Ucapan Selamat Hari Raya
Andai jemari tidak sempat berjabat. Andai mata tidak dapat bertatap. Seiring beduk yang bergema, seruan takbir yang berkumandang. Kami hulurkan salam menyambut Hari Raya Aidl Fitri. Jika ada kata-kata serta kesilapan dan kekurangan sepanjang kami menjalankan kursus mahupun sepanjang penulisan kami di laman ini, kami mohon maaf zahir dan batin.
Di kesempatan ini saya juga memohon kemaafan bagi pihak Sahabat Fitrah di atas kesalahan dan kekurangan yang mungkin berlaku. Maaf zahir dan batin. Saya bersyukur kerana diberikan ruang ini untuk sama-sama kita mengingati antara satu sama lain. Kepada sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Salam Aidilfitri dari saya dan krew Fitrah Power Resources untuk semua Sahabat Fitrah. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan di laman ini.
Selamat Hari Raya Aidl Fitri 1429H.
Alhamdulillah..isteri saya selamat melahirkan bayi

Salam Fitrah. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak perempuan di Medical Center, Kajang. Bayi perempuan seberat lebih kurang 3 kilogram ini selamat dilahirkan pada pukul 9.36 pagi, 9 September 2008. Harapan saya bayi ini dapat membesar dengan baik dan menjadi anak yang berguna untuk masa hadapan. Insya-Allah. Terima kasih tidak terhingga di atas doa anda semua.
Ahmad Shukri Yusoff
www.fitrahpower.com
Mencetus Organisasi Spiritual
Berkat kerjasama antara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan Fitrah Power Resources (FP), ‘Spiritual Leadership Training’ Siri II ini telah berjaya disempurnakan pada 15-17 Julai 2008 bertempat di Impiana Resort, Cherating. Kursus ini sangat eksklusif kerana dihadiri oleh pengurusan tertinggi di PMINT, termasuk Ybhg. Dato’ Haji Zakaria Awang selaku Pengurus Besar PMINT. Dengan penyertaan seramai 28 orang peserta kursus spiritual ini turut dijayakan dengan penceramah-penceramah yang berwibawa seperti Ybhg. Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz, Ustaz Badli Shah Alauddin ,Tuan Hj. Abas Awang dan Ustaz Ahmad Shukri Yusoff sebagai Perunding Fitrah Power Resources.

Ayahanda tercinta kembali ke Rahmatullah

Gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum W.B.T.
Salam Fitrah buat semua Sahabat Fitrah dan juga pengunjung laman web ini.
Sesungguhnya kematian adalah sesuatu yang pasti. Sama ada cepat ataupun lambat kematian pasti akan menjemput kita. Yang pergi tidak akan kembali untuk menerima timbangan amalan masing-masing. Tetapi kita insan yang masih mengorak langkah di atas muka bumi Allah ini perlu segera bertaubat dan memohon ampun kepada Allah sebagai satu persediaan menemui Illahi.
Firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.
Al-Tahrim: ayat 8
Ucapan Takziah untuk ayahanda Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, Hj Yusoff Ngah yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini, 7 Julai 2008. Al-Fatihah.

