Elakkan kerugian dalam hidup seharian anda.
Saban hari kita akan melalui banyak kerugian yang kadangkala datang tanpa disedari. mahupun anda sedar akannya. Ramai yang memandang enteng akan kerugian dari segi masa, ini mungkn kerana masa itu tidak nampak fizikalnya berbanding dengan wang. Kerugian yang melibatkan kewangan pula mungkin membuatkan dada sempit apatah lagi pendapatan isi rumah anda adalah terhad. Kerugian ini mungkin berlaku kerana sikap negatif diri sendiri ataupun pengurusan kewangan yang lemah. Mari kita semak apakah punca kerugian yang sering berlaku disekeliling kita.
Sikap Kurang Berhati-hati

Sikap yang kurang berhati-hati ini boleh menyebabkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh diri sendiri malah orang lain pun mungkin akan terlibat sama.. Sikap kurang berhati- hati terutama sewaktu berada di jalan raya samada anda menggunakan pengangkutan sendiri ataupun awam ke tempat kerja mahupun ke destinasi yang ingin dituju boleh memberi risiko kepada kerugian. Kerana kurang berhati-hatilah berlaku kemalangan ataupun kecederaan yang memerlukan kos membaiki ataupun kos perubatan di hospital. Jika ingin mengelakkan kerugian anda semestinya mematuhi peraturan jalan seperti mematuhi lampu isyarat, had laju dibenarkan, meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan dan juga sebagainya. Ingat! kerugian mampu dielakkan jika kita punya kesedaran terhadap itu.
Sikap Gopoh / Terburu-buru

Sikap ini juga boleh mendorong kepada kerugian. Banyak perkara yang menjadi punca kepada sikap kegopohan ini, antaranya kerana kesesakan jiwa, terburu-buru, dihambat masa, sifat semulajadi dan sebagainya. Kerana kegopohan inilah fikiran mula menjadi bercelaru, emosi jadi tidak terkawal, perancangan menjadi hampa dan pemikiran jadi sempit.
Kegopohan biasanya menyebabkan kita terlupa apa yang perlu kita lakukan, apa yang kita bawa, dan apa yang kita sepatutnya lakukan. Bayangkanlah jika sekarang anda sedang tergopoh-gapah menuju ke KLIA untuk penerbangan ke luar negara. Setelah sampai di KLIA anda baru sedar bahawa anda telah tertinggal passport di rumah. Samada anda berpatah balik untuk mengambilnya atau terpaksa menunggu keluarga anda datang menghantarnya. Jika anda sekarang sudah tiba cmasa untuk heck-in dan anda masih menunggu passport anda, bayangkanlah betapa banyak kerugian yang anda alami? Anda rugi masa, rugi kos perjalanan yang perlu diambil untuk 2 kali perjalanan, atau mungkin rugi yang paling besar adalah anda tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam pesawat kerana masa untuk berlepas sudah tiba. Jadi anda mungkin terpaksa membeli tiket yang lain atau membatalkan perjalanan tersebut. Jadi di situ betambahlah lagi kerugian anda.
Jadi mengapa perlu tergopoh-gapah? Bertenanglah, dan berfikirlah dengan keadaan yang tenang Perancangan anda adalah yang penting. Tidak ada apa yang ruginya jika anda duduk sekejap sebelum melakukan sesuatu, atau catatkan perkara-perkara penting yg perlu anda buat dan sebagainya.
Sikap suka melengah-lengah
Sikap ini juga boleh mengundang kepada kerugian. Sikap yang suka melengahkan pembayaran bil-bil utiliti, saman, pinjaman dan sebagainya akan membuatkan pembayaran tertunda dan jumlahnya akan berhimpun menjadi banyak. Sepertimana contohnya untuk pembayaran balik ansuran bulanan pinjaman kereta, jika anda melengahkan dan menangguhkan bayaran sebanyak 3 kali, kereta anda akan ditarik leh pihak bank dan di situ anda perlu melunaskan 3 bulan ansuran yang tertunda bersama bayaran towing iaitu upah kepada pihak penunda kereta anda dalam anggaran RM500 ke atas. Bayangkan anda telah kerugian sebanyak itu untuk sikap suka bertangguh. Sebaiknya anda listkan perkara-perkara penting seperti pembayaran rumah, kereta, bil, pinjaman dan sebagainya sebelum anda menggunakan kewangan keluarga untuk perkara-perkara lain. Utamakan yang utama!

Selain itu anda mungkin akan berlaku kerugian dari segi masa kerana sikap suka bertangguh ini. Sekiranya anda sepatutnya memerlukan hanya satu jam sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kerja, tetapi anda terpaksa menggunakan hampir satu hari untuk menyiapkan sesuatu kerja yang mudah itu. Kerana anda adalah orang yang suka bekerja mengikut mood dan angin,jadi anda terpaksa menanggung kerugian masa yang mustahil dapat dibeli di mana-mana.
Anda adalah apa yang anda pilih!
Tips Mengukur Keikhlasan Hati
“Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (Surah al-An’am: 162-163)
Antara tips untuk mengukur keikhlasan diri :-
- Adakah anda membaca Al-Quran bertujuan untuk dapat hadiah besar atau mendapat sesuatu ganjaran? Kalau tidak anda malas atau langsung tidak membacanya. Ini tanda hati anda tidak ikhlas.
- Apakah anda menderma dengan bersyarat, misalnya mesti ditulis atau disiarkan dalam akhbar dan tv? ini juga tanda hati anda tidak ikhlas andai benar memerlukan syarat sedemikian.
- Pernahkah anda tidak melakukan sembahyang sunat sewaktu di rumah tetapi anda melakukannya lebih banyak jika anda berada di masjid? Mungkinkah anda melakukannya kerana takut orang kata atau malu pada orang. Itu tanda tidak ikhlas.
* Fitrah Power turut mengadakan Kursus Spiritual Parenting dalam usaha membantu anda membuka ruang dan peluang hidup. Makluman bagi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak kami.
Test Kegembiraan dan Kesedihan anda…

