Kursus Fitrah Power: Lembaga Zakat Selangor
-
Assalamualaikum wbt.
Salam Fitrah untuk semua pengunjung fitrahpower.com. Syukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan ruang untuk kita mendekatkan diri kepadaNya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kami kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana telah memberikan kepercayaan kepada Fitrah Power Resources (FPR) untuk mengendalikan Kursus Fitrah Power Siri II bagi 38 orang pegawai zakat. Kursus ini telah sempurna dilaksanakan di Agrotek Garden & Resort pada 1-3 Ogos 2008 yang lalu.
Kembali kepada fitrah adalah motivasi terbaik untuk manusia lebih mengenal diri dan membina perancangan yang fokus untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam. Walaupun hanya 3 hari 2 malam bersama dengan peserta-peserta kursus LZS ini, kerjasama yang baik dari para peserta telah menjadikan kursus ini sebagai satu ruang untuk membina hubungan ukhuwah yang baik pada masa akan datang. Syabas!








August 6th, 2008 at 7:21 pm
terima kasih daun keladi buat ustaz ahmad shukri dan team fitrah power. Semoga Allah menganugerahkan ganjaran pada apa-apa yang antum curahkan dan semoga diberkati hendaknya.
August 7th, 2008 at 9:31 am
terima kasih kembali kepada LZS yang memberi kepercayaan kepada kami. Kami hanya cuba melakukan yang terbaik. Semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah.
August 7th, 2008 at 2:15 pm
Salam…
Ucapan terima kasih kepada semua team Fitrah Power atas ilmu dan tunjuk ajar yang diberi…Seronok dapat diberi peluang mengikuti kursus dalam suasana santai dan tenang…Cuma kalau boleh pada sessi “goal Setting” tu selitkan sedikit dengan bau-bauan agar mendapat lebih penghayatan.GOOD LUCK
August 8th, 2008 at 12:36 pm
Salam Fitrah Penghuluwati
terima kasih atas pendangan ikhlas. Kami akan buat penambahbaikan insya Allah.
August 8th, 2008 at 5:54 pm
terima kasih atas sumbangan tenaga,ilmu dan buah fikiran bagi kami meneruskan perjalanan hidup yg semestinya pasti menempuhi segala onak cabaran yg mungkin serba sedikit memesongkan atau menjauhi litar atau trek yg sepatutnya…terima kasih utk sentiasa berhubung sila klik wilayahselatan