Koleksi Motivasi
Koleksi Motivasi
Koleksi Motivasi
Memang kita sukar meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Lalu tatkala berada di persimpangan untuk memilih sesuatu yang terbaik, kita sering memejamkan mata dan meneruskan langkah, dengan menaruh harapan itulah yang terbaik buat kita.
Apakah tindakan kita itu betul?

Jangan Was-was
Sama ada ia terbaik atau sebaliknya, sekali kita telah mengambil keputusan dan berjalan di atasnya, kita memang tidak boleh berpatah balik. Sekali kita melangkah untuk mencapai matlamat kita, kita memang tidak harus berasa was-was lagi. Mengapa harus berpatah balik jika itulah langkah yang telah kita yakini paling tepat untuk kita? Masa hadapan tiada siapa tahu, apa yang dilakukan hari ini adalah mukaddimah kepada satu kejayaan ataupun satu kegagalan di hari muka. Pokoknya, kita harus melangkah.
Sebagai seorang manusia yang cintakan kecemerlangan kita perlu meneruskan usaha. Sama ada kita yakini keputusan yang kita buat itu terbaik atau sebaliknya, langkah perlu terus diorak. Jadi, mengapa harus was-was dengan pilihan yang dibuat?
Mengapa Berasa Sangsi?
Jika anda telah mengambil seseorang untuk dijadikan pasangan hidup, setelah anda membuat pilihan dan merasmikan pilihan anda melalui ijab dan kabul, anda tidak boleh berpatah balik. Mengapa mesti berpatah balik? Mengapa mesti menoleh-noleh dan berasa sangsi dengan pilihan anda itu? Mengapa tidak teruskan sahaja dan mendapatkankecemerlangan di situ?
Demikian juga jika anda seorang wanita yang telah memilih seorang lelaki untuk bernama suami. Mengapa setelah membuat keputusan dan menerimanya sebagai seorang suami anda masih berdolak-dalik dengan menyatakan anda telah tersalah pilih? Mengapa harus sangsi, mengapa harus mempertikaikan keputusan yang telah dibuat?
Rasa Sangsi Permainan Syaitan
Rasa sangsi atau was-was apakah pilihan anda itu terbaik atau tidak akan hanya menyebabkan hati anda dipermainkan-mainkan oleh syaitan. Syaitan memang mencari peluang menusuk jarum hasutannya supaya rumah-rumah anda goyah kerana anda tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pasangan hidup anda itu. Kebahagian 100% yang sepatutnya anda nikmati tidak dapat anda kecapi sebab ada sangsi, was-was dan merasakan ada pilihan yang lebih baik di luar sana daripada pilihan yang telah di buat.
Mengapa perlu begitu? Mengapa tidak anda mantapkan hati dan terus membina kecemerlangan hidup rumah tangga bersama si dia yang telah anda pilih dan merelakan diri untuk bergelar suami atau isteri melalui lafaz ijab dan kabul.
Yakini Pasangan Anda Adalah Yang Terbaik
Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda dan tiada orang lain yang lebih baik daripadanya. Tumpukan sepenuh perhatian terhadapnya dan berikan kasih sayang sepenuhnya kepada dia. Jika pasangan anda juga demikian, tidakkah kecemerlangan dan kebahagiaan adalah jawapan kepada kehidupan anda nanti?
Malangnya, kalau kita jengok-jengok sejenak keadaan di sekeliling kita, kita akan melihat, mendengar atau terjebak dengan situasi kalut, di mana seorang isteri menyangka ada ramai lagi lelaki di luar sana yang lebih baik daripada suaminya. Atau menyangka ramai lagi lelaki yang masih tertarik kepadanya. Kalaulah dia memilih si anu si anu, alangkah baiknya. Demikian juga seorang suami yang merasakan dia telah membuat pilihan yang salah kerana masih ramai wanita yang sedia memberikan layanan yang lebih baik daripada yang diterimanya kini. Mengapa begitu? Sampai bila hendak berasa rumput di seberang sungai lebih hijau dan subur daripada yang dihadapan mata? Sampai bila hendak mengangan-angankan sesuatu yang di luar jangkauan, sedangkan yang pasti sudah sedia disisi? Alangkah baiknya menganggap pilihan yang asal itulah yang terbaik dan membina kecemerlangan di situ?
Demikian juga dalam apa jua hal dan keadaan. Dalam bidang pekerjaan misalnya, setelah anda memohon sesuatu jawatan dan mendapat jawatan itu, mengapa masih ada rasa sangsi, was-was dan tidak bekenan? Bukankah itu akan hanya menyebabkan anda malas, lemah, tiada motivasi diri dan lemban untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu?
Lalu, jawapannya apa? Anda tidak akan muncul sebagai seorang yang cemerlang. Orang lain semakin mahir anda masih tertolak-tolak untuk membuat sesuatu. Orang lain sudah mendapat pangkat dan gaji yang lumayan, anda masih di takuk yang lama. Masih berwas-was, masih berkalau-kalau, masih tidak percaya pilihan anda itu yang terbaik. Justeru, di manakah sudahnya? Mengapa perlu berdolak-dalik dengan pilihan yang telah dibuat? Setiap dolak-dalik, sangsi dan was-was akan hanya menyebabkan anda kehilangan hormat diri. Natijahnya anda akan gagal dan berada jauh dari kecemerlangan.

