Album Kursus dan Program
Album Kursus dan Program
Album Kursus dan Program

Assalamualaikum wbt…
Team FP baru sahaja selesai menguruskan Program Pembangunan Modal Insan anjuran Yayasan Bank Rakyat yang bertempat di Mardi, Serdang Selangor pada 9 – 13 Mac 2012.
Antara pengisian program adalah How To Think Out of The Box, Seni Asas Khat, Seni Mempertahankan diri, Time Management, Klinik Fatihah, Solat Sempurna dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh membina keyakinan peserta dan membangun jati diri mereka.




Antara testimoni daripada peserta yang telah mengikuti kursus ini:

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan rahmat-Nya. Syukur juga dipanjatkan kepada Allah kerana baru-baru ini krew fitrah power telah menjalankan kursus di Labuan dengan kerjasama HMD Companies. Kursus Potensi diri ini telah berlangsung selama 2 hari. Kursus Potensi Diri yang dianjurkan oleh Labuan Training Centre pada 30-31 Julai 2011 telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Tiara Labuan Hotel, Wilayah Persekutuan Labuan.
Kegembiraan jelas terpancar diwajah para peserta apabila dapat mengikuti kursus dengan baik. Para peserta terdiri daripada kakitangan dan staff sokongan dengan jumlah yang begitu efektif iaitu seramai 33 orang. Kerjasama dan komitmen peserta yang begitu baik di dalam menjayakan kursus adalah amat dihargai oleh pihak pengurusan Fitrah Power. Semoga dengan pertemuan kita di dalam majlis ilmu mendapat rahmat dan keberkatan dari yang Maha Esa untuk menerima hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. Amiinnn…

Inilah di antara tulang belakang penggerak Fitrah Power bagi tahun 2011. Walaupun kelihatan ramai golongan hawa, namun golongan adam juga menjadi pemangkin kecemerlangan FP sejak tahun 2007 sehinggalah sekarang, cuma gambar mereka tidak sempat untuk dirakam. Kami berterima kasih kepada anda semua yang masih menjadi penyokong setia FP sehingga ke saat ini. Salam sahabat Fitrah.
Assalamualaikum wbt..
Pihak kami telah selesai menjalankan Kursus Bina Insan yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Serai Beach & Golf Resort, Kuala Rompin Pahang. Peserta yang telah menyertai kursus ini berjumlah 40 orang telah memberikan komitmen yang terbaik di sepanjang aktiviti kursus.
Antara pengisian dalam Kursus Bina Insan ini adalah slot Mengenal Kelebihan Manusia, Peribadi Unggul Minda Ulul Albab yang telah disempurnakan oleh Yb Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz. Begitu juga bagi slot Berkongsi Rasa dan slot Membina Perubahan Diri yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, Perunding Utama syarikat Fitrah Power Resources. Selain pengisian dalam dewan, peserta juga di hidangkan dengan aktiviti luar dewan yang menarik dan mencabar seperti Permainan Periuk Api, Explorace dan Goal Setting yang pastinya membuatkan peserta tidak akan dapat melupakan keseronokannya selain mendapat manfaat daripadanya.
Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak urusetia MinDef iaitu En. Darul Ridzwan dan En. Nazri dan juga para peserta sekalian.
Salam Sahabat Fitrah ~