Berita

Jawatan Kosong Fasilitator

Assalamualaikum wbt..

Kepada anda yang berminat untuk mengasah bakat kepimpinan mahupun mengumpul sebanyak mungkin pengalaman menjayakan dan mengendalikan kursus, kami membuka peluang kepada anda.

Cara memohon

Caranya senang sahaja, anda hantarkan resume anda ke info@fitrahpower.com dan kami akan memanggil anda untuk ditemuduga. Selagi masih muda, gunakan keupayaan dan kelebihan anda dengan sebaik mungkin. Di sinilah tempatnya untuk anda meluaskan lagi bakat anda.

Kelayakan

Kelayakan  paling minimum ialah Diploma di mana-mana institusi pengajian tinggi. Segeralah memohon, kerana selain mendapat pengalaman, anda juga diberi elaun yang sangat berpatutan dengan penat lelah anda. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi 0172192502 / 03-89256725. Terima kasih.

10 comments - What do you think?

Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai Fasilitator secara sambilan atau sepenuh masa di Fitrah Power Resources. Sesiapa yang berminat, bolehlah menghantar Resume di alamat emel berikut: info@fitrahpower.com atau ingin mengajukan sebarang soalan dengan menghubungi kami di talian 03-89256725.

8 comments - What do you think?

BENGKEL PEMANTAPAN FASILITATOR

Bengkel-Fasilitator-1

Bengkel Pemantapan Fasilitator yang telah dianjurkan oleh Fitrah Power Resources pada 19 Disember 2009 yang lalu bertempat di Pusat Latihan Agro Bank ABADI, Bangi telah melibatkan seramai 20 orang tenaga fasilitator tetap mahupun sambilan yang telah berkhidmat di FP disepanjang tahun 2009. Antara objektif kursus ini dibuat adalah untuk memperkemas dan menyelaraskan hal-hal berkaitan fasilitator di dalam kursus termasuk penampilan, keyakinan diri, do & don’ts, kemahiran teknikal dan sebagainya.  Sepanjang sehari tersebut, banyak isu dan hal-hal berbangkit yang telah diutarakan dan dibincangkan bersama bagi memperbaiki mutu dan kualiti kursus -kursus yang dikendalikan oleh FP. Pengarah Urusan juga menyatakan hasrat dan harapannya bagi tahun 2010 terhadap fasilitator untuk berusaha dengan lebih keras lagi demi perkembangan dan kemajuan FP dimasa hadapan.

2 comments - What do you think?

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Assalamualaikum wbt..

Bertemu kembali di tahun yang baru dengan penuh semangat dan keazaman yang tersemat di hati…

Alhamdulillah, Fitrah Power akan meneruskan lagi perjalanan yang agak berliku pada tahun ini dengan keadaan budget ekonomi yang agak mengekang ini dengan penuh semangat dan ketekunan. Tahun ini adalah merupakan tahun ke-4 Fitrah Power beroperasi sebagai konsultan bagi kursus-kursus berkaitan motivasi Islam. Doakanlah Fitrah Power akan terus maju lagi mengorak langkah meneruskan dakwah dan mengembalikan gemerlapan sinar nur Islam dalam jiwa umat yang mengakui Rasulullah SAW itu pesuruh Allah dan Allah itu Tuhan yang wajib disembah.

Wassalam..

Be the first to comment - What do you think?