Salam Aidilfitri Buat Semua Umat Islam di Seluruh Malaysia dan Brunei
Assalamualaikum wbt….
Alhamdulillah, setelah hampir sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh barakah dan keampunan ini, akhirnya tibalah saat dan ketika untuk kita meraikan kejayaan peperangan menentang hawa nafsu. Walaupun berpuasa pada tahun ini terasa seolah begitu singkat masanya, namun alhmadulillah dan tahniah kepada mereka yang dapat menunaikan solat Terawikh dengan cukup tanpa meninggalkannya. Semoga kita diberi kesempatan lagi untuk bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan, insyallah.

Sebagai pesanan daripada kami buat sahabat-sahabat yang ingin pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman tidak kira di sebelah Selatan, Pantai Timur atau di Utara, pandulah dengan berhati-hati, jangan gopoh dan tamak semasa berada di jalan raya, tanamkan sifat bertimbang rasa dan bertolak ansur untuk mengelakkan kesesakan dan kemalangan yang tidak diingini. Allah sentiasa menguji hamba-hambanya dengan dugaan dan ujian yang tidak kita sedari bahawa ianya adalah satu ujian sehinggalah akhirnya kita menyedarinya setelah ujian itu berakhir. Anggaplah kesesakan di jalan raya itu adalah satu ujian untuk menguji keimanan. Jaga tingkah laku, tutur kata dan yang penting sekali ialah hati kita sewaktu berada di jalan raya. Jangan biarkan ia tercemar oleh ujian yang sedikit itu. Sekian…
Ramadhan Yang Dinanti
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ini dan esok Syaaban kian meniti pergi meninggalkan kita semua. Satu bulan yang juga mempunyai begitu banyak kelebihan dan keberkatan. Mungkin pemergian bulan Syaaban tidak begitu dirasakan kerana bulan yang hadir selepas bulan ini adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang amat dinanti-nantikan oleh semua orang Islam. Bahkan bagi mereka yang bukan beragama Islam juga kini amat menanti-nantikan bulan yang berkat ini. Tetapi bagi mereka pengisian bulan ini amat bermakna kerana mereka dapat menikmati juadah-juadah enak yang dijual di Bazar Ramadhan.
Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan ini. Bulan yang dibahagikan kepada tiga tahap. Bulan rahmat, bulan keampuan dan juga bulan untuk pelepasan dari api neraka. Begitulah indahnya dan hebatnya bulan Ramadhan ini.
Dalam kita menyambut Ramadhan kali ini apa yang penting marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah kerana dengan suasana yang menakutkan kita sekarang ini dengan kewujudan virus H1N1 ini adakah kita pasti kita akan terlepas dari bala Allah ini. Ambillah ruang ini untuk kita membina ‘kabel’ yang lebih besar dengan Allah SWT. Dengan erti kata lainnya kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ingatilah jua di dalam bulan ini kepada saudara-saudara seagama dengan kita, umat Islam di Palestin dan Iraq yang menjadi mangsa kerakusan kekejaman zionis. Dan juga kepada umat Islam di China yang diuji dengan Allah dengan bencana alam. Mereka memerlukan bantuan jasmani dan juga doa dari kita sebagai bekalan rohani untuk mereka redha dan sabar di atas ujian Allah. Amin.
Pakej Umrah Bersama Ustaz Ahmad Shukri
Assalamualaikum wbt.
Pakej Umrah Ramadhan 2009 bersama Ustaz Ahmad Shukri bin Yusoff selama 15 hari pada 15 Ogos – 29 Ogos 2009 yang diuruskan oleh Al-Mukminin Travel & Tours Sdn. Bhd.
Pakej ini menyediakan penginapan Hotel Cosmopolitan / Cairo Khan[3 Bintang] di Kaherah, manakala di Mekah; Al-Rawasi @setaraf ( 250 meter dari Masjidil Haram) dan di Madinah; Fairuz Satta @setaraf (80 meter dari Masjid Nabawi).
Harga pakej adalah termasuk ;
- Tiket kapalterbang kelas Ekonomi
- Cukai dan insuran Lapangan Terbang
- Pengangkutan darat
- Makan & Minum 3 kali sehari
- Perkhidmatan Mutawwif
- 10 liter air zam-zam
- 1 beg pakaian beroda dan 1 beg sandang.
Untuk pembayaran bolehlah dibuat atas nama:
AL-MUKMININ TRAVEL & TOURS SDN BHD
NO. AKAUN BANK ISLAM: 120 380 100 75266
Kepada anda yang berminat untuk menyertai Umrah Ramadhan ini boleh mendaftar atau menghubungi Al-Mukminin Travel & Tours Sdn. Bhd di talian 03-33412411/2412/2414 atau 03-89256725.
Program Didik Fitrah tinggal hanya 3 hari lagi…
Assalamualaikum wbt…
Salam kasih sayang buat semua pembaca blog yang dikasihi dan hormati.
Program motivasi potensi diri bagi remaja ini hanya tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum program bermula. Bagi anda yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak anda, sila daftarkan segera sebelum tarikh akhir pendaftaran. Program yang menjanjikan pulangan yang baik ini adalah rugi untuk anda lepaskan dan sia-siakan, dan bangkitkan dan cungkilkan potensi diri anak dengan menghadiri program ini dalam menjana generasi intelek yang spiritual.
Berikut adalah maklumat Program Didik Fitrah:
Lokasi: Kelab Golf Danau UKM, Bandar Baru Bangi.
Tarikh: 24 Mei 2009 ( Ahad )
Peserta: Remaja berumur 13- 17 tahun
Hubungi: 03-89256725 ( Pejabat )
017-9777875 ( Asrul )


