Informasi

Fitrah Care Tour ~ Hulu Langat, Kajang & Gombak ~

Fitrah Care merupakan satu program yang dianjurkan oleh Fitrah Power bagi tujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan atau asnaf zakat. Program ini merupakan hasil idea daripada Pengarah Urusan Fitrah Power yang ingin membantu golongan yang kurang berkemampuan. Baru-baru ini syarikat kami telah menjalankan program ini buat kali pertama untuk membantu golongan asnaf yang pernah mengikuti Kursus Bina Insan anjuran Lembaga Zakat Selangor bersama kami sebelum ini.

Kami memulakan perjalanan ke Gombak kemudian ke Hulu Langat dan berakhir di Kajang. Keluarga pertama yang kami kunjungi ialah keluarga Pn. Adela Nadya Bt. Ab. Ali yang menyara keluarga sepenuhnya dengan bekerja sebagai guru tadika yang berpendapatan sebulan hanya Rm 550 sahaja sebulan. Apa yang mengusik jiwa kami ialah beliau menyara lapan orang anak yang sedang bersekolah, suami yang sakit dengan kerja yang tidak menentu serta seorang bapa saudara yang sakit.

Keluarga kedua pula ialah Pn. Rosida Bt. Damae yang mempunyai lapan orang anak yang masih bersekolah dan sedang menuntut di institusi pengajian tinggi. Manakala keluarga ketiga pula, keluarga Puan Timah Bt. Awang (makcik Timah). Beliau merupakan seorang yang kurang upaya (OKU) dan bergantung harap hanya pada bantuan zakat sahaja untuk menampung kehidupan sehariannya.

Alhamdulillah, berkat kunjungan ini kami dapat menghulurkan sedikit sumbangan berbentuk kewangan dan serba sedikit keperluan barang dapur kepada keluarga-keluarga ini. Semoga Allah memberikan kekuatan dan melimpahkan rezeki lagi kepada golongan-golongan yang kurang upaya dan kurang berkemampuan ini.

Be the first to comment - What do you think?

Serlahkan Potensi Anda!

1) Setiap hari sebelum bekerja luangkan masa selama 10 minit untuk berfikir bagaimana saya dapat melakukan pekerjaan dengan lebih baik hari ini?

2) Galilah dan kenalilah ‘diri’ anda yang sebenar. Utamakan potensi dan jangan terlalu mahu memperbaiki kekurangan sehingga terabai kekuatan yang ada.

3) Hapuskan dari minda anda perkataan “Tidak Mungkin”. kerana ianya merupakan kata-kata yang akan mendorong anda kepada kegagalan.

Be the first to comment - What do you think?

Kelebihan Membaca Ma’thurat

Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan Rasulullah.

Bagi seseorang muslim, seharusnya masa kita tidak berlalu begitu sahaja. Dikala pagi dan petang sentiasa bertasbih, beristighfar, bertahmid dan berdoa kepaa Allah dengan zikir yang ma’thur (yang berasal dari Nabi SAW). Jiwa yang tenang lagi tenteram pasti hadir apabila kita mengingati Allah.

Antara kelebihan-kelebihannya ialah :

1. Dimulakan dengan “Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk”
(Menunjukkan setiap jiwa kita mesti menyerahkan diri kepadaNYA sebelum melakukan aktiviti dan berusaha menghindarkan diri dari sesuatu yang boleh menyesatkan dari mengingati Allah).
2. Memuji Kebesaran Allah dengan bertasbih.
3. Mensyukuri dan mengakui segala nikmat pemberianNya.
4. Menghindari diri dari Syirik (yang disedari mahupun tidak).
5. Berlindung dari kejahatan Makhluk dan memohon Keampunan Allah.
6. Menghindari dan melindungi diri dari sifat sedih dan gelisah, lemah diri dan malas, pengecut dan bakhil, serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
7. Memohon dilimpahkan kesihatan yang baik (Termasuklak tubuh badan, pendengaran dan penglihatan).
8. Mohon dihindari daripada kekakafiran dan kemiskinan (kefakiran) serta dari azab kubur.

1 comment - What do you think?

Tips Keluarga Bahagia

Setiap manusia inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup berkeluarga. Antara tanda yang dapat kita ketahui adakah keluarga kita bahagia?? jawapannya ialah apabila kita merasai bahawa hati kita merasa tenang. Kemudian ketenangan itu kita akan rasai secara berterusan tanpa kita sedari. Fitrah manusia sudah tentunya inginkan kebahagiaan dalam hidup, jadi tidak hairanlah ramai manusia yang mengamalkan pelbagai teknik dan cara supaya mendapatkan kebahagiaan yang diidam-idamkan.

Sebelum berusaha dengan pelbagai teknik yang dirasakan berkesan, terlebih dahulu langkah pertama yang kita perlu lakukan ialah dengan sentiasa berdoa pada waktu-waktu yang mustajab digalakkan berdoa terutama sekali pada ketika selepas solat fardhu. Sentiasalah memohon doa kepada Allah supaya dikurniakan keluarga yang bahagia dan hidup dengan harmoni. Doanya seperti berikut:

Maksudnya:

“Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa”. (Surah Al-Furqan: 74)

* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Spiritual Parenting dalam usaha membantu ibu bapa mewujudkan keluarga bahagia. Makluman bagi Ibu bapa yang berminat bolehla berhubung dengan pihak kami.

Be the first to comment - What do you think?