Program Pembangunan Modal Insan

Assalamualaikum wbt…
Team FP baru sahaja selesai menguruskan Program Pembangunan Modal Insan anjuran Yayasan Bank Rakyat yang bertempat di Mardi, Serdang Selangor pada 9 – 13 Mac 2012.
Antara pengisian program adalah How To Think Out of The Box, Seni Asas Khat, Seni Mempertahankan diri, Time Management, Klinik Fatihah, Solat Sempurna dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh membina keyakinan peserta dan membangun jati diri mereka.




Antara testimoni daripada peserta yang telah mengikuti kursus ini:

Menjadi Seorang Pekerja yang Efektif
Pekerja yang efektif memfokuskan pada kekuatan mereka dalam segala yang dilakukan. Mereka akan memastikan segala kebolehan mereka produktif. Kebanyakan pekerja tidak tahu apa yang mereka tidak dapat lakukan. Kadangkala mereka ini membuang terlampau banyak masa dan tenaga dengan bersungut berkenaan apa yang tidak dapat dilakukan.
Mengetahui had dan kemampuan diri
Pekerja yang efektif juga sedar terhadap had kemampuannya, tetapi beliau sentiasa mencari apa yang dapat dilakukan. Sementara yang lain masih merungut, pekerja yang efektif keluar dan bertindak. Akibatnya, ada antara had kemampuan asal tadi dapat diatasi.
Pekerja yang efektif akan mencari perkara-perkara ini dengan bertanya, ” Apa yang dapat saya lakukan? ” Mereka pasti sedar ada pelbagai perkara yang dapat dilakukan sehingga tidak cukup sumber dan asa bagi melakukan kesemuanya.
Menjadikan keselesaan itu tabiat dalam kerja.
Menjadikan kekuatan itu produktif juga penting dalam kebolehan dan tabiat kerja. Tidak begitu sukar bagi memastikan kita dapat menjadi produktif. Apabila terasa kita sudah faham waktu bila paling produktif kita bekerja, kita dengan sendirinya akan tahu bagaimana cara paling sesuai bekerja.
Semua ini mungkin dikatakan agak cetek tetapi sebenarnya tabiat kerja juga adalah sumber keberkesanan. Kebanyakannya sesuai bagi pelbagai jenis kerja. Pekerja yang efektif sedar akan perkara ini dan akan menggunakannya.
Melakukan kerja mengikut kecenderungan ilmu ataupun bakat
Pekerja yang efektif tidak akan cuba berlakon menjadi orang lain. Beliau akan bertanya, ” Apakah perkara-perkara yang mudah bagi saya, tetapi sukar bagi orang lain?” Ia mungkin menjadi seorang yang menulis laporan, membuat keputusan, rundingan, ataupun apa sahaja.
Ia bukan apa yang biasa orang fikirkan apabila bercakap berkenaan kekuatan. Biasanya apa yang dimaksudkan adalah ilmu ataupun bakat dalam sesuatu bidang. Namun, sifat dan tabiat juga memainkan peranan dalam pencapaian seseorang. Bagi menjadi efektif, kita perlu fokus pada apa yang kita mampu lakukan dan lakukannya dengan cara yang paling sesuai dengan diri kita.
Menjadikan kekuatan itu produktif adalah sikap, tetapi ia dapat diperbaiki dan dikembangkan dengan melatih diri. Jika kita mendisiplinkan diri bertanya, ” Apa yang dapat orang ini lakukan?” dan bukannya apa yang tidak dapat dilakukannya, kita perlu berubah sikap menjadi orang yang mencari dan menggunakan kekuatan orang lain dan lambat laun diri sendiri.
Sumber: EKSEKUTIF SMART Bekerja Dengan Lebih Efektif ditulis oleh PETER F. DRUCKER
Tip Menampilkan Peribadi yang Hebat dengan Warna

- Jangan gunakan lebih daripada tiga warna setiap kali memilih pakaian untuk dipakai. (namun terpulang pada citarasa masing-masing )
- Sekiranya anda seorang yang pemalu, selitkan warna merah dalam gandingan warna pakaian, contohnya tali leher merah dengan baju krim bagi lelaki ataupun blaus merah dengan kain ataupun gelap bagi perempuan.
- Sekiranya anda seorang yang agresif, gunakan warna biru gelap, coklat lembut ataupun kelabu cerah dalam pakaian utama yang anda kenakan, contohnya kemeja. Ia adalah begi menyeimbangkan personaliti yang anda tampilkan dengan sifat agresif anda. Anda akan dilihat sebagai orang yang mudah didekati.
- Sekiranya anda seorang yang bertubuh besar, gunakan warna biru gelap, kelabu ataupun coklat muda dalam pakaian anda untuk mendapatkan ilusi yang kurus sedikit.
- Sekiranya anda seorang yang bertubuh kecil, gunakan
pakaian yang bercorak alam dengan bunga yang besar. Warna pada bunga itu biarlah cerah dan terang supaya ia dapat mengalihkan pandangan orang yang melihat personaliti anda. - Sekiranya anda mahu kelihatan dramatik, gunakan kombinasi warna yang kontras, contohnya hijau muda dan ungu, merah dan putih, biru gelap dan keemasan, kelabu dan oren dan sebagainya. Walau bagaimanapun ianya sekiranya perlu jika anda benar-benar berani memakai warna yang kontras.