Keputusan Memerlukan Kesungguhan dan Keyakinan
Sebagaimana memilih pasangan hidup, memilih kerjaya, apa juga keputusan yang perlu anda buat sebenarnya menuntut kesungguhan, keyakinan dan kemantapan hati. Hanya dengan kesungguhan dan keyakinan anda akan berjaya, hanya dengan kemantapan hati anda akan dihormati.
Maka hargailah pasangan anda. Yakinilah dia insan terbaik yang telah ditentukan buat anda. Binalah kecemerlangan melalui dia di sisi. Bantulah minda anda membina imaginasi yang adil, tenang dan bulai…
Artikel Rujukan:
Membina Hati Bahagia; penulis Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Fasilitator yang berkesan adalah seorang yang mempunyai peribadi yang mantap dan berwibawa dan mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya diterima oleh kumpulan. Fasilitator adalah orang yang sangat menjadi perhatian dan tumpuan oleh para peserta di dalam sesuatu kursus atau bengkel. Akan tetapi ramai dikalangan kita yang masih kabur tentang fungsi dan peranan sebenar menjadi fasilitator program sehingga mengakibatkan sesuatu program itu menjadi hambar dan adakala objektif program tidak tercapai dengan sempurnanya. Berikut kami berikan beberapa panduan yang boleh dipraktikkan oleh individu yang menjadi fasilitator.
Fasilitator yang Mendengar Secara Aktif.
Fasilitator begini apabila dia menyoal dia akan tunggu jawapan dengan tekun. Antara ciri yang terserlah adalah kemahirannya menganalisis secara tepat terhadap peserta kumpulannya. Seorang fasilitator yang bijak mencari peluang secara spontan untuk mengeluarkan pandangan untuk difikirkan bersama di dalam kumpulan. Bukan itu sahaja, fasilitator tersebut akan membantu para peserta meningkatkan potensi dan keupayaan peserta dalam berfikir, berkomitmen dan bertindak. Fasilitator begini dikategorikan oleh peserta sebagai fasilitator yang perihatin.

Fasilitator yang Suka Menambah Ilmunya.
Satu perkara yang dianggap hebat adalah berdasarkan tabiatnya yang suka mengumpul maklumat tidak kira samada ianya dalam bentuk ilmiah atau pengetahuan am. Seorang fasilitator adalah manusia yang sangat dahagakan ilmu. Dia suka membaca dan bertanya bagi mendapatkan maklumat dan suka berkongsi buah fikiran. Sikapnya yang suka berkongsi kemampuan dan haknya dengan orang lain menjadikan dia disenangi. Sebagai seorang yang banyak membaca dia mampu berbual dan berbincang dalam pelbagai tajuk dan perkara dengan para pesertanya.
Dalam mencari dan berkongsi ilmu dia tidak lokek. Dalam dirinya sudah tertanam niat yang baik, (“kalau boleh dia mahu menjadi penyampai maklumat yang banyak”). Mungkin kerana sikapnya yang beginilah dia mudah dihampiri dan mudah jadi mesra. Dia tidak malu memperkatakan, ” Maafkan saya, saya tidak tahu perkara ini. Boleh tak saudara terangkan pada saya?” Ketika mendengar sebarang penjelasan seorang fasilitator akan mendengar dengan tekun. Sudah tentu orang yang menjelaskan juga akan berkelakuan bersungguh-sungguh apabila melihat fasilitator berbuat demikian.
Fasilitator Berkebolehan Merancang dan Mengatur
Fasilitator yang bijak dapat menyampaikan pembelajaran tanpa memberitahu apa yang patut dibuat. Perkara ini akan berlaku apabila fasilitator tidak menguasai majlis dan berkecuali semasa kumpulan mencari jawapan dan kesimpulan. Kebolehan merancang dan mengatur yang terdapat pada seorang fasilitator akan sentiasa dilihat sebagai sifat keunggulannya. Dia mampu membuat kesimpulan daripada maklumat yang diberikan oleh kumpulan. Kecekapannya menganalisis dan mencerakin membolehkan dia memahami dan mentafsir maklumat dan menjelaskannya. Rumusan yang disusun dengan kata-kata yang kemas mudah difahami oleh pendengarnya.
Admin: Ikuti sambungan topik ini di posting yang akan datang.
Saban hari kita akan melalui banyak kerugian yang kadangkala datang tanpa disedari. mahupun anda sedar akannya. Ramai yang memandang enteng akan kerugian dari segi masa, ini mungkn kerana masa itu tidak nampak fizikalnya berbanding dengan wang. Kerugian yang melibatkan kewangan pula mungkin membuatkan dada sempit apatah lagi pendapatan isi rumah anda adalah terhad. Kerugian ini mungkin berlaku kerana sikap negatif diri sendiri ataupun pengurusan kewangan yang lemah. Mari kita semak apakah punca kerugian yang sering berlaku disekeliling kita.
Sikap Kurang Berhati-hati

