Fitrah Power – Kursus Motivasi Tingkatkan Keupayaan Diri
 

Archive for the ‘Program’ Category

Shadow

Kem Remaja SPIES Tahap Pemantapan DUN Selat Klang.

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Kami baru sahaja selesai menjalankan Kem Remaja SPIES tahap Pemantapan bagi DUN Selat Klang pada 14 – 15 November 2009 yang lepas di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat Selangor. Kehadiran peserta seramai 82 orang dengan kawalan dan pengawasan fasilitator berpengalaman seramai 10 orang adalah amat bersesuaian dan mencukupi. Para peserta dihadiahi pengisian program yang mencabar dan menarik sebagai pakej menghadiri program secara percuma anjuran SUK Selangor ini. Antara pengisian yang menarik adalah sesi muhasabah Anak Harapan, FLYING FOX, Jungle Tracking dan Inspirasiku. Keseronokan yang diselangi pengisian kerohanian ini adalah satu gabungan yang mantap dalam usaha melahirkan generasi berilmu dan berintegriti demi menjamin masa depan pelapis cilik kita. Segala usaha ini adalah kerana kecintaan kepada Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta.

Read More…

Shadow

Program SPIES Tahap Pemantapan DUN Teratai, Dusun Tua dan Bukit Puchong.

Assalamualaikum wbt….

Makluman Kem Remaja SPIES Tahap Pemantapan bagi DUN Teratai, Dusun Tua dan Puchong di Lembah Azwen, Hulu Langat Selangor pada 10-11 Oktober 2009 Sabtu & Ahad. Penyertaan terbuka kepada para peserta yang telah melalui Kem Remaja SPIES Tahap Asas pada 18-19 Julai 2009 di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Dengkil Sepang Selangor. Para peserta boleh menghubungi wakil DUN masing-masing untuk pengesahan kehadiran dan penyertaan selewat-lewatnya pada Jumaat, 9 Okt 2009.

Read More…

Shadow

Kem Remaja SPIES [siri 5] DUN Seri Serdang dan Seri Kembangan

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah… Fitrah Power telah selesai melaksanakan Kem Remaja SPIES di Excel Training dengan kehadiran peserta yang diluar jangkaan iaitu 135 orang iaitu terdiri daripada kalangan bangsa Melayu, India dan China pada 25-26 Julai 2009. Reaksi dan komen yang positif kami terima daripada peserta, antaranya ialah program SPIES ini bukan hanya sesuai kepada orang Islam tetapi pengisiannya bersifat universal yang mana boleh disertai oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa, agama dan pegangan. Ikatan dan jalinan ukhwah yang diterapkan melalui setiap modul dan aktiviti telah membuatkan kesemua peserta tidak kira bangsa dapat bersatu dan bertukar-tukar pendapat sesama ahli kumpulan.

Read More…

Shadow

Kem Remaja SPIES Siri 4 – DUN Teratai dan Dusun Tua

Gambar-gambar kenangan SPIES siri ke 4 di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Dengkil Sepang Selangor.

sdc11290-copy

Read More…

Shadow

Program 3K Belia Bestari [ Besut, Terengganu dan Temerloh, Pahang ]

kementerian-belia-dan-sukan

Assalamualaikum wbt…

Fitrah Power mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang masih setia mengunjungi laman kami ini. Fitrah Power kini  berada di Kompleks Rakan Muda, Besut Terengganu untuk bersama para belia daripada Kelantan dan Terengganu dalam merealisasikan harapan dan tanggungjawab yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di bawah Program Belia Bestari bermula 25 Jun sehingga 1 Julai 2009. Program yang melibatkan lebih 100 peserta di kalangan belia ini adalah mensasarkan kepada objektif penyaluran para belia ke dalam bidang ataupun lapangan yang  bersesuaian dengan minat dan potensi yang dimiliki dalam usaha melahirkan modal insan yang gemilang dan cemerlang. Proses mengklasifikasikan potensi dan bakat belia ini memerlukan modul dan latihan yang cerap bagi menghasilkan natijah yang jayyidah. Insyallah, doakan kejayaan kami mendidik dan membimbing para belia pelapis generasi muslim ini, semoga syafaatnya nanti dapat dinikmati bersama. wallahua’alam.

Read More…

Shadow