Informasi

Doa Dijauhkan daripada Perkara yang Buruk

Maksudnya:

Wahai tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepada engkau daripada hati yang tidak khusyuk, daripada doa yang tidak didengar, daripada nafsu yang tidak pernah kenyang, daripada ilmu yang tidak bermanfaat, aku berlindung kepada engkau daripada empat perkara yang buruk ini.

Be the first to comment - What do you think?

Nilai Diri Negatif Ibubapa

“Saya tidak pernah berjaya dalam mendidik anak…Saya Memang Lemah!”

Kata-kata di atas merupakan salah satu luahan yang menunjukkan nilai diri yang negatif oleh sebilangan ibubapa terhadap didikan mereka dalam keluarga.

Tanda-tanda ibubapa bersikap begini adalah kerana:

1) Tidak bermaya apabila anda berada di rumah.

2) Anda cuba mengelakkan diri dari melakukan sesuatu yang melibatkan seluruh ahli keluarga seperti makan bersama.

3) Mengelak dari perbincangan yang melibatkan ahli keluarga.

4) Selalu berebut kuasa dalam rumah tangga.

5) Merasakan bahawa orang lain lebih pandai mendidik anak.

6) Sentiasa merasakan perlu mengawal anak.

7) Semua orang dalam rumah membosankan.

Nilai diri yang negatif ini akan mempengaruhi kehidupan ahli keluarga yang lain. Mereka akan lebih tertekan dengan situasi yang sedang berlaku dan ini boleh menjejaskan lagi keharmonian kekeluargaan.

* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Spiritual Parenting dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang bagi mengubah hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.

1 comment - What do you think?

Penyakit yang tidak boleh diubati

Penyakit yang tidak boleh diubati iaitu

1) Hasad Dengki

“Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering.” (HR Bukhari dan Muslim)

Antara sebab penyakit ini tidak boleh diubati ialah:
1. Ada kebencian dalam hati.

2. Ada permusuhan dalam diri.

3. Ada dengki yang mendominasi.

1 comment - What do you think?

Langkah Memburu Impian

Anda mempunyai impian untuk membeli sebuah kereta jenama “PROTON EXORA” yang berharga RMRM58998.

Langkah ini mungkin akan membantu anda untuk merancang impian anda menjadi realiti.

Berapa lama masa untuk anda target supaya dapat membeli kereta idaman anda pada tahun ini?

A.      Apakah yang anda perlu lakukan dalam setiap bulan untuk 12 bulan yang anda perlu lalui?

B.       Apakah pula perkara yang perlu anda lakukan dalam setiap minggu pada setiap bulan tersebut?

C.       Apa yang anda perlu buat hari ini untuk mencapainya?

Jika anda dapat merancang dan melaksanakan seperti yang disarankan insyaallah impian anda akan menjadi kenyataan..

* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Personaliti Unggul dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang bagi mengubah hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.

Be the first to comment - What do you think?