Menjadi Trainer ( Jurulatih ) yang Handal II
TIP MENJADI TRAINER YANG BERJAYA
Untuk menjadikan trainer berjaya dalam menjalankan tugasnya membimbing peserta, ada beberapa tip yang harus digunakan;
- Bina keakraban dan saling percaya
- Supaya anda dekat dengan peserta, maka berbicaralah dengan peserta sebagai seorang individu, bukan kumpulan orang tertentu.
- Jadilah sebahagian daripada peserta.
- Libatkan peserta, jangan jadikan mereka hanya sebagai penonton.
- Miliki sense of humor yang tinggi.
- Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh peserta.
- Sentiasa melihat balik bahasa tubuh anda dan komunikasi non verbal yang lain, kerana itulah sebenarnya kekuatan komunikasi anda.
- Berikan pujian kepada peserta apabila mereka berjaya menjawab atau berjaya melakukan tugas dan aktiviti.
- Berbicaralah dengan penuh perasaan
- Jangan kaku dan murahkan dengan senyuman.

PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN SEORANG TRAINER
Jangan sesekali melakukan perkara larangan di bawah untuk mengelakkan latihan anda gagal dan tidak memberi kesan kepada peserta.
- Jangan melakukan ekspresi atau bahasa tubuh lainnya yang dapat dinilai dan dianggap negatif seperti: kaku, tidak mesra, tidak ramah, atau marah.
- Jangan berdebat dengan peserta. Walaupun anda menang dalam perdebatan itu, namun sebenarnya anda sudah kalah sebab anda membuatkan peserta membenci dan memusuhi anda.
- Jangan memaksa mereka mengikut kehendak anda.
- Jangan memalukan peserta, memberikan label atau panggilan buruk ataupun membentak peserta.
- Jangan menilai perasaan dan pemikiran mereka.
- Jangan merendahkan diri anda dihadapan peserta.
Menjadi Trainer ( Jurulatih ) yang Handal
Dalam sesebuah pelatihan, trainer adalah antara individu yang menjadi penggerak utama, dan juga menjadi pusat tumpuan utama peserta semasa memberi pelatihan dan pengarahan. Seorang trainer juga seboleh mungkin membantu peserta dalam menganalisa persoalan-persoalan mengenai masalah-masalah dalam latihan, memberikan nasihat-nasihat yang diperlukan juga informasi-informasi yang diperlukan peserta sehingga mereka dapat mengatasi persoalan yang sedang dihadapi.
FUNGSI TRAINER DALAM PELATIHAN
Selain peranan seperti di atas, seorang trainer juga harus dapat melakukan beberapa hal di bawah ini:
- Mengembangkan konsep pelatihan dalam batas waktu tertentu.
- Menyusun rangkaian proses belajar ( aktiviti dalam latihan )
- Menetapkan tingkat kemampuan yang sebaiknya dicapai peserta.
- Meraih simpati dan kepercayaan dari para peserta pelatihan
- Memiliki konsep diri yang baik dan berkomitmen dalam melaksanakannya.
- Berempati, sehingga mampu dengan cepat mengetahui permasalahan yang dihadapi peserta.
- Mampu melibatkan diri dengan audiens dengan aktif
- Mampu membuat peserta aktif dalam latihan
- Mampu mengatasi tekanan emosional.
TRAINER JUGA MANUSIA
Trainer juga seperti manusia lain, yang punya kelemahan dan bukan seorang yang serba tahu dalam segala perkara, dan tidak terlepas daripada memiliki kekurangan. Mungkin juga trainer akan melakukan kesilapan.
Trainer hanya tahu lebih dahulu atau lebih maju dalam bidang-bidang tertentu daripada peserta, ia memiliki pengalaman dan mempunyai persediaan dalam menyampaikan pengetahuan tertentu yang mungkin lebih dulu dan lebih baik dibanding peserta.
Atas dasar itu, maka ia mempunyai kelebihan untuk membimbing sebuah latihan. Namun ia bukan ‘boss’ bagi peserta. Atas prinsip kesamaan ini akan memberi impak yang positif dalam menciptakan suasana yang kondusif dalam proses memindah maklumat / pengalaman selama pelatihan. Suasana yang akrab dan penuh kekeluargaan akan terbentuk kerana tidak ada jarak antara peserta pelatihan dengan trainer. Hal ini akan meransang peserta untuk aktif dalam latihan.
Trainer membimbing bukan dengan cara memerintah, melainkan dengan cara memberikan contoh, meransang dan mendorong peserta untuk berfikir sendiri untuk menyedari perasaan, pengalaman dan mencari jawapan sendiri.
Ikuti sambungan artikel ini minggu hadapan…

