Adilkah Dalam Memberikan Tugasan Kepada Pekerja Bawahan?
Asssalamualaikum wbt…
Pernahkah berlaku ketika anda memberikan tugasan kepada staff bawahan anda, dan wajahnya berubah. Dia menolak untuk menerima tugasan tersebut dan enggan mengikut arahan? Adakala dia menolak dengan lembut dengan alasan yang cukup munasabah. Wajahnya berubah dan perlakuannya berbeza seperti kebiasaan. Anda mungkin boleh membuat beberapa andaian, antaranya ialah Pertama, dia mempunyai tugasan lain yang perlu disiapkan segera. Kedua, dia mungkin kecewa kerana sepatutnya orang lain yang sepatutnya melaksanakan arahan tersebut. Dalam situasi lain dia mungkin berani menentang arahan itu secara agresif dan berani.

Walau apapun alasan yang dikemukakan, anda perlu menilai tahap kemahiran, kebolehan dan beban kerja setiap subordinat. Terdapat pekerja membuat tugasan yang lebih dan ada juga yang kurang. Anda harus berlaku adil. Pembahagian tugasan yang seimbang sangat dikehendaki. Para penyelia mesti belajar cara yang betul untuk membahagikan tugas dengan saksama, mencungkil kreativiti setiap individu dan menggilirkan tanggungjawab dikalangan pekerja yang berbeza. Pengagihan kerja dengan teliti akan memotivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti dan membolehkan penyelia melaksanakan aktiviti yang lebih penting pada masa itu.
Terdapat sepuluh langkah yang patut diberi perhatian semasa mengagihkan tugasan kepada para pekerja;
- Analisis tugas yang boleh diagih kepada pekerja.
- Pilih individu yang paling sesuai untuk tugas yang telah dikenalpasti
- Beri arahan dengan cara menjalankan tugas itu kepada individu terpilih. Lakukan ini secara terperinci melalui penjelasan dan demonstrasi. Jelaskan mengapa tugas ini penting kepada seluruh organisasi.
- Dapatkan maklum balasdaripada individu yang sanggup memikul tanggungjawab itu. Beri masa yang sesuai.
- Beri kebebasan kepadanya untuk berfikir dan berkreativiti.
- Buat tindakan susulan. Beri pujian dan jika perlu perbaiki proses kualiti
- Pertimbangkan pengagihan tugas secara bergilir-gilir untuk pekerja lain mendapat pengalaman dan kemahiran
- Bersedia menggantikan tugas kepada orang lain jika dia tidak hadir.
- Beri peluang kepada pekerja untuk memberi sumbangan dan idea.
- Bincang tugasan baru dan sediakan rancangan untuk menggilirkan kerja dengan semua kumpulan.
Walaubagaimanapun, syarikat swasta yang tidak mempunyai ramai kakitangan kerana ingin memaksimakan keuntungan tidak mempunyai pilihan untuk mempertimbangkan staff yang mana selayaknya memikul tugas-tugas tertentu. Ini kerana sebagai penjawat di sektor swasta, mereka perlulah serba boleh dan mempunyai sikap yang sanggup memikul apa sahaja tugasan yang diberikan oleh ketua dan sedia melakukan dan menyiapkan pada bila-bila masa sahaja dikehendaki.
Artikel dipetik dari: Penyeliaan Berkesan, penulis: Chek Mat.
Diterbitkan oleh; Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Menjadi Trainer ( Jurulatih ) yang Handal
Dalam sesebuah pelatihan, trainer adalah antara individu yang menjadi penggerak utama, dan juga menjadi pusat tumpuan utama peserta semasa memberi pelatihan dan pengarahan. Seorang trainer juga seboleh mungkin membantu peserta dalam menganalisa persoalan-persoalan mengenai masalah-masalah dalam latihan, memberikan nasihat-nasihat yang diperlukan juga informasi-informasi yang diperlukan peserta sehingga mereka dapat mengatasi persoalan yang sedang dihadapi.
FUNGSI TRAINER DALAM PELATIHAN
Selain peranan seperti di atas, seorang trainer juga harus dapat melakukan beberapa hal di bawah ini:
- Mengembangkan konsep pelatihan dalam batas waktu tertentu.
- Menyusun rangkaian proses belajar ( aktiviti dalam latihan )
- Menetapkan tingkat kemampuan yang sebaiknya dicapai peserta.
- Meraih simpati dan kepercayaan dari para peserta pelatihan
- Memiliki konsep diri yang baik dan berkomitmen dalam melaksanakannya.
- Berempati, sehingga mampu dengan cepat mengetahui permasalahan yang dihadapi peserta.
- Mampu melibatkan diri dengan audiens dengan aktif
- Mampu membuat peserta aktif dalam latihan
- Mampu mengatasi tekanan emosional.
TRAINER JUGA MANUSIA
Trainer juga seperti manusia lain, yang punya kelemahan dan bukan seorang yang serba tahu dalam segala perkara, dan tidak terlepas daripada memiliki kekurangan. Mungkin juga trainer akan melakukan kesilapan.
Trainer hanya tahu lebih dahulu atau lebih maju dalam bidang-bidang tertentu daripada peserta, ia memiliki pengalaman dan mempunyai persediaan dalam menyampaikan pengetahuan tertentu yang mungkin lebih dulu dan lebih baik dibanding peserta.
