Teknik Komunikasi Keluarga
1) Wujudkan kemesraan pada awal setiap perhubungan yang dijalinkan melalui sentuhan mesra dan perkataan yang baik.
2) Tunjukkan penghormatan dan kasih sayang ketika berhubung seperti: bercakap dengan lembut, menjawab dengan segera segala pertanyaan anak, mendengar cerita dan rintihan anak dengan penuh minat dan sebagainya.
3) Mendengar secara aktif dan teliti dengan memberi perhatian yang sepenuhnya. Dengar apa yang tersirat iaitu mesej sebenar yang hendak disampaikan. Disamping itu, fahami perasaan sebenar anak ketika berkomunikasi dengan mereka.
4) Peka kepada komunikasi tanpa lisan seperti air muka, senyuman, sentuhan, imbangan mata, kedudukan badan dan jarak yang sesuai ketika berhubung.
5) Gunakan teknik percakapan yang berkesan. Apabila menjelaskan sesuatu kepada ahli keluarga dengan menggunakan bahasa yang khusus dan jelas. selaraskan matlamat atau isi percakapan dengan cara percakapan. Berkata sesuatu yang menggalakkan dan positif kepada setiap ahli keluarga yang lain.
Perlukah Bekerja Bersungguh-sungguh???
Jawapannya ialah, SANGAT PERLU. Bekerja sememangnya menuntut kesungguhan. Orang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatua terutama dalam pekerjaan, pastinya akan berjaya atau mendapat hasilnya. Maka sudah tentu akan rugilah bagi mereka yang malas berusaha.
Benarkah banyak di antara kita tergolong di dalam golongan orang yang malas bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu? Jika ya, mari kita semak beberapa tanda bagi orang yang malas bersungguh-sungguh ini:
1) Seringkali membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah
2) Menganggap sesuatu kerja yang perlu dilakukan tidak penting
3) Kerapkali bertangguh dalam setiap kerja yang ingin dilakukan
Sekiranya salah satu daripada tanda yang disebutkan di atas ada dalam diri kita, ada baiknya kita perbaiki sikap itu sebelum terlambat dan sebelum kerugian. Untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik, maka sewajarnya kita perlu mengambil beberapa langkah, antaranya ialah:
1) Betulkan niat kita terlebih dahulu ( adakah melakukan kerana terpaksa / untuk mendapat ganjaran / untuk menunjuk-nunjuk / kerana amanah dan tanggungjawab)
2) Memgang prinsip sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja kerana ingin mendapatkan hasil yang baik.
3) Melakukan setiap tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan hendaklah kerana Allah dan kesungguhan adalah penting untuk mencapai kejayaan yang didambakan..
Surat Dari Iblis (Siri 2)
Kisah ini merupakan lanjutan dari kisah surat dari iblis (siri 1). Mari sama-sama kita hayati kisah ini….
Tentunya kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki perancangan hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untukmu.
Aku ingin mengucapkan ‘TERIMAKASIH‘ kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohkan, aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, minum arak, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah seego mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya kau saja harus menjadi orang bodoh yang lebih baik dimata Allah.
Pesanan : Jika kau benar-benar menyayangiku, kau tidak akan memberi surat ini dengan sesiapapun.
Surat Dari Iblis (Siri 1)
Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir semula tentang kehidupan yang sudah anda lalui…
Aku melihatmu semalam, ketika engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan “Bismillah” sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Ishak sebelum ke tempat tidurmu
Kau benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak mengubah cara hidupmu.
Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum mencintaimu.
Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalasnya.
Kau lihat, Allah menyayangimu dan dia masih memiliki rencana terbaik untukmu dihari akan datang.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita boleh bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati Allah
Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNya siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa-masa yang kita sudah jalani
Kita bersama memaki orang, mencuri, berbohong,munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak pergi ke Masjid, berperilaku buruk dan sebagainya.





