Logo Background RSS

» Berita

  • Pemergian Bonda Tercinta
    March 13th, 2009 | 38 Komen38 Comments Comments

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Kematian
    Gambar sekadar hiasan

    Pagi ini dalam lebih kurang pukul 7 pagi, staf Fitrah Power Resources menerima mesej daripada Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.

    “Salam, ibu saya Hajah Jara Abd. Rahman telah kembali ke rahmatullah 2.30 pagi, Jumaat 13 Mac 2009. Solat jenazah di Masjid Gelugor Hj. Tahir pukul 10 pagi. Al-Fatihah. – Ahmad Shukri Yusoff

    Sehari sebelum Ustaz Shukri pulang, beliau ada memaklumkan bahawa ibunya kena serangan jantung dan masih tak sedarkan diri. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh bonda Ustaz Shukri. Dan semoga semua Sahabat Fitrah juga dapat berkongsi kesedihan ini dengan sama-sama kita memohon doa dan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah bonda Ustaz Shukri yang telah pergi.

    Kami warga FP mengucapkan takziah kepada Ustaz sekeluarga. Semoga Allah memberikan ketabahan dan kesabaran kepada keluarga ustaz menerima ketentuan ini.

  • Kursus Motivasi (Pembangunan Kumpulan)
    March 4th, 2009 | 2 Komen2 Comments Comments

    pict4272-copy-1024x768

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh

    Islam sememangnya menggesa umatnya agar bersatu dan membina ukhuwah Islamiah untuk membina satu pasukan yang mantap dan kuat. Lebih-lebih lagi berlabelkan nama salah satu organisasi Islam sudah pasti akan dipandang dan diperhatikan oleh segenap mata untuk membuat penilaian kualiti sebuah organisasi Islam.

    Struktur organisasi yang tidak meletakkan satu pemahaman tentang matlamat organisasi, tidak mengenali potensi diri dalam bidang kerja dan tidak mengamalkan sinergi berjemaah memberikan kesan negatif tentang potensi organisasi itu sendiri.

    Oleh kerana itulah antara kerjasama Fitrah Power Resources dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), satu kursus motivasti dalam memberikan input mengenai pengukuhan dan pembangunan kumpulan telah berjaya diadakan di PNB Ilham Resort Port Dickson pada 25-27 Feb 2009 yang lepas. Dalam tempoh 3 hari 2 malam, peserta-peserta kursus yang merupakan pegawai-pegawai syariah telah diberikan pengisian dan pengukuhan minda, emosi, spiritual dan juga fizikal.

    Antara penceramah yang memberikan pengisian sepanjang kursus ini ialah Dr.Zulkifli Mohamad AlBakri, Tuan Hj. Abas Hj. Awang dan juga Ustaz Ahmad Shukri Yusoff selaku perunding utama Fitrah Power Resources. Pihak kami di FP merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak JKSM kerana telah memberi ruang kepada kami untuk membina hubungan dan mengendalikan kursus ini. Terima kasih tidak terhingga juga buat semua peserta kursus, kalian memang best dan sporting. Insya Allah ada ruang masa kita akan berjumpa lagi. Kami di FP akan terus memperbaiki mutu pengendalian kami untuk lebih memberikan yang terbaik di masa akan datang.

  • Kursus Pengurusan Islam
    March 2nd, 2009 | 8 Komen8 Comments Comments

    dsc05438-copy-1024x768

    dscn4788-copy-1024x768

    dscn4824-copy-1024x768

    Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kami di pihak FP ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menjadi peserta Kursus Pengurusan Islam pada 23-26 Februari 2009 yang lepas, bertempat di KL International Hotel. Antara objektif utama kursus ini adalah memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang kaedah-kaedah pengurusan Islam untuk diterapkan di dalam organisasi.

    Di samping itu, kursus ini juga adalah untuk memberikan kemahiran-kemahiran individu dalam meningkatkan kualiti diri dalam kerjaya seperti penampilan unggul, komunikasi berkesan dan juga memahami matlamat dan juga visi organisasi.

    Kursus ini telah berjaya disertai oleh seramai 45 peserta dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang merupakan staf pendidikan dari seluruh Malaysia. Terima kasih kepada anda semua kerana kerjasama yang positif serta komitmen yang sangat baik. Terima kasih juga kepada urusetia KPTM sepanjang kursus ini dijalankan kerana telah memudahkan tugas kami sebagai perunding untuk kursus ini.