Kem Remaja SPIES [Siri 1]
-
Assalamualaikum wbt…
Salam mahabbah wa rahmah buat semua pengunjung website ini yang sentiasa setia bersama kami Fitrah Power Resources. Alhamdulillah, Kem Remaja SPIES telah pun berjaya dilaksanakan pada minggu lepas iaitu pada 9 – 10 Mei 2009 di Nur Bukit Unggul Eco Resort Dengkil Sepang dengan jumlah penyertaan peserta yang mencapai target. Kem Remaja SPIES tahap asas bagi siri 1 ini adalah melibatkan DUN Bangi dan DUN Kajang. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang terpaksa dilalui sepanjang program ini, namun respon positif yang kami terima daripada kalangan peserta memberikan kami kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik kepada mereka sehinggalah ke hari akhir program.
Bukan mudah untuk mengubah mentaliti remaja masa kini yang lebih terarah kepada pengaruh-pengaruh barat dan unsur-unsur negatif yang semakin merebak dengan luas dan pantasnya. Namun begitu, kita sebagai khalifah Allah SWT yang mendukung tanggungjawab menjaga amanah dan agama Allah ini tidak seharusnya diam berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja remaja-remaja ini terus hanyut dengan dunia ciptaan mereka, tetapi sebaliknya membimbing dan memandu mereka melalui jalan-jalan yang sebaiknya yang harus mereka lalui. Oleh kerana itulah Kem Remaja SPIES dilaksanakan untuk remaja-remaja, mudah-mudahan kita dapat menyelamatkan generasi pelapis ini kerana merekalah yang kelak akan memartabatkan agama dan negara di mata dunia, insyallah.













May 17th, 2009 at 5:46 am
Assalamu’alaikum…kat mne blh dpt gmbr lg semasa kem ramaja s.p.i.es???
May 18th, 2009 at 9:07 am
wkslam… gambar yg lain tu belum kami upload kan dllm blog, ini adalah sebahagian je… insyallah kami akan uploadkan dalam album fitrah power ye,…
May 28th, 2009 at 3:37 pm
Salam kpd akak nuriah,lmbt lg ke nak masukkn gmbr2 kenangan di Kelab Danau Golf UKM?blh sy tau ble tarikhnye?jika blh ltk la di fs akak,9t sy amik..
Harap akak masukkan secepat mungkin ye??
June 4th, 2009 at 5:31 pm
salam…nak tanyer ade lagi program cam ni ye? klu leh saya nak join sama.mmg minat sangat dengan aktiviti cm ni…