Informasi

Tips Membina Kepercayaan dari Orang Lain

Kepercayaan merupakan salah satu dari elemen integriti dan ianya membenarkan orang percaya kepada kita. Antara tips yang dapat dikongsi ialah:

1. Tepati Janji.

Jangan sesekali berjanji apa yang kita tidak mampu penuhi. Sekiranya kita berjanji sesuatu, cuba melaksanakannya sepenuh hati. Salah satu cara paling mudah yang membuatkan orang lain tidak percaya kepada kita adalah dengan memungkiri janji.

2. Sedia Berkhidmat.

Kita dicipta bukan untuk mementingkan diri tetapi berkhidmat antara satu sama lain. Mengerah keringat dan meluangkan masa kita kepada orang lain membuktikan kita prihatin kepada orang sekeliling. Individu yang dipercayai sentiasa memberi, bukan hanya tahu menerima.

3. Sentiasa Menggunakan Komunikasi Dua Hala.

Apabila kita memiliki integriti, orang mula dengar dan patuh kepada kita. Oleh itu, menjadi individu berintegriti bukan bermaksud memanipulasi orang lain kerana ianya sentiasa melibatkan orang lain dalam hidup kita.

* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Budaya Kerja Cemerlang dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.

Be the first to comment - What do you think?

Jawatan Kosong Fasilitator

Assalamualaikum wbt..

Kepada anda yang berminat untuk mengasah bakat kepimpinan mahupun mengumpul sebanyak mungkin pengalaman menjayakan dan mengendalikan kursus, kami membuka peluang kepada anda.

Cara memohon

Caranya senang sahaja, anda hantarkan resume anda ke info@fitrahpower.com dan kami akan memanggil anda untuk ditemuduga. Selagi masih muda, gunakan keupayaan dan kelebihan anda dengan sebaik mungkin. Di sinilah tempatnya untuk anda meluaskan lagi bakat anda.

Kelayakan

Kelayakan  paling minimum ialah Diploma di mana-mana institusi pengajian tinggi. Segeralah memohon, kerana selain mendapat pengalaman, anda juga diberi elaun yang sangat berpatutan dengan penat lelah anda. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi 0172192502 / 03-89256725. Terima kasih.

10 comments - What do you think?

Keselamatan Ummat di Akhir Zaman..

Hadis Nabi saw bermaksud:

Dari Abi Najih ‘irbadh bin Sariyah berkata: Rasulullah saw telah menasihati kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati kami sehingga menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda: “Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa ar-rasyidin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru (bid’ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat”.

(Hadis Riwayat Abu Daud & Tarmizi)

Pengajaran Hadis

1) Hendaklah bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan segala laranganNya.

2)Mentaati pemerintah walaupun mereka dari golongan hamba asalkan mereka berpegang kepada al-Quran dan Sunnah.

3) Menjauhi perkara-perkara bid’ah (apa jua fahaman atau amalan yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Kepimpinan Dinamik dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.

Be the first to comment - What do you think?

Tips Membina Minda Kreatif

1. Mempunyai asas ilmu.

Asas ilmu ini ialah permulaan bagi mengembangkan idea di samping memikirkan pilihan atau alternatif. Asas ilmu yang perlu ada termasuklah ilmu agama, sastera, sains dan biology dan sebagainya sesuai dengan bidang kerjaya masing-masing.

2. Menghubungkan faktor nilai dan ilmu.

Memberikan asas nilai kepada ilmu menjadikan nilai guna ilmu tersebut lebih terarah.

3. Kecenderungan mencuba

Cenderung untuk mencuba dengan membawa idea-idea baru dan segar. Percubaan pertama kadang-kadang tidak mendatangkan hasil yang baik. Setelah mencuba berulang kali mungkin akan ditemui hasil yang lebih bermutu.

* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.

Be the first to comment - What do you think?