Kredibiliti Dalam Diri…
Kita menyentuh elemen terpenting dalam kredibiliti selain daripada personaliti, menepati janji, kepakaran dan efektif ialah pengurusana masa. Ramai dikalangan kita yang mengakui akan kelemahan dala menguruskan masa mereka. Walaupun menyedari akan kewujudan kelemah tersebut, namun masih ramai yang seakan merelakan dan membiarkan tabiat itu menjadi tabiat yang serasi dengan diri mereka.. Namun sebelum itu, mari kita semak apakah punca yang biasa menjadikan kita seorang yang lemah dalam pengurusan masa di tempat kerja.
1) Tiada perancangan kerja yang teliti dan teratur
2) Sikap malas untuk melakukan kerja yang patut dilakukan (moody)
3) Kurang ilmu dalam menguruskan masa.
4) Mencampur aduk urusan peribadi dengan kerja ( membuat jualan langsung di tempat kerja sehingga terganggu tugas asal )
5) Kurang fokus dengan kerja ( tiada hambatan due date )
6) Tidak dapat mengasingkan masalah peribadi ( masalah rumahtangga dan anak-anak )
Berikut adalah beberapa punca terjadinya pengurusan masa yang lemah berdasarkan perbincangan peserta di dalam kursus yang dikendalikan Fitrah Power. Bermakna ia adalah dapatan yang realiti dan bukan hanya rekaan dan dari dapatan teori. Penyelesaian kepada permasalahan-permasalahan ini akan kami berikan cadangan penyelesaiannya di artikel yang akan datang. Terima kasih
Terapi Solat Dhuha

Asslamualaikum wbt…
Solat Dhuha itu magnet rezeki, pembuka rezeki, penarik rezeki dan bermacam-macam lagi istilah digunakan untuk menunujukkan bahawa Solat Dhuha itu sebagai salah satu cara untuk murah rezeki dan juga alat penghubung supaya Allah bermurah hati untuk menambahkan rezeki buat hamba-Nya. Namun begitu, bukan senang bagi mereka yang tidak pernah melakukan solat ini apatah lagi waktunya itu adalah masa ketika kita baru hendak memulakan pekerjaan di awal pagi. Namun, apabila kita membaca kelebihan-kelebihan solat Dhuha ini, mungkin kita akan lebih bermotivasi untuk mengamalkan solat ini, kalau pun tidak setiap hari, mungkin seminggu sekali.
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Kelebihannya
- Dia tergolong dikalangan orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
- Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga
- Diberikan ketenangan dalam hati dan kepuasan dalam setiap pekerjaan.
- Menarik rezeki dan menolak kepapaan.
- Diberikan rezeki ( bukan sahaja dalam bentuk kemewahan wang ringgit sahaja ) tetapi rezeki anak yang soleh, isteri atau suami yang bertanggungjawab dan menenangkan jiwa, pekerjaan yang halal dan diberkati.
- Allah memudahkan segala urusan
- Diberikan rezeki sihat tubuh badan
- Diberikan rezeki keturunan yang soleh dan dihormati.
- Diberikan rezeki rakan sekerja, jiran-jiran, sanak saudara dan orang sekeliling yang baik budi pekerti.
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.
Rakaatnya
Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.
Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk. Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.
Rakaat Pertama
1. Niat dalam hati dengan berkata, ” Sahaja Saya Solat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah ”
2. Takbir
3. Baca Doa Iftitah
4. BacaTa’awwudz
5. Baca Surah al-Fatihah
6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih
7. Takbir dan rukuk
8. Iktidal dan bacaannya
9.Sujud dan bacaannya
10. Duduk dan Bacaannya
11. Sujud dan bacaannya
12. bangun rakaat kedua dengan takbir.
Rakaat kedua
1. Baca surah al-Fatihah
2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih
3. Takbir dan rukuk
4. Iktidal dan bacaannya
5. Sujud dan bacaannya
6. Duduk dan bacaannya
7. Sujud dan bacaannya
8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
9. Salam Penutup
Kemudian kalau di kehendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.
Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.
Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.
Doa Solat Dhuha
Selesai solat, bolehlah dibacakan doa di atas, dan dibawah adalah pengertiannya:
“Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
Cahayanya cahaya-Mu, keindahannya keindahan-Mu, Kekuatannya kekuatanMu,
Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit, maka turunkannya.
Jika ada di bumi keluarkannya, Jika ianya jauh perdekatkannya,
Dan jika ia hampir maka permudahkannya, dan jika ia haram maka bersihkannya…
Dengan kebenaran dhuha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan keindahan-Mu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.”
Dengan sedikit pendedahan tentang rahsia solat Dhuha ini, dapat membuka hati kita untuk mula menjadikan dhuha itu amalan harian. Insyallah…

