Logo Background RSS

» Siri Tauladan

  • Semangat Ummu Salamah r.a
    August 18th, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Assalamualaikum buat semua Sahabat Fitrah.
    Marilah kita sama-sama menghayati kisah perjuangan ini.

    Lembaran sejarah hijrah umat Islam ke Madinah, tidak mampu melupakan perjuangan seorang ibu dengan seorang puterinya yang masih muda.

    Kedua-duanya, melakukan hijrah hanya dengan menunggang unta tanpa ditemani oleh seorang lelaki. Perjalanan yang menuntut kesabaran dan tekad yang tinggi telah membuatkan Ummu Salamah dan ibunya Hindun bin Abi Umayyah berjalan menembusi kegelapan malam, melewati hangatnya padang pasir dan mengharungi perjalanan meletihkan lebih kurang 400km.

    Ummu Salamah adalah puteri dari pemimpin Bani Mughirah, Abi Umayyah. Parasnya jelita dan ia adalah seorang yang cerdas. Setelah menginjak usia remaja dirinya telah dikahwinkan dengan Abdullah bin Abdul Asad Al-Makhzumi. Lalu berkat hidayah Allah SWT kedua-duanya menyatakan keislamannya.

    Ketika kaum Muslimin berhijrah ke Madinah, kedua-duanya turut serta walaupun masa yang berbeza. Abdullah (Abu Salamah) berangkat terlebih dahulu, setelah itu Ummu Salamah menyusul seorang diri dengan anaknya. Lalu mulailah mereka berdua menjalani kehidupannya bersama anak-anaknya di Kota Madinah tercinta.

    Tapi tak lama kemudian Abu Salamah meninggal dunia akibat luka yang dideritanya semenjak perang Uhud Akhirnya Ummu Salamah pun seorang diri mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Kemudian datanglah Abu Bakar r.a untuk melamarnya, juga Umar bin Khattab r.a. Namun dengan lemah lembut kedua lamaran tersebut ia kembalikan.

    Setelah itu datang pula utusan Rasulullah SAW untuk meminangnya. Ummu Salamah pun menolaknya dengan berbagai pertimbangan. Namun setelah mendapat penjelasan dari Rasulullah SAW akhirnya ia menerima lamaran tersebut.

    Diantara para isteri Rasulullah SAW, Ummu Salamah adalah isteri yang tertua. Dan untuk menghormatinya, Rasulullah SAW sebagaimana kebiasaannya sehabis solat Ashar, beliau mengunjungi isteri-isterinya maka beliau memulainya dengan Ummu Salamah r.a dan mengakhirinya dengan Aisyah r.a. Ummu Salamah wafat pada usia 84 tahun, bulan Zulkaaedah, tahun 59 Hijrah atau 62 Hijrah dan dikebumikan di Baqi`.

  • Menteri Yang Kudung Kaki Dan Tangan
    July 10th, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Ibnu Ata’ yang beriktikad seperti Al-Hallaj telah dituduh sebagai seorang ahli bid’ah oleh Wazir bin Isa . Ibnu Ata’ telah menjawab segala tuduhan itu dengan kata-kata yang kasar sehingga menyebabkan Wazir Ali marah dan meradang. Dia telah memanggil hamba-hambanya agar memukul Ibnu Ata’ dengan kasutnya sehingga mati. Kepala Ibnu Ata’ pecah-pecah, mukanya lebam dan darah mengalir di sekujur tubuhnya.

    Ketika dalam penyeksaan itu, Ibnu Ata’ mengutuk Wazir Ali dengan berdoa: “Semoga Allah memotong kaki dan tangan engkau.” Mendengar itu, Wazir Ali menjadi gerun dan takut, tapi dia malu untuk meminta maaf. Malah dia bertambah marah dan menyuruh agar penyiksaan terhadap tokoh sufi itu diperhebat sehingga Ibnu Ata’ wafat tujuh hari kemudian. Di suatu ketika apabila Ibnu Ata’ telah wafat, khalifah murka kepada Wazir Ali bin Isa dan memerintahkan agar dia dihukum potong tangan dan kakinya. Maka dijalankanlah hukuman ke atas Wazir yang telah menyeksa Ibnu Ata’ itu. Kini Wazir Ali bin Isa telah menjadi kudung tangan dan kaki sesuai dengan doa Ibnu Ata’. Beberapa ulama sufi menyalahkan Ibnu Ata’ dengan berkata: “Jikalau melalui doa-doanya dia dapat memperbaiki manusia, mengapa dia mengutuk Wazir Ali bin Isa? Seharusnya dia mendoakan untuk keselamatannya.” Akan tetapi sesetengah tokoh sufi yang lain membela Ibnu Ata’ dengan berkata: “Mungkin sekali Ibnu Ata’ mengutuk si Wazir untuk membela kaum Muslimin yang lain kerana dia terkenal sebagai seorang wazir yang zalim.