Berita

Pemergian Bonda Tercinta

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kematian
Gambar sekadar hiasan

Pagi ini dalam lebih kurang pukul 7 pagi, staf Fitrah Power Resources menerima mesej daripada Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.

“Salam, ibu saya Hajah Jara Abd. Rahman telah kembali ke rahmatullah 2.30 pagi, Jumaat 13 Mac 2009. Solat jenazah di Masjid Gelugor Hj. Tahir pukul 10 pagi. Al-Fatihah. – Ahmad Shukri Yusoff

Sehari sebelum Ustaz Shukri pulang, beliau ada memaklumkan bahawa ibunya kena serangan jantung dan masih tak sedarkan diri. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh bonda Ustaz Shukri. Dan semoga semua Sahabat Fitrah juga dapat berkongsi kesedihan ini dengan sama-sama kita memohon doa dan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah bonda Ustaz Shukri yang telah pergi.

Kami warga FP mengucapkan takziah kepada Ustaz sekeluarga. Semoga Allah memberikan ketabahan dan kesabaran kepada keluarga ustaz menerima ketentuan ini.

38 comments - What do you think?

Program Didik Fitrah (PDF)

Ramai ibu bapa bimbang tentang sikap anak-anak mereka yang semakin hari tidak dapat mengurus diri dengan baik terutama dalam soal yang mengambil mudah perkara-perkara ibadah serta tidak berkomitmen dalam pendidikan akademik. Sememangnya tidak mudah untuk membentuk anak-anak untuk menjadi acuan yang baik sehingga mereka meningkat dewasa.

Oleh kerana itu Fitrah Power Resources menggunakan pendekatan Program Didik Fitrah sebagai modul utama dalam merealisasikan apa yang difikirkan oleh anda sebagai ibu bapa. Program ihi hanya berlangsung selama 1 hari (28 Mac 2009).

OBJEKTIF
1. Mengenali kelebihan dan kelemahan para pelajar dalam melakukan perubahan diri.
2. Memberikan bimbingan emosi dan spiritual kepada para pelajar.
3. Memotivasikan para pelajar untuk lebih berdaya saing dalam mencapai kejayaan.

PENDEKATAN PROGRAM
Ceramah interaktif | Games | Role Play | LDK | Didik Hibur

PENCERAMAH
Dikendalikan sepenuhnya Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, Perunding Utama/Pengarah Urusan Fitrah Power Resources

SIAPA YANG PATUT MENYERTAI?
Para pelajar sekolah rendah yang berumur 10-12 tahun.

YURAN PROGRAM
Yuran penyertaan ialah RM100.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat melalui tunai/cek/bank in atas nama Fitrah Power Resources selewat-lewatnya 3 hari sebelum program. Berikut adalah maklumat yang diperlukan.
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor Akaun : 16018010008223
Nama : Fitrah Power Resources

TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi : Pendaftaran
8.30 pagi : Ice Breaking
9.00 pagi : Mengenali Potensi Diri
10.30 pagi : Minum Pagi
11.00 pagi : Motivasi Pelajar Cemerlang
12.30 tgh : Makan Tengah Hari / Solat Zohor
2.00 ptg : Menghargai Jasa Ibu Bapa
3.30 ptg : Anak Harapan
4.30 ptg : Minum Petang
5.00 ptg : Slot Bersama Ibu Bapa
5.30 ptg : Bersurai

Klik di sini untuk Download Borang Penyertaan Program Didik Fitrah (PDF)

Nota: Slip pembayaran dan Borang Penyertaan Program Didik Fitrah (PDF) perlu dibawa pada hari pendaftaran.

Be the first to comment - What do you think?

Makluman Untuk Sahabat Fitrah

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Makluman kepada semua Sahabat Fitrah, sejak laman ini telah dikemaskini empat bulan yang lepas kami telah menerima ratusan emel dari sahabat semua melalui ‘Tanya Ustaz’ di laman web ini. Kami amat terharu dengan sokongan yang telah anda berikan.

Sebagai tanda penghargaan daripada kami, bermula pada Jumaat ini bersamaan 19 Disember 2008 kami akan menyiarkan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya oleh sahabat-sahabat semua melalui emel kepada kami. Setiap soalan yang terpilih akan disiarkan secara mingguan pada setiap hari Jumaat. Kami hanya akan memaparkan identiti anda sebagaimana yang anda tulis ketika menghantar emel kepada kami. Emel anda akan kami rahsiakan.

Sekiranya anda ingin sesuatu yang ingin dikongsi bersama, berkongsi masalah peribadi, kerjaya dan keluarga boleh terus ‘Tanya Ustaz’ di laman web kami. Soalan yang dikemukakan perlulah tidak terlalu panjang serta lebih fokus agar soalan mudah difahami.

Mudah-mudahan dengan cara ini sebagai sumbangan kecil kami untuk kita sama-sama mengambil motivasi dari kesukaran dan pengalaman hidup orang lain untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Terima kasih di atas sokongan yang telah anda berikan sehinggakan
laman ini mampu memberikan suntikan motivasi kepada orang lain.

Ahmad Shukri Yusoff
Pengarah Urusan / Perunding Utama
www.fitrahpower.com

2 comments - What do you think?

Salam Pengorbanan Di Aidil Adha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah kita semua masih dipanjangkan usia untuk sama-sama memperingati hari yang merupakan hari kebesaran dalam takwim Islam. Dalam tempoh beberapa hari lagi kita akan sama-sama menyambut Aidil Adha. Hari Raya Korban yang menjadi simbol dan lambang pengorbanan dalam kehidupan kita seharian.

Saya ingin mengajak diri saya dan sahabat semua untuk kita mengimbas kembali pengorbanan insan mulia di sisi Allah SWT, iaitu Nabi Allah Ibrahim menjadi simbol pengorbanan agung di hati umat Islam. Betapa Ibrahim begitu mendambakan seorang anak sehingga baginda tidak
putus-putus berdoa kepada Allah. Sehinggalah di akhir usianya ketika baginda berumur 83 tahun, barulah doanya diperkenankan oleh Allah. Dikurniakan Ismail sebagai permata hati dan pengubat sepi. Namun mendapat gelaran seorang ayah,ujian terhadap baginda bukan berakhir di situ.

Seorang ayah yang soleh, sudah pasti memberikan kasih sayang yang terbaik untuk anaknya. Begitulah juga Ibrahim, menumpahkan sepenuhnya rasa cinta kepada Ismail. Lantaran rasa kecintaan itu, Allah SWT telah menguji Ibrahim untuk mengobankan Ismail darah dagingnya sendiri. Itulah pengorbanan teragung yang perlu kita sebagai umat Islam selami.

Hakikat pengobanan begitu luas untuk ditafsirkan. Lebih-lebih lagi pengorbanan kita terhadap agama. Apakah yang telah kita korbankan? Ramai di antara kita berkorban untuk keluarga, berkorban untuk suami isteri, berkorban untuk organisasi, tetapi jarang kita mendengar di usia dunia sekarang ini kita berkorban untuk agama. Mudah-Mudahan kehadiran Aidil Adha tahun ini membakar kembali semangat pengorbanan kita untuk menilai usia dan diri kita, apakah intipati yang kita berikan kepada agama kita. SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 2008.

AHMAD SHUKRI YUSOFF
Perunding Utama / Pengarah Urusan

www.fitrahpower.com

Be the first to comment - What do you think?