Logo Background RSS

» Berita

  • Salam Aidilfitri Buat Semua Umat Islam di Seluruh Malaysia dan Brunei
    September 16th, 2009 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Assalamualaikum wbt….

    Alhamdulillah, setelah hampir sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh barakah dan keampunan ini, akhirnya tibalah saat dan ketika untuk kita meraikan kejayaan peperangan menentang hawa nafsu. Walaupun berpuasa pada tahun ini terasa seolah begitu singkat masanya, namun alhmadulillah dan tahniah kepada mereka yang dapat menunaikan solat Terawikh dengan cukup tanpa meninggalkannya. Semoga kita diberi kesempatan lagi untuk bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan, insyallah.

    kad-raya-fitrah-2009

    Sebagai pesanan daripada kami buat sahabat-sahabat yang ingin pulang menyambut AidilfitriĀ  di kampung halaman tidak kira di sebelah Selatan, Pantai Timur atau di Utara, pandulah dengan berhati-hati, jangan gopoh dan tamak semasa berada di jalan raya, tanamkan sifat bertimbang rasa dan bertolak ansur untuk mengelakkan kesesakan dan kemalangan yang tidak diingini. Allah sentiasa menguji hamba-hambanya dengan dugaan dan ujian yang tidak kita sedari bahawa ianya adalah satu ujian sehinggalah akhirnya kita menyedarinya setelah ujian itu berakhir. Anggaplah kesesakan di jalan raya itu adalah satu ujian untuk menguji keimanan. Jaga tingkah laku, tutur kata dan yang penting sekali ialah hati kita sewaktu berada di jalan raya. Jangan biarkan ia tercemar oleh ujian yang sedikit itu. Sekian…

  • Ramadhan Yang Dinanti
    August 18th, 2009 | 1 Komen1 Comment Comments

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    ahlan-ramadhan

    Hari ini dan esok Syaaban kian meniti pergi meninggalkan kita semua. Satu bulan yang juga mempunyai begitu banyak kelebihan dan keberkatan. Mungkin pemergian bulan Syaaban tidak begitu dirasakan kerana bulan yang hadir selepas bulan ini adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang amat dinanti-nantikan oleh semua orang Islam. Bahkan bagi mereka yang bukan beragama Islam juga kini amat menanti-nantikan bulan yang berkat ini. Tetapi bagi mereka pengisian bulan ini amat bermakna kerana mereka dapat menikmati juadah-juadah enak yang dijual di Bazar Ramadhan.

    Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan ini. Bulan yang dibahagikan kepada tiga tahap. Bulan rahmat, bulan keampuan dan juga bulan untuk pelepasan dari api neraka. Begitulah indahnya dan hebatnya bulan Ramadhan ini.

    Dalam kita menyambut Ramadhan kali ini apa yang penting marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah kerana dengan suasana yang menakutkan kita sekarang ini dengan kewujudan virus H1N1 ini adakah kita pasti kita akan terlepas dari bala Allah ini. Ambillah ruang ini untuk kita membina ‘kabel’ yang lebih besar dengan Allah SWT. Dengan erti kata lainnya kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Ingatilah jua di dalam bulan ini kepada saudara-saudara seagama dengan kita, umat Islam di Palestin dan Iraq yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman zionis. Dan juga kepada umat Islam di China yang diuji dengan Allah dengan bencana alam. Mereka memerlukan bantuan jasmani dan juga doa dari kita sebagai bekalan rohani untuk mereka redha dan sabar di atas ujian Allah. Amin.

  • Kem Remaja SPIES Siri 4 – DUN Teratai dan Dusun Tua
    July 16th, 2009 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Gambar-gambar kenangan SPIES siri ke 4 di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Dengkil Sepang Selangor.

    sdc11290-copy

    sdc11278

    sdc11304-copy

    logo_spies_2009

    Assalamualaikum wbt…

    Kali ni team Fitrah Power akan berada di Nur Bukit Unggul akan pada 18-19 Julai 2009 ( Sabtu dan Ahad) ini untuk mengendalikan Kem Remaja SPIES [siri 4]. Peserta adalah melibatkan 2 DUN iaitu DUN Teratai dan Dusun Tua.

    Fitrah Power menjanjikan program yang terbaik buat adik2 peserta yang terlibat dalam mencapai misi menjana generasi muslim pelapis yang bakal mentadbir dan membangunkan agama dan bangsa pada masa hadapan.

    Sesiapa yang berminat untuk menyertai Kem Remaja SPIES ini di masa akan datang boleh mendaftar kepada Nuriah di talian 017 2192502 atau pejabat 03 89256725 ataupun kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator, anda boleh menghantar resume ke alamat info@fitrahpower.com.

    Sekian Wassalam…