Jom Amalkan Doa Nabi

Alhamdulillah..syukur pada-Nya kerana kita masih lagi berpeluang menunaikan ibadah puasa. Di kesempatan inilah kita perlu menghargai peluang yang ada sebaik mungkin bagi mendekatkan diri pada yang Maha Esa.
Di dalam kita beramal pada bulan mulia ini, Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaanmu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya. ada baiknya kita tambah doa-doa yang disarankan oleh Nabi saw. Doa ini khusus Nabi baca kepada Anas Bin Malik :
Maksudnya:
“Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, berkatilah dia pada semua kurniaanmu kepadanya dan masukkanlah dia ke syurga”.
Muhasabah Ramadhan
Alhamdulillah…Sejuta kesyukuran dipanjatkan pada yang Maha Esa dengan keberkatan Ramadhan, disambut dengan harapan yang tinggi oleh mukmin yang suci. Namun, pada bulan yang suci ini adakah kita mengisinya dengan sebaiknya? atau adakah amalan kita makin meningkat atau masih sama dengan bulan-bulan sebelumnya..Marilah sama-sama kita renungkan….
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.
Teladan Rasulullah Ketika Menyambut Ramadhan…
“Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan dan jin, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dibukalah pintu-pintu surga, kemudian diserukan: wahai orang yang mendambakan kebaikan, datanglah!! dan wahai orang yang benci kepada kebaikan, bermalaslah!!. Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini setiap malamnya Allah membebaskan orang-orang yang dikehendakiNYA dari api neraka. (Hadis riwayat Tirmizi)
Antara amalan Rasulullah saw:
1. Melipatgandakan amal perbuatan yang baik.
2. Banyak berdo’a.
3. Selalu tadarus (membaca al-Qur’an).
Kemahiran Mengurus Stress
* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Pengurusan Stress dalam usaha membantu anda membuka ruang dan peluang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.






