Informasi

3 Tanda Penyakit Hati

Menurut imam Al-Ghazali terdapat banyak tanda penyakit hati antaranya :-

Pertama
: Memiliki ilmu yang tidak bermanfaat. Ilmunya tidak berguna baginya dan tidak menjadikannya lebih dekat kepada Allah swt.

Kedua: Mempunyai hati yang tidak boleh khusyuk ketika melakukan ibadah.

Ketiga: Memiliki nafsu yang tidak pernah kenyang.

4 comments - What do you think?

4 Jenis Hasad Dengki

1. Seseorang yang mengharapkan hilangnya kenikmatan dari orang lain walaupun kenikmatan itu tidak ia dapati.

2. Seseorang yang mengharapkan hilangnya kenikmatan dari orang lain kerana ia menginginkan kenikmatan itu untuk dirinya. Contohnya menginginkan wanita cantik, jabatan tinggi,harta melimpah dan sebagainya.

3. Seseorang yang ingin mendapatkan seperti yang dimiliki orang lain dan ia tidak mengharapkan kenikmatan itu hilang dari orang itu. Tetapi, apabila ia tidak mendapatkannya, maka ia berharap kenikmatan itu pun hilang dari orang itu agar tidak ada perbezaan antara dia dengannya.

4. Seseorang yang ingin mendapatkan apa yang dimiliki oleh orang lain. Tetapi, apabila ia tidak mendapatnya, maka ia tidak berharap kenikmatan itu hilang dari orang lain.

* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Motivasi Potensi Diri dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.

Be the first to comment - What do you think?

Doa Kepada Jenazah

Maksudnya:

Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburnya, mandikan dia dengan air salju dan air yang sejuk. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kekotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami) yang lebih baik daripada isterinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke syurga, peliharalah dia dari siksa kubur dan neraka.” (Muslim 2/663)

* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.

1 comment - What do you think?

Anda Cukup Bekalan menghadapinya??

Renungkanlah!

Mari kita insafi bahawa kubur itu adalah pengalaman atau persinggahan pertama kita dari apa yang akan kita alami sesudah mati. Ibnu Majah ada meriwayatkan bahawa
Saidina Uthman bin Affan apabila berada di kawasan perkuburan, beliau menangis tersedu-sedu hingga basah keseluruhan janggutnya. Pernah seseorang bertanya
beliau, “Tuan ingat neraka, tuan tidak menangis. Tetapi tuan menangis kerana melihat kubur, mengapa demikian? Jawab Uthman, saya menangis kerana takutkan peringatan dari sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu adalah tempat pertama dari tempat-tempat di akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka keadaan (proses) berikutnya akan lebih mudah baginya. Tetapi jika seseorang tidak selamat di tempat yang pertama (kubur) itu, maka keadaan (proses) berikutnya akan jadi lebih buruk/sukar baginya”.

Dalam hal ini, Abu Bakar As-Siddiq juga pernah mengingatkan dengan ungkapannya: “Barangsiapa yang masuk kubur (alam barzah) tanpa bekalan (amal salih),
maka seolah-olah ia belayar di lautan tanpa perahu/sampan”. Oleh itu, selagi umur kita masih ada dan Allah masih memberi waktu hidup, sebelum nyawa berpisah dari badan, bersegeralah bertaubat sekiranya terlanjur berbuat dosa, hindarkan diri dari maksiat, perbanyakkanlah amal kebajikan dan sentiasa bersiap dengan bekalan.

* Fitrah Power turut mengadakan Spiritual Leadership Training (SLT) dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.

Be the first to comment - What do you think?