Fitrah Power – Kursus Motivasi Tingkatkan Keupayaan Diri
 

Program Didik Fitrah (PDF)

Posted by Fitrah Power on 4/1/2009


Shadow

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, Fitrah Power Resources telah berjaya melaksanakan Program Didik Fitrah ( PDF ) pada 28 Mac 2008 di Danau Golf Club UKM dengan penyertaan sebanyak 26 orang peserta. Program ini adalah julung kalinya diadakan atas permintaan ramai khususnya daripada para ibu bapa yang pernah menyertai kursus-kursus anjuran Fitrah Power Resources sebelum ini. Maka dengan perancangan dan pelaksanaan pemasaran yang belum mencapai tahap maksimum ini, kami telah berjaya mengumpulkan penyertaan peserta dengan  jumlah yang sangat sesuai ini iaitu 26 orang.

Antara objektif yang disasarkan kepada peserta PDF ini adalah untuk membina keyakinan diri, semangat kerjasama kumpulan dan  melahirkan si cilik yang berjiwa spiritual. Melihatkan kepada gejala sosial yang berleluasa kini, maka Fitrah Power turut mengambil peranan dalam memberi sumbangan daripada segi kepakaran mendidik dan mempengaruhi anak-anak serta memotivasikan mereka ke arah pembentukan jiwa dan penerapan cara hidup Islam yang sebenar.

Berikut adalah foto program sepanjang hari berlangsungnya PDF yang disertai oleh para peserta yang sangat aktif dan bijak.

Shadow

Leave a Reply

Shadow