Logo Background RSS

» Diari Fitrah Power

  • BENGKEL PEMANTAPAN FASILITATOR
    January 18th, 2010 | 1 Komen1 Comment Comments

    Bengkel-Fasilitator-1

    Bengkel Pemantapan Fasilitator yang telah dianjurkan oleh Fitrah Power Resources pada 19 Disember 2009 yang lalu bertempat di Pusat Latihan Agro Bank ABADI, Bangi telah melibatkan seramai 20 orang tenaga fasilitator tetap mahupun sambilan yang telah berkhidmat di FP disepanjang tahun 2009. Antara objektif kursus ini dibuat adalah untuk memperkemas dan menyelaraskan hal-hal berkaitan fasilitator di dalam kursus termasuk penampilan, keyakinan diri, do & don’ts, kemahiran teknikal dan sebagainya.  Sepanjang sehari tersebut, banyak isu dan hal-hal berbangkit yang telah diutarakan dan dibincangkan bersama bagi memperbaiki mutu dan kualiti kursus -kursus yang dikendalikan oleh FP. Pengarah Urusan juga menyatakan hasrat dan harapannya bagi tahun 2010 terhadap fasilitator untuk berusaha dengan lebih keras lagi demi perkembangan dan kemajuan FP dimasa hadapan.

  • Kursus Hijrahku Bina Insan- AZAS
    November 5th, 2009 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Assalamualaikum wbt….

    Kursus Hijrahku Bina Insan, Tahap 2 Pemantapan Solat anjuran Akademi Zakat Selangor ( Anak Syarikat Lembaga Zakat Selangor) dengan kerjasama Fitrah Power Resources bagi siri yang pertama selepas para peserta melalui kursus Tahap Asas Pemantapan Kendiri dan Jatidiri. Para peserta yang terdiri daripada kalangan kaum lelaki dan wanita yang menerima bantuan daripada pihak LZS di sekitar Zon Gombak dan Hulu Langat ini mencapai 70 orang kesemuanya.

    Kursus yang menekankan kepentingan menunaikan solat, pembaikan mutu solat, praktikal wudhu’ ini telah disempurnakan oleh para penceramah yang berpengalaman dan berpengetahuan luas iaitu, Ustaz Shukri Yusoff, Ustaz Rosli Mokhtar, Ustaz Husni Abdul Rahman dan Ustaz Asrulnizam bin Abas. Kursus yang dijalankan selama 2 hari ini begitu padat dengan pengisian berguna tentang solat yang boleh dipraktikkan oleh para Asnaf seterusnya.

    IMG_5092 copy

    Ustaz Rosli Mokhtar menyampaikan slot Pengurusan Kewangan.

    DSCN4202 copy

    Ustaz Husni Abd. Rahman, praktikal solat.

    DSCN4232 copy

    Anak-anak peserta tidak melepaskan peluang untuk turut belajar cara sembahyang yang betul.

    Amali Wudhu'

    Anak-anak Asnaf yang gembira melihat dan mempelajari cara-cara wudhu’ yang betul.

    DSCN4231 copy

    Fasilitator turut membantu untuk memberi pemahaman yang jelas kepada peserta.

    IMG_5151 copy

    Ustaz Asrul dalam slot Mengenalpasti Halangan Untuk Menjadi Cemerlang.

    IMG_5140 copy

    Fasilitator memberi panduan kepada peserta.

  • Kem Remaja SPIES Siri 4 – DUN Teratai dan Dusun Tua
    July 16th, 2009 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Gambar-gambar kenangan SPIES siri ke 4 di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Dengkil Sepang Selangor.

    sdc11290-copy

    sdc11278

    sdc11304-copy

    logo_spies_2009

    Assalamualaikum wbt…

    Kali ni team Fitrah Power akan berada di Nur Bukit Unggul akan pada 18-19 Julai 2009 ( Sabtu dan Ahad) ini untuk mengendalikan Kem Remaja SPIES [siri 4]. Peserta adalah melibatkan 2 DUN iaitu DUN Teratai dan Dusun Tua.

    Fitrah Power menjanjikan program yang terbaik buat adik2 peserta yang terlibat dalam mencapai misi menjana generasi muslim pelapis yang bakal mentadbir dan membangunkan agama dan bangsa pada masa hadapan.

    Sesiapa yang berminat untuk menyertai Kem Remaja SPIES ini di masa akan datang boleh mendaftar kepada Nuriah di talian 017 2192502 atau pejabat 03 89256725 ataupun kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator, anda boleh menghantar resume ke alamat info@fitrahpower.com.

    Sekian Wassalam…