapat diberi peluang mengikuti kursus dalam suasana santai dan tenang…Cuma kalau boleh pada sessi “goal Setting” tu selitkan sedikit dengan bau-bauan agar mendapat lebih penghayatan.GOOD LUCK
By Penghuluwati
on Aug 7, 2008
Salam Fitrah Penghuluwati
terima kasih atas pendangan ikhlas. Kami akan buat penambahbaikan insya Allah.
By Asrul
on Aug 8, 2008
terima kasih atas sumbangan tenaga,ilmu dan buah fikiran bagi kami meneruskan perjalanan hidup yg semestinya pasti menempuhi segala onak cabaran yg mungkin serba sedikit memesongkan atau menjauhi litar atau trek yg sepatutnya…terima kasih utk sentiasa berhubung sila klik wilayahselatan
By azhari
on Aug 8, 2008