Archive for the ‘Informasi’ Category
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Assalamualaikum wbt..
Salam kasih sayang buat semua pengunjung laman ini. Sedar tidak sedar, kita sudah hampir memasuki bulan yang dinanti-nanti iaitu bulan untuk umat manusia yang Allah telah janjikan berjuta fadhilat dan pahala bagi yang mereka yang khusyuk dan bersungguh-sungguh untuk mendapat ganjaran di bulan ini. Alhamdulillah juga, kerana Allah masih memberikan peluang untuk bertemu lagi bulan yang mulia ini.

PERSEDIAAN MENCIPTA KEJAYAAN DI BULAN RAMADHAN
€ Bertanyalah pada diri kita, mengapa kita harus membuat persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan???
€ Salah satu dari jawapannya Sudah tentulah kerana untuk memperolehi hasil kejayaan yang sepenuhnya pada bulan mulia tersebut.
Bulan Ramadhan ialah bulan dimana kita melakukan pengorbanan yang paling besar dan memperbanyakkan ibadah-ibadah seperti: Read More…
Kursus SPIES 21- 22 Julai 2010
Assalamualaikum wbt…
Bertemu kembali. Setelah lama kami tidak update website ni lantaran kekangan masa dan kesibukan yang teramat, jadi kami hidangkan beberapa gambar kenangan sepanjang kursus SPIES pada tarikh 21 – 22 Julai 2010. Organisasi yang terlibat pada kursus ini ialah, Pejabat Daerah / tanah Klang, Majlis Daerah Sabak Bernam dan Pejabat Agama Islam seluruh Selangor. Harap enjoy!

KURSUS SPIES ( 9-10 jun 2010 )
Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah, team FP baru sahaja selesai menjalankan Kursus SPIES penjawat awam bagi sesi yang ke 16. Perjalanan kursus kali ini agak terganggu sedikit oleh masalah terputus bekalan air, namun para peserta yang dilihat punya kesabaran yang tinggi dan memahami ia adalah sebahagian daripada aplikasi elemen SPIES iaitu kecerdasan emosi.
Peserta adalah terdiri daripada Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Sepang, Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Pejabat Daerah Kuala Langat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat, Pejabat Daerah / Tanah Sepang dan Majlis Perbandaran Kajang. Penceramah untuk sesi kali ini pula adalah Ybhg Ustaz Ahmad Shukri Yusoff ( Perunding Utama ), Ybhg Ustaz Ahmad Husni bin Dato’ Abd. Rahman dan Ybhg Tuan Haji Abas bin Awang. Tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan kursus ini dengan baik. Salam Fitrah.
Temuduga Fasilitator Sambilan.
Assalamualaikum wbt..
Kekosongan Jawatan di Fitrah Power Resources
Fitrah Power membuka peluang kerjaya kepada sesiapa yang berminat dalam bidang latihan dan motivasi.
1. Eksekutif Pemasaran sambilan ( Part Time )
2. Fasilitator Program / Kursus ( Tetap / Sambilan )
Maklumat Temuduga
Tarikh: 24 Mei 2010
Masa: 10 pagi
Lokasi: Pejabat Urusan Fitrah Power Resources.



