Sikap yang kurang berhati-hati ini boleh menyebabkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh diri sendiri malah orang lain pun mungkin akan terlibat sama.. Sikap kurang berhati- hati terutama sewaktu berada di jalan raya samada anda menggunakan pengangkutan sendiri ataupun awam ke tempat kerja mahupun ke destinasi yang ingin dituju boleh memberi risiko kepada kerugian. Kerana kurang berhati-hatilah berlaku kemalangan ataupun kecederaan yang memerlukan kos membaiki ataupun kos perubatan di hospital. Jika ingin mengelakkan kerugian anda semestinya mematuhi peraturan jalan seperti mematuhi lampu isyarat, had laju dibenarkan, meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan dan juga sebagainya. Ingat! kerugian mampu dielakkan jika kita punya kesedaran terhadap itu.
Sikap Gopoh / Terburu-buru

Sikap ini juga boleh mendorong kepada kerugian. Banyak perkara yang menjadi punca kepada sikap kegopohan ini, antaranya kerana kesesakan jiwa, terburu-buru, dihambat masa, sifat semulajadi dan sebagainya. Kerana kegopohan inilah fikiran mula menjadi bercelaru, emosi jadi tidak terkawal, perancangan menjadi hampa dan pemikiran jadi sempit.
Kegopohan biasanya menyebabkan kita terlupa apa yang perlu kita lakukan, apa yang kita bawa, dan apa yang kita sepatutnya lakukan. Bayangkanlah jika sekarang anda sedang tergopoh-gapah menuju ke KLIA untuk penerbangan ke luar negara. Setelah sampai di KLIA anda baru sedar bahawa anda telah tertinggal passport di rumah. Samada anda berpatah balik untuk mengambilnya atau terpaksa menunggu keluarga anda datang menghantarnya. Jika anda sekarang sudah tiba cmasa untuk heck-in dan anda masih menunggu passport anda, bayangkanlah betapa banyak kerugian yang anda alami? Anda rugi masa, rugi kos perjalanan yang perlu diambil untuk 2 kali perjalanan, atau mungkin rugi yang paling besar adalah anda tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam pesawat kerana masa untuk berlepas sudah tiba. Jadi anda mungkin terpaksa membeli tiket yang lain atau membatalkan perjalanan tersebut. Jadi di situ betambahlah lagi kerugian anda.
Jadi mengapa perlu tergopoh-gapah? Bertenanglah, dan berfikirlah dengan keadaan yang tenang Perancangan anda adalah yang penting. Tidak ada apa yang ruginya jika anda duduk sekejap sebelum melakukan sesuatu, atau catatkan perkara-perkara penting yg perlu anda buat dan sebagainya.
Sikap suka melengah-lengah
Sikap ini juga boleh mengundang kepada kerugian. Sikap yang suka melengahkan pembayaran bil-bil utiliti, saman, pinjaman dan sebagainya akan membuatkan pembayaran tertunda dan jumlahnya akan berhimpun menjadi banyak. Sepertimana contohnya untuk pembayaran balik ansuran bulanan pinjaman kereta, jika anda melengahkan dan menangguhkan bayaran sebanyak 3 kali, kereta anda akan ditarik leh pihak bank dan di situ anda perlu melunaskan 3 bulan ansuran yang tertunda bersama bayaran towing iaitu upah kepada pihak penunda kereta anda dalam anggaran RM500 ke atas. Bayangkan anda telah kerugian sebanyak itu untuk sikap suka bertangguh. Sebaiknya anda listkan perkara-perkara penting seperti pembayaran rumah, kereta, bil, pinjaman dan sebagainya sebelum anda menggunakan kewangan keluarga untuk perkara-perkara lain. Utamakan yang utama!

Selain itu anda mungkin akan berlaku kerugian dari segi masa kerana sikap suka bertangguh ini. Sekiranya anda sepatutnya memerlukan hanya satu jam sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kerja, tetapi anda terpaksa menggunakan hampir satu hari untuk menyiapkan sesuatu kerja yang mudah itu. Kerana anda adalah orang yang suka bekerja mengikut mood dan angin,jadi anda terpaksa menanggung kerugian masa yang mustahil dapat dibeli di mana-mana.
Anda adalah apa yang anda pilih!
“Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (Surah al-An’am: 162-163)
Antara tips untuk mengukur keikhlasan diri :-
* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Spiritual Parenting dalam usaha membantu anda membuka ruang dan peluang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.