* Personaliti berpakaian yang baik bermakna apabila ia mampu menjadi alat bantu bagi memudahkan jalinan perhubungan sosial dengan orang lain.
Sumber Gambar: Mr Google..
Elakkan kerugian dalam hidup seharian anda.
Saban hari kita akan melalui banyak kerugian yang kadangkala datang tanpa disedari. mahupun anda sedar akannya. Ramai yang memandang enteng akan kerugian dari segi masa, ini mungkn kerana masa itu tidak nampak fizikalnya berbanding dengan wang. Kerugian yang melibatkan kewangan pula mungkin membuatkan dada sempit apatah lagi pendapatan isi rumah anda adalah terhad. Kerugian ini mungkin berlaku kerana sikap negatif diri sendiri ataupun pengurusan kewangan yang lemah. Mari kita semak apakah punca kerugian yang sering berlaku disekeliling kita.
Sikap Kurang Berhati-hati

Sikap yang kurang berhati-hati ini boleh menyebabkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh diri sendiri malah orang lain pun mungkin akan terlibat sama.. Sikap kurang berhati- hati terutama sewaktu berada di jalan raya samada anda menggunakan pengangkutan sendiri ataupun awam ke tempat kerja mahupun ke destinasi yang ingin dituju boleh memberi risiko kepada kerugian. Kerana kurang berhati-hatilah berlaku kemalangan ataupun kecederaan yang memerlukan kos membaiki ataupun kos perubatan di hospital. Jika ingin mengelakkan kerugian anda semestinya mematuhi peraturan jalan seperti mematuhi lampu isyarat, had laju dibenarkan, meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan dan juga sebagainya. Ingat! kerugian mampu dielakkan jika kita punya kesedaran terhadap itu.
Sikap Gopoh / Terburu-buru

Sikap ini juga boleh mendorong kepada kerugian. Banyak perkara yang menjadi punca kepada sikap kegopohan ini, antaranya kerana kesesakan jiwa, terburu-buru, dihambat masa, sifat semulajadi dan sebagainya. Kerana kegopohan inilah fikiran mula menjadi bercelaru, emosi jadi tidak terkawal, perancangan menjadi hampa dan pemikiran jadi sempit.
Kegopohan biasanya menyebabkan kita terlupa apa yang perlu kita lakukan, apa yang kita bawa, dan apa yang kita sepatutnya lakukan. Bayangkanlah jika sekarang anda sedang tergopoh-gapah menuju ke KLIA untuk penerbangan ke luar negara. Setelah sampai di KLIA anda baru sedar bahawa anda telah tertinggal passport di rumah. Samada anda berpatah balik untuk mengambilnya atau terpaksa menunggu keluarga anda datang menghantarnya. Jika anda sekarang sudah tiba cmasa untuk heck-in dan anda masih menunggu passport anda, bayangkanlah betapa banyak kerugian yang anda alami? Anda rugi masa, rugi kos perjalanan yang perlu diambil untuk 2 kali perjalanan, atau mungkin rugi yang paling besar adalah anda tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam pesawat kerana masa untuk berlepas sudah tiba. Jadi anda mungkin terpaksa membeli tiket yang lain atau membatalkan perjalanan tersebut. Jadi di situ betambahlah lagi kerugian anda.
Jadi mengapa perlu tergopoh-gapah? Bertenanglah, dan berfikirlah dengan keadaan yang tenang Perancangan anda adalah yang penting. Tidak ada apa yang ruginya jika anda duduk sekejap sebelum melakukan sesuatu, atau catatkan perkara-perkara penting yg perlu anda buat dan sebagainya.
Sikap suka melengah-lengah
Sikap ini juga boleh mengundang kepada kerugian. Sikap yang suka melengahkan pembayaran bil-bil utiliti, saman, pinjaman dan sebagainya akan membuatkan pembayaran tertunda dan jumlahnya akan berhimpun menjadi banyak. Sepertimana contohnya untuk pembayaran balik ansuran bulanan pinjaman kereta, jika anda melengahkan dan menangguhkan bayaran sebanyak 3 kali, kereta anda akan ditarik leh pihak bank dan di situ anda perlu melunaskan 3 bulan ansuran yang tertunda bersama bayaran towing iaitu upah kepada pihak penunda kereta anda dalam anggaran RM500 ke atas. Bayangkan anda telah kerugian sebanyak itu untuk sikap suka bertangguh. Sebaiknya anda listkan perkara-perkara penting seperti pembayaran rumah, kereta, bil, pinjaman dan sebagainya sebelum anda menggunakan kewangan keluarga untuk perkara-perkara lain. Utamakan yang utama!

Selain itu anda mungkin akan berlaku kerugian dari segi masa kerana sikap suka bertangguh ini. Sekiranya anda sepatutnya memerlukan hanya satu jam sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kerja, tetapi anda terpaksa menggunakan hampir satu hari untuk menyiapkan sesuatu kerja yang mudah itu. Kerana anda adalah orang yang suka bekerja mengikut mood dan angin,jadi anda terpaksa menanggung kerugian masa yang mustahil dapat dibeli di mana-mana.
Anda adalah apa yang anda pilih!

