Fitrah Power – Kursus Motivasi Tingkatkan Keupayaan Diri
 

Archive for the ‘Berita’ Category

Shadow

Kursus Fitrah Power: Lembaga Zakat Selangor

Assalamualaikum wbt.

Salam Fitrah untuk semua pengunjung fitrahpower.com. Syukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan ruang untuk kita mendekatkan diri kepadaNya.

11.jpg

Setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kami kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana telah memberikan kepercayaan kepada Fitrah Power Resources (FPR) untuk mengendalikan Kursus Fitrah Power Siri II bagi 38 orang pegawai zakat. Kursus ini telah sempurna dilaksanakan di Agrotek Garden & Resort pada 1-3 Ogos 2008 yang lalu.

Read More…

Shadow

Bagaimana Menggilap Potensi

Alhamdulillah segala puji dan puja kepada Allah SWT yang telah memberikan bakat dan potensi kepada kita sebagai insan. Terima kasih kepada Yayasan Selangor (YS) kerana telah memberi kepercayaan kepada Fitrah Power Resources (FPR) untuk mengendalikan Kursus Motivasi Potensi Diri di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson pada 18-20 Julai 2008 sebagai satu suntikan semangat kepada para peserta untuk terus membina kejayaan dalam hidup.Penyertaan 40 orang peserta daripada Yayasan Selangor menjadi tanda positif dalam memulakan hubungan baik antara FPR dan Yayasan Selangor. Terima kasih juga buat semua peserta-pesertaKursus Motivasi Potensi Diri YS kerana komitmen yang sangat baik. Anda semua memang berpotensi! Read More…

Shadow

Mencetus Organisasi Spiritual

Berkat kerjasama antara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan Fitrah Power Resources (FP), ‘Spiritual Leadership Training’ Siri II ini telah berjaya disempurnakan pada 15-17 Julai 2008 bertempat di Impiana Resort, Cherating. Kursus ini sangat eksklusif kerana dihadiri oleh pengurusan tertinggi di PMINT, termasuk Ybhg. Dato’ Haji Zakaria Awang selaku Pengurus Besar PMINT. Dengan penyertaan seramai 28 orang peserta kursus spiritual ini turut dijayakan dengan penceramah-penceramah yang berwibawa seperti Ybhg. Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz, Ustaz Badli Shah Alauddin ,Tuan Hj. Abas Awang dan Ustaz Ahmad Shukri Yusoff sebagai Perunding Fitrah Power Resources.

PMINT dan FitrahPower

Read More…

Shadow

Ayahanda tercinta kembali ke Rahmatullah

Kematian
Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum W.B.T.
Salam Fitrah buat semua Sahabat Fitrah dan juga pengunjung laman web ini.

Sesungguhnya kematian adalah sesuatu yang pasti. Sama ada cepat ataupun lambat kematian pasti akan menjemput kita. Yang pergi tidak akan kembali untuk menerima timbangan amalan masing-masing. Tetapi kita insan yang masih mengorak langkah di atas muka bumi Allah ini perlu segera bertaubat dan memohon ampun kepada Allah sebagai satu persediaan menemui Illahi.

Read More…

Shadow