Tips Keluarga Bahagia
Setiap manusia inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup berkeluarga. Antara tanda yang dapat kita ketahui adakah keluarga kita bahagia?? jawapannya ialah apabila kita merasai bahawa hati kita merasa tenang. Kemudian ketenangan itu kita akan rasai secara berterusan tanpa kita sedari. Fitrah manusia sudah tentunya inginkan kebahagiaan dalam hidup, jadi tidak hairanlah ramai manusia yang mengamalkan pelbagai teknik dan cara supaya mendapatkan kebahagiaan yang diidam-idamkan.
Sebelum berusaha dengan pelbagai teknik yang dirasakan berkesan, terlebih dahulu langkah pertama yang kita perlu lakukan ialah dengan sentiasa berdoa pada waktu-waktu yang mustajab digalakkan berdoa terutama sekali pada ketika selepas solat fardhu. Sentiasalah memohon doa kepada Allah supaya dikurniakan keluarga yang bahagia dan hidup dengan harmoni. Doanya seperti berikut:
Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa”. (Surah Al-Furqan: 74)
* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Spiritual Parenting dalam usaha membantu ibu bapa mewujudkan keluarga bahagia. Makluman bagi Ibu bapa yang berminat bolehla berhubung dengan pihak kami.
Teknik Komunikasi Keluarga
1) Wujudkan kemesraan pada awal setiap perhubungan yang dijalinkan melalui sentuhan mesra dan perkataan yang baik.
2) Tunjukkan penghormatan dan kasih sayang ketika berhubung seperti: bercakap dengan lembut, menjawab dengan segera segala pertanyaan anak, mendengar cerita dan rintihan anak dengan penuh minat dan sebagainya.
3) Mendengar secara aktif dan teliti dengan memberi perhatian yang sepenuhnya. Dengar apa yang tersirat iaitu mesej sebenar yang hendak disampaikan. Disamping itu, fahami perasaan sebenar anak ketika berkomunikasi dengan mereka.
4) Peka kepada komunikasi tanpa lisan seperti air muka, senyuman, sentuhan, imbangan mata, kedudukan badan dan jarak yang sesuai ketika berhubung.
5) Gunakan teknik percakapan yang berkesan. Apabila menjelaskan sesuatu kepada ahli keluarga dengan menggunakan bahasa yang khusus dan jelas. selaraskan matlamat atau isi percakapan dengan cara percakapan. Berkata sesuatu yang menggalakkan dan positif kepada setiap ahli keluarga yang lain.
Perlukah Bekerja Bersungguh-sungguh???
Jawapannya ialah, SANGAT PERLU. Bekerja sememangnya menuntut kesungguhan. Orang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatua terutama dalam pekerjaan, pastinya akan berjaya atau mendapat hasilnya. Maka sudah tentu akan rugilah bagi mereka yang malas berusaha.
Benarkah banyak di antara kita tergolong di dalam golongan orang yang malas bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu? Jika ya, mari kita semak beberapa tanda bagi orang yang malas bersungguh-sungguh ini:
1) Seringkali membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah
2) Menganggap sesuatu kerja yang perlu dilakukan tidak penting
3) Kerapkali bertangguh dalam setiap kerja yang ingin dilakukan
Sekiranya salah satu daripada tanda yang disebutkan di atas ada dalam diri kita, ada baiknya kita perbaiki sikap itu sebelum terlambat dan sebelum kerugian. Untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik, maka sewajarnya kita perlu mengambil beberapa langkah, antaranya ialah:
1) Betulkan niat kita terlebih dahulu ( adakah melakukan kerana terpaksa / untuk mendapat ganjaran / untuk menunjuk-nunjuk / kerana amanah dan tanggungjawab)
2) Memgang prinsip sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja kerana ingin mendapatkan hasil yang baik.
3) Melakukan setiap tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan hendaklah kerana Allah dan kesungguhan adalah penting untuk mencapai kejayaan yang didambakan..
Surat Dari Iblis (Siri 2)
Kisah ini merupakan lanjutan dari kisah surat dari iblis (siri 1). Mari sama-sama kita hayati kisah ini….
Tentunya kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki perancangan hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untukmu.
Aku ingin mengucapkan ‘TERIMAKASIH‘ kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohkan, aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, minum arak, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah seego mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya kau saja harus menjadi orang bodoh yang lebih baik dimata Allah.
Pesanan : Jika kau benar-benar menyayangiku, kau tidak akan memberi surat ini dengan sesiapapun.






