Koleksi Motivasi
Koleksi Motivasi
Koleksi Motivasi
“Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (Surah al-An’am: 162-163)
Antara tips untuk mengukur keikhlasan diri :-
* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Spiritual Parenting dalam usaha membantu anda membuka ruang dan peluang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.
* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Pengurusan Stress dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.

Di sini kami sediakan satu ujian untuk menguji sejauh mana anda gembira dengan kehidupan ini dan adakah anda benar2 bahagia dengan apa yang anda ada sekarang.
1 ) Langkah Pertama
Senaraikan 10 perkara yang membuatkan anda gembira.
( Berkaitan Kehidupan / Keluarga / Diri / Anugerah atau sebagainya )
2) Langkah Kedua
Setelah anda menyenaraikan kesemua sepuluh perkara tersebut, jadi sekarang anda tukarkan perkara yang menggembirakan itu kepada sebaliknya. Jika anda tidak dapat memiliki atau rasai kegembiraan itu, adakah anda akan masih gembira tanpanya ataupun anda akan berada dalam kesedihan?
Contoh:
| Bil | Perkara yang menggembirakan saya |
Saya masih gembira jika saya tidak memilikinya |
Saya akan bersedih jika tidak memilikinya |
| 1 | Kenaikan pangkat |
Ya |
- |
| 2 | Mendapat keluarga bahagia |
- |
Ya |
| 3 | Shopping |
Ya |
- |
| 4 | Percintaan |
- |
Tidak |
| 5 | |||
| 6 | |||
| 7 | |||
| 8 | |||
| 9 | |||
| 10 |
Jawapannya.
1) Jika anda mendapat ‘ Saya masih gembira ….’ itu lebih banyak, bermakna anda ialah seorang yang bersyukur dan tidak mudah bersedih jika tidak dapat memiliki sesuatu itu. Anda juga seorang yang boleh berdiri sendiri dan boleh mencipta kebahagiaan walaupun tanpa bantuan orang atau perkara lain. Anda mudah merasa puas hati dengan sesuatu perkara yang anda lakukan atau miliki, jadi jika anda tidak berjaya juga ia tidak memberi kesan yang besar dalam kehidupan anda.
2) Jika anda mendapat ‘ Saya akan bersedih……’ itu lebih banyak, bermakna anda seorang yang terlalu bergantung dengan sesuatu dan orang untuk menjamin kebahagiaan dan kegembiraan anda. Anda mudah merasai kesedihan dan bersendirian jika tidak mendapat itu atau ini seperti kehendak anda. Anda juga seorang yang cepat kecewa dan jika berlaku sesuatu kemalangan atau kematian, andalah orang yang paling sedih dan seolah-olah putus semua harapan dan anda tidak mahu meneruskan kehidupan.
3) Jika anda mendapat markah yang sama dan seimbang kedua-duanya, anda pula adalah seorang yang seimbang, cenderung menjadi orang yang bergantung dan cenderung menjadi sebaliknya. Anda seorang yang adakalanya menjadi mudah sedih dan adakalanya menjadi kuat. Sebaiknya setelah anda tahu keadaan emosi anda ini, anda boleh berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sesuatu untuk gembira.
Jadi, anda dalam kategori mana? Selamat Bermotivasi!
”Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian ”

Jika anda percaya pada diri anda, dengan semangat dan azam yang kuat, anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip: ”Aku hanya akan hidup hari ini!” prinsip inilah yang menyibukkan diri anda tiap-tiap saat supaya sentiasa memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi dan mengikhlaskan diri pada setiap amalan.”
-DR.AID ABDULLAH AL-QARNI-
* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Motivasi Potensi dalam usaha membantu anda membuka peluang dan ruang bagi mengubah hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.