Logo Background RSS

» Berita

  • Kem Remaja SPIES
    May 6th, 2009 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Assalamualaikum wbt…

    Makluman tarikh bagi Kem remaja SPIES yang dianjurkan oleh SUK Kerajaan Negeri Selangor adalah pada 9 – 10 Mei 2009 bertempat di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Sepang. Fitrah Power telah mendapat kepercayaan daripada kerajaan untuk mengendalikan program di bawah Program Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor.

    banner-krs

    Program SPIES ini adalah bertujuan untuk melahirkan insan dan masyarakat yang cemerlang secara holistik dan memerlukan pembangunan bersepadu terhadap lima unsur kecerdasan utama iaitu Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social.

    Kepada para remaja yang tinggal di sekitar Bangi dan Kajang yang berminat untuk mengikuti program ini bolehlah menghubungi no telefon yang tertera di bawah ini. Penyertaan adalah amat terhad. Daftarlah sebelum terlambat kerana program ini pastinya menjanjikan pengalaman yang sangat berharga untuk anda kenang, seterusnya membentuk jatidiri insan yang spiritual dan teguh.

  • Program Didik Fitrah (PDF)
    April 1st, 2009 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, Fitrah Power Resources telah berjaya melaksanakan Program Didik Fitrah ( PDF ) pada 28 Mac 2008 di Danau Golf Club UKM dengan penyertaan sebanyak 26 orang peserta. Program ini adalah julung kalinya diadakan atas permintaan ramai khususnya daripada para ibu bapa yang pernah menyertai kursus-kursus anjuran Fitrah Power Resources sebelum ini. Maka dengan perancangan dan pelaksanaan pemasaran yang belum mencapai tahap maksimum ini, kami telah berjaya mengumpulkan penyertaan peserta dengan  jumlah yang sangat sesuai ini iaitu 26 orang.

    Antara objektif yang disasarkan kepada peserta PDF ini adalah untuk membina keyakinan diri, semangat kerjasama kumpulan dan  melahirkan si cilik yang berjiwa spiritual. Melihatkan kepada gejala sosial yang berleluasa kini, maka Fitrah Power turut mengambil peranan dalam memberi sumbangan daripada segi kepakaran mendidik dan mempengaruhi anak-anak serta memotivasikan mereka ke arah pembentukan jiwa dan penerapan cara hidup Islam yang sebenar.

    Berikut adalah foto program sepanjang hari berlangsungnya PDF yang disertai oleh para peserta yang sangat aktif dan bijak.
    (more…)

  • Penangguhan Program Didik Fitrah
    March 13th, 2009 | 1 Komen1 Comment Comments

    Assalamualaikum…

    Program Didik Fitrah yang dirancang akan diadakan pada 15 Mac 2009 ( Ahad ) telah ditangguhkan kepada 28 Mac 2009 (Sabtu). Sebab-sebab penangguhan ini adalah kerana musibah yang telah menimpa Pengarah Urusan;  bonda tercinta beliau telah kembali ke rahmatullah.

    Lokasi dan masa adalah tidak berubah. Bagi yang telah membuat pendaftaran, kami memohon maaf atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan ini, dan bagi yang baru hendak mendaftar bolehlah membuat pendaftaran tersebut bermula sekarang kerana tempat masih lagi dibuka sehingga tarikh akhir pendaftaran iaitu 3 hari sebelum program bermula. Semoga segala urusan kita di muka bumi ini dipermudahkan Allah S.W.T.  Insya-Allah.