Di sini kami sediakan satu ujian untuk menguji sejauh mana anda gembira dengan kehidupan ini dan adakah anda benar2 bahagia dengan apa yang anda ada sekarang.
1 ) Langkah Pertama
Senaraikan 10 perkara yang membuatkan anda gembira.
( Berkaitan Kehidupan / Keluarga / Diri / Anugerah atau sebagainya )
- __________________________
- __________________________
- __________________________
- __________________________
- __________________________
- __________________________
- __________________________
- __________________________
- __________________________
- __________________________
2) Langkah Kedua
Setelah anda menyenaraikan kesemua sepuluh perkara tersebut, jadi sekarang anda tukarkan perkara yang menggembirakan itu kepada sebaliknya. Jika anda tidak dapat memiliki atau rasai kegembiraan itu, adakah anda akan masih gembira tanpanya ataupun anda akan berada dalam kesedihan?
Contoh:
| Bil | Perkara yang menggembirakan saya |
Saya masih gembira jika saya tidak memilikinya |
Saya akan bersedih jika tidak memilikinya |
| 1 | Kenaikan pangkat |
Ya |
- |
| 2 | Mendapat keluarga bahagia |
- |
Ya |
| 3 | Shopping |
Ya |
- |
| 4 | Percintaan |
- |
Tidak |
| 5 | |||
| 6 | |||
| 7 | |||
| 8 | |||
| 9 | |||
| 10 |
Jawapannya.
1) Jika anda mendapat ‘ Saya masih gembira ….’ itu lebih banyak, bermakna anda ialah seorang yang bersyukur dan tidak mudah bersedih jika tidak dapat memiliki sesuatu itu. Anda juga seorang yang boleh berdiri sendiri dan boleh mencipta kebahagiaan walaupun tanpa bantuan orang atau perkara lain. Anda mudah merasa puas hati dengan sesuatu perkara yang anda lakukan atau miliki, jadi jika anda tidak berjaya juga ia tidak memberi kesan yang besar dalam kehidupan anda.
2) Jika anda mendapat ‘ Saya akan bersedih……’ itu lebih banyak, bermakna anda seorang yang terlalu bergantung dengan sesuatu dan orang untuk menjamin kebahagiaan dan kegembiraan anda. Anda mudah merasai kesedihan dan bersendirian jika tidak mendapat itu atau ini seperti kehendak anda. Anda juga seorang yang cepat kecewa dan jika berlaku sesuatu kemalangan atau kematian, andalah orang yang paling sedih dan seolah-olah putus semua harapan dan anda tidak mahu meneruskan kehidupan.
3) Jika anda mendapat markah yang sama dan seimbang kedua-duanya, anda pula adalah seorang yang seimbang, cenderung menjadi orang yang bergantung dan cenderung menjadi sebaliknya. Anda seorang yang adakalanya menjadi mudah sedih dan adakalanya menjadi kuat. Sebaiknya setelah anda tahu keadaan emosi anda ini, anda boleh berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sesuatu untuk gembira.
Jadi, anda dalam kategori mana? Selamat Bermotivasi!
Cuba Amalkan 15 Minit Sehari
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima kasih kepada semua Sahabat Fitrah kerana terus menyokong laman web motivasi Islam ini. Setiap hari kesibukan sentiasa mengejar diri kita. Terlalu banyak kesibukan yang mengejar masa untuk kita beribadah. Kekadang kita menyedari masa ibadah kita semakin berkurangan tetapi kita masih menunggu peluang untuk masa yang sesuai, barulah kita ingin melaksanakan tuntutan ibadah kita. Terutama dalam membaca Al-Quran, ramai di antara kita meletakkan pandangan membaca Al-Quran memerlukan masa yang panjang.
Kononnya masa yang singkat dan terkejar-kejar, tidak ada penghayatan. Tapi sebenarnya banyak masa kita terbuang begitu sahaja kerana tanggapan yang sebegini.
Sebenarnya hanya 15 minit sehari sudah memadai membaca Al-Quran untuk anda yang sibuk dengan kerja. Tahukah anda dalam masa 15 minit ini, pada tahap pembacaan orang biasa anda telah pun membaca dalam lingkungan 2-3 muka surat daripada mushaf Al-Quran. Bayangkan jika 15 minit ini anda amalkan dalam masa seminggu, bererti anda telah pun menghabiskan 14-21 muka surat daripada Al-Quran. Jika dalam masa 15 minit ini juga anda rasakan terlalu lama bagi anda, ambillah 5 minit setiap kali selepas solat untuk baca Quran. Insya Allah kita sama-sama amalkan tip ibadah ini dalam kehidupan kita bersama.



