Al-Fatihah…
Warga kerja Fitrah Power mengucapkan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa dan mencederakan sembilan penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat Selangor. Semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan mereka dikalangan hamba-hambanya yang soleh disana. Al-Fatihah.
3 Tanda Penyakit Hati
Menurut imam Al-Ghazali terdapat banyak tanda penyakit hati antaranya :-
Pertama: Memiliki ilmu yang tidak bermanfaat. Ilmunya tidak berguna baginya dan tidak menjadikannya lebih dekat kepada Allah swt.
Kedua: Mempunyai hati yang tidak boleh khusyuk ketika melakukan ibadah.
Ketiga: Memiliki nafsu yang tidak pernah kenyang.
4 Jenis Hasad Dengki
1. Seseorang yang mengharapkan hilangnya kenikmatan dari orang lain walaupun kenikmatan itu tidak ia dapati.
2. Seseorang yang mengharapkan hilangnya kenikmatan dari orang lain kerana ia menginginkan kenikmatan itu untuk dirinya. Contohnya menginginkan wanita cantik, jabatan tinggi,harta melimpah dan sebagainya.
3. Seseorang yang ingin mendapatkan seperti yang dimiliki orang lain dan ia tidak mengharapkan kenikmatan itu hilang dari orang itu. Tetapi, apabila ia tidak mendapatkannya, maka ia berharap kenikmatan itu pun hilang dari orang itu agar tidak ada perbezaan antara dia dengannya.
4. Seseorang yang ingin mendapatkan apa yang dimiliki oleh orang lain. Tetapi, apabila ia tidak mendapatnya, maka ia tidak berharap kenikmatan itu hilang dari orang lain.
* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Motivasi Potensi Diri dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.
Doa Kepada Jenazah
Maksudnya:
Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburnya, mandikan dia dengan air salju dan air yang sejuk. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kekotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami) yang lebih baik daripada isterinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke syurga, peliharalah dia dari siksa kubur dan neraka.” (Muslim 2/663)
* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.



