Bengkel Pemantapan Fasilitator yang telah dianjurkan oleh Fitrah Power Resources pada 19 Disember 2009 yang lalu bertempat di Pusat Latihan Agro Bank ABADI, Bangi telah melibatkan seramai 20 orang tenaga fasilitator tetap mahupun sambilan yang telah berkhidmat di FP disepanjang tahun 2009. Antara objektif kursus ini dibuat adalah untuk memperkemas dan menyelaraskan hal-hal berkaitan fasilitator di dalam kursus termasuk penampilan, keyakinan diri, do & don’ts, kemahiran teknikal dan sebagainya. Sepanjang sehari tersebut, banyak isu dan hal-hal berbangkit yang telah diutarakan dan dibincangkan bersama bagi memperbaiki mutu dan kualiti kursus -kursus yang dikendalikan oleh FP. Pengarah Urusan juga menyatakan hasrat dan harapannya bagi tahun 2010 terhadap fasilitator untuk berusaha dengan lebih keras lagi demi perkembangan dan kemajuan FP dimasa hadapan.
» Album Fitrah Power
-
Kem Remaja SPIES Tahap Pemantapan DUN Selat Klang.November 17th, 2009 | 1 Komen
Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Kami baru sahaja selesai menjalankan Kem Remaja SPIES tahap Pemantapan bagi DUN Selat Klang pada 14 – 15 November 2009 yang lepas di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat Selangor. Kehadiran peserta seramai 82 orang dengan kawalan dan pengawasan fasilitator berpengalaman seramai 10 orang adalah amat bersesuaian dan mencukupi. Para peserta dihadiahi pengisian program yang mencabar dan menarik sebagai pakej menghadiri program secara percuma anjuran SUK Selangor ini. Antara pengisian yang menarik adalah sesi muhasabah Anak Harapan, FLYING FOX, Jungle Tracking dan Inspirasiku. Keseronokan yang diselangi pengisian kerohanian ini adalah satu gabungan yang mantap dalam usaha melahirkan generasi berilmu dan berintegriti demi menjamin masa depan pelapis cilik kita. Segala usaha ini adalah kerana kecintaan kepada Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta.
Persembahan peserta; Malam Tautan Kasih.
Persembahan peserta; Malam Tautan Kasih.
Aktiviti FLYING FOX
Jungle Tracking
Jungle Tracking; peserta mendengar taklimat daripada jurulatih.
Jungle Tracking; peserta mendengar taklimat daripada jurulatih.
Jungle Tracking; peserta mendengar taklimat daripada jurulatih.
-
Kem Remaja SPIES [Siri 1]May 12th, 2009 | 4 Komen
Assalamualaikum wbt…
Salam mahabbah wa rahmah buat semua pengunjung website ini yang sentiasa setia bersama kami Fitrah Power Resources. Alhamdulillah, Kem Remaja SPIES telah pun berjaya dilaksanakan pada minggu lepas iaitu pada 9 – 10 Mei 2009 di Nur Bukit Unggul Eco Resort Dengkil Sepang dengan jumlah penyertaan peserta yang mencapai target. Kem Remaja SPIES tahap asas bagi siri 1 ini adalah melibatkan DUN Bangi dan DUN Kajang. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang terpaksa dilalui sepanjang program ini, namun respon positif yang kami terima daripada kalangan peserta memberikan kami kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik kepada mereka sehinggalah ke hari akhir program.
Bukan mudah untuk mengubah mentaliti remaja masa kini yang lebih terarah kepada pengaruh-pengaruh barat dan unsur-unsur negatif yang semakin merebak dengan luas dan pantasnya. Namun begitu, kita sebagai khalifah Allah SWT yang mendukung tanggungjawab menjaga amanah dan agama Allah ini tidak seharusnya diam berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja remaja-remaja ini terus hanyut dengan dunia ciptaan mereka, tetapi sebaliknya membimbing dan memandu mereka melalui jalan-jalan yang sebaiknya yang harus mereka lalui. Oleh kerana itulah Kem Remaja SPIES dilaksanakan untuk remaja-remaja, mudah-mudahan kita dapat menyelamatkan generasi pelapis ini kerana merekalah yang kelak akan memartabatkan agama dan negara di mata dunia, insyallah.
























Perbincangan