Atas dasar itu, maka ia mempunyai kelebihan untuk membimbing sebuah latihan. Namun ia bukan ‘boss’ bagi peserta. Atas prinsip kesamaan ini akan memberi impak yang positif dalam menciptakan suasana yang kondusif dalam proses memindah maklumat / pengalaman selama pelatihan. Suasana yang akrab dan penuh kekeluargaan akan terbentuk kerana tidak ada jarak antara peserta pelatihan dengan trainer. Hal ini akan meransang peserta untuk aktif dalam latihan.
Trainer membimbing bukan dengan cara memerintah, melainkan dengan cara memberikan contoh, meransang dan mendorong peserta untuk berfikir sendiri untuk menyedari perasaan, pengalaman dan mencari jawapan sendiri.
Ikuti sambungan artikel ini minggu hadapan…

Kursus Kepimpinan Dinamik
Pengenalan Kursus
Kursus Kepimpinan Dinamik merupakan satu kursus yang digarap khas untuk menyerlahkan lagi nilai-nilai kepimpinan dan penyeliaan dalam diri peserta. Karakter-karakter kepimpinan yang dibina berteraskan penghayatan spiritual mampu membina keyakinan dalam diri mereka untuk menghadapi cabaran-cabaran peranan sebagai pemimpin.
Methodologi pengajaran kursus ini termasuklah kuliah, sessi video, perbincangan, latihan individu, latihan kumpulan dan mainan peranan (role-play) dimana pelajar berpeluang memahami dengan mendalam prinsip-prinsip penyeliaan yang berkesan dan melakukan peranan mereka dengan baik
Objektif Kursus
Setelah mengikuti kursus ini, para peserta akan memperolehi;
- Pemahaman tentang roses pengurusan, fungsi dan tanggungjawab utama pemimpin.
- Kemahiran komunikasi interpersonal dan kaedah-kaedah berkesan berkomunikasi di tempat kerja.
- Mengetahui kaedah-keadah berkesan membahagi dan menugaskan kerja.
- Mengetahui kaedah-kaedah berkesan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
- Konsep motivasi dan kaedah-kaedah berkesan medorong dan memotivasi pekerja.
- Memperoleh pengalaman tentang kaedah-kaedah bagaimana membina dan memantapkan lagi kepaduan dan kerjasama dalam pasukan.
Pakej
Kami menyediakan pakej untuk 3 hari 2 malam, peserta seramai 40 orang ++.
Harga: Anda boleh mendapatkan sebutharga daripada pihak kami dengan menghubungi no tel seperti di bawah.
Hubungi kami di pejabat;
FITRAH POWER RESOURCES
NO 12 TINGKAT 1 JALAN 3/7,
BANGI PERDANA, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
Tel : +603 – 8925 6725 / +603-8925 5722
Faks : +603 – 8925 6727
Website: www.fitrahpower.com
Email: info@fitrahpower.com
Hidupkan Sel Otak Kanan!
Hampir semua mata pelajaran di sekolah merangsang penggunaan otak kiri dalam mempelajarinya. Apabila seseorang murid cuba memahami bagaimana sesuatu formula matematik itu digunakan dalam menyelesaikan satu-satu masalah, dia sedang menggunakan seluruh otak kirinya. Begitu juga apabila dia diminta untuk menghafal fakta-fakta sejarah serta tahun-tahun kejadian, diajar tentang haiwan, tumbuhan dan proses kitaran dalam matapelajaran sains, dia juga menggunakan seluruh potensi otak kirinya.
Jadi bilakah mereka ini akan menggunakan otak kanan mereka? Jawapannya mungkin tiada atau mungkin 10%, iaitu dalam matapelajaran berteraskan seni, ko-kurikulum dan kemahiran hidup. Peratusan yang amat rendah itu memungkinkan sel-sel neuron otak kanan semakin tertidur ( tidak aktif ) dan akhirnya mati.
Otak Kiri
Penyelidikan saintis mendapati otak kiri bertugas dalam mengingati ilmu, data dan fakta: menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisis, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik.
Otak Kanan
Otak kanan pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.
Sebagaimana tangan harus digunakan kedua-duanya untuk mendapat gerak laku yang terbaik, demikian juga otak. Kita diberikan dua telinga untuk menyeimbangkan pendengaran, diberi dua mata untuk lebih fokus, diberikan dua kaki utnuk lebih pantas, kita juga diberikan dua otak untuk lebih berfungsi sebagai insan yang stabil, pintar dan seimbang.
Penggunaan otak yang tidak seimbang akibat pembelajaran mata pelajran yang tidak seimbang akan mengakibatkan lahirnya manusia yang tempang. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu – individu yang menggunakan otak kanan secara luas dan kerap.
Bagaimana untuk mengaktifkan otak kanan?
Perbanyakkan melakukan aktiviti yang menggabungkan potensi penglihatan, gerakan jari, bahasa tubuh dan juga pendengaran.
- Bebaskan kejumudan anda dengan mengambil tahu hal-hal semasa dan sekeliling.
- Memberi saranan kepada diri sendiri ataupun bermonolog.
- Banyakkan mencuba sesuatu yang berhalangan seperti ekspedisi, mengembara, bermain game computer dan aktiviti-aktiviti lasak.
- Sertai seminar, forum, pameran, ekspo dan cari peluang agar suara anda didengar.
- Menatap, merenung dan membaca Al-Quran.
- Cuba berfikir secara kreatif, analitis ataupun literal.
- Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penghiduan dan merasa secara imaginasi.
- Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
- Bermain catur atau sesuatu yang mencabar minda.
Rujukan Artikel: Membina Jati Diri Gemilang oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

