Logo Background RSS

» Program

  • Kem Remaja SPIES Siri 4 – DUN Teratai dan Dusun Tua
    July 16th, 2009 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Gambar-gambar kenangan SPIES siri ke 4 di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Dengkil Sepang Selangor.

    sdc11290-copy

    sdc11278

    sdc11304-copy

    logo_spies_2009

    Assalamualaikum wbt…

    Kali ni team Fitrah Power akan berada di Nur Bukit Unggul akan pada 18-19 Julai 2009 ( Sabtu dan Ahad) ini untuk mengendalikan Kem Remaja SPIES [siri 4]. Peserta adalah melibatkan 2 DUN iaitu DUN Teratai dan Dusun Tua.

    Fitrah Power menjanjikan program yang terbaik buat adik2 peserta yang terlibat dalam mencapai misi menjana generasi muslim pelapis yang bakal mentadbir dan membangunkan agama dan bangsa pada masa hadapan.

    Sesiapa yang berminat untuk menyertai Kem Remaja SPIES ini di masa akan datang boleh mendaftar kepada Nuriah di talian 017 2192502 atau pejabat 03 89256725 ataupun kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator, anda boleh menghantar resume ke alamat info@fitrahpower.com.

    Sekian Wassalam…

  • Program 3K Belia Bestari [ Besut, Terengganu dan Temerloh, Pahang ]
    June 24th, 2009 | 11 Komen11 Comments Comments

    kementerian-belia-dan-sukan

    Assalamualaikum wbt…

    Fitrah Power mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang masih setia mengunjungi laman kami ini. Fitrah Power kini  berada di Kompleks Rakan Muda, Besut Terengganu untuk bersama para belia daripada Kelantan dan Terengganu dalam merealisasikan harapan dan tanggungjawab yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di bawah Program Belia Bestari bermula 25 Jun sehingga 1 Julai 2009. Program yang melibatkan lebih 100 peserta di kalangan belia ini adalah mensasarkan kepada objektif penyaluran para belia ke dalam bidang ataupun lapangan yang  bersesuaian dengan minat dan potensi yang dimiliki dalam usaha melahirkan modal insan yang gemilang dan cemerlang. Proses mengklasifikasikan potensi dan bakat belia ini memerlukan modul dan latihan yang cerap bagi menghasilkan natijah yang jayyidah. Insyallah, doakan kejayaan kami mendidik dan membimbing para belia pelapis generasi muslim ini, semoga syafaatnya nanti dapat dinikmati bersama. wallahua’alam.

    dsc011791

    Aktiviti Kesukarelaan di Pantai Bukit Keluang Besut Terengganu; mendidik jiwa pengasih dan penyayang.

    2009-258

     Hasil Kerja Kumpulan; Lakaran Seni Pasir

    dsc01277

     Persembahan Pengucapan Awam; Khutbah Jumaat oleh Adik Hakim

    sdc11083

     Aktiviti senaman dan Cergas Fizikal; Chicken Dance & Poco-poco

    sdc10991

    Slot Keusahawanan disampaikan oleh Encik Abdul Rahman bin Muhammad

    ( Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Usahawan MARA Terengganu)

    sdc11008

    Kembara Fitrah; Menguji kecekapan dan ketangkasan dalam membuat keputusan dan tugas secara berkumpulan.

    sdc11020

  • Kem Remaja SPIES [Siri 1]
    May 12th, 2009 | 4 Komen4 Comments Comments

    Assalamualaikum wbt…

    Salam mahabbah wa rahmah buat semua pengunjung website ini yang sentiasa setia bersama kami Fitrah Power Resources. Alhamdulillah, Kem Remaja SPIES telah pun berjaya dilaksanakan pada minggu lepas iaitu pada 9 – 10 Mei 2009 di Nur Bukit Unggul Eco Resort Dengkil Sepang dengan jumlah penyertaan peserta yang mencapai target. Kem Remaja SPIES tahap asas bagi siri 1 ini adalah melibatkan DUN Bangi dan DUN Kajang. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang terpaksa dilalui sepanjang program ini, namun respon positif yang kami terima daripada kalangan peserta memberikan kami kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik kepada mereka sehinggalah ke hari akhir program.

    Bukan mudah untuk mengubah mentaliti remaja masa kini yang lebih terarah kepada pengaruh-pengaruh barat dan unsur-unsur negatif yang semakin merebak dengan luas dan pantasnya. Namun begitu, kita sebagai khalifah Allah SWT yang mendukung tanggungjawab menjaga amanah dan agama Allah ini tidak seharusnya diam berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja remaja-remaja ini terus hanyut dengan dunia ciptaan mereka, tetapi sebaliknya membimbing dan memandu mereka melalui jalan-jalan yang sebaiknya yang harus mereka lalui. Oleh kerana itulah Kem Remaja SPIES dilaksanakan untuk remaja-remaja, mudah-mudahan kita dapat menyelamatkan generasi pelapis ini kerana merekalah yang kelak akan memartabatkan agama dan negara di mata dunia, insyallah. 

    ceramah

    dd1

    fizikal

     physicalspies

    time-management