Fitrah Power – Kursus Motivasi Tingkatkan Keupayaan Diri
 

Archive for the ‘Berita’ Category

Shadow

PERSEDIAAN MENCIPTA KEJAYAAN DI BULAN RAMADHAN


€       Bertanyalah pada diri kita, mengapa kita harus membuat persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan???

€       Salah satu dari jawapannya Sudah tentulah kerana untuk memperolehi hasil kejayaan yang sepenuhnya pada bulan mulia tersebut.

Bulan Ramadhan ialah bulan dimana kita melakukan pengorbanan yang paling besar dan memperbanyakkan ibadah-ibadah seperti: Read More…

Shadow

BENGKEL PEMANTAPAN FASILITATOR

Bengkel-Fasilitator-1

Bengkel Pemantapan Fasilitator yang telah dianjurkan oleh Fitrah Power Resources pada 19 Disember 2009 yang lalu bertempat di Pusat Latihan Agro Bank ABADI, Bangi telah melibatkan seramai 20 orang tenaga fasilitator tetap mahupun sambilan yang telah berkhidmat di FP disepanjang tahun 2009. Antara objektif kursus ini dibuat adalah untuk memperkemas dan menyelaraskan hal-hal berkaitan fasilitator di dalam kursus termasuk penampilan, keyakinan diri, do & don’ts, kemahiran teknikal dan sebagainya.  Sepanjang sehari tersebut, banyak isu dan hal-hal berbangkit yang telah diutarakan dan dibincangkan bersama bagi memperbaiki mutu dan kualiti kursus -kursus yang dikendalikan oleh FP. Pengarah Urusan juga menyatakan hasrat dan harapannya bagi tahun 2010 terhadap fasilitator untuk berusaha dengan lebih keras lagi demi perkembangan dan kemajuan FP dimasa hadapan.

Shadow

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Assalamualaikum wbt..

Bertemu kembali di tahun yang baru dengan penuh semangat dan keazaman yang tersemat di hati…

Alhamdulillah, Fitrah Power akan meneruskan lagi perjalanan yang agak berliku pada tahun ini dengan keadaan budget ekonomi yang agak mengekang ini dengan penuh semangat dan ketekunan. Tahun ini adalah merupakan tahun ke-4 Fitrah Power beroperasi sebagai konsultan bagi kursus-kursus berkaitan motivasi Islam. Doakanlah Fitrah Power akan terus maju lagi mengorak langkah meneruskan dakwah dan mengembalikan gemerlapan sinar nur Islam dalam jiwa umat yang mengakui Rasulullah SAW itu pesuruh Allah dan Allah itu Tuhan yang wajib disembah.

Read More…

Shadow

Program SPIES Tahap Pemantapan DUN Teratai, Dusun Tua dan Bukit Puchong.

Assalamualaikum wbt….

Makluman Kem Remaja SPIES Tahap Pemantapan bagi DUN Teratai, Dusun Tua dan Puchong di Lembah Azwen, Hulu Langat Selangor pada 10-11 Oktober 2009 Sabtu & Ahad. Penyertaan terbuka kepada para peserta yang telah melalui Kem Remaja SPIES Tahap Asas pada 18-19 Julai 2009 di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Dengkil Sepang Selangor. Para peserta boleh menghubungi wakil DUN masing-masing untuk pengesahan kehadiran dan penyertaan selewat-lewatnya pada Jumaat, 9 Okt 2009.

Read More…

Shadow

Salam Aidilfitri Buat Semua Umat Islam di Seluruh Malaysia dan Brunei

Assalamualaikum wbt….

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh barakah dan keampunan ini, akhirnya tibalah saat dan ketika untuk kita meraikan kejayaan peperangan menentang hawa nafsu. Walaupun berpuasa pada tahun ini terasa seolah begitu singkat masanya, namun alhmadulillah dan tahniah kepada mereka yang dapat menunaikan solat Terawikh dengan cukup tanpa meninggalkannya. Semoga kita diberi kesempatan lagi untuk bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan, insyallah.

Read More…

